Biadapkah Aku Terhadap Mak?

Assalamualaikum semua. Nama aku Aminah (bukan nama sebenar). Sudah lama aku pendam perasaan ini. Tapi harini rasa berat sangat untuk terus pendam jadi aku luahkan dekat sini.

Alhamdulillah aku masih mempunyai mak dan ayah. Tapi aku cemburu melihat orang lain yang rapat dengan mak mereka like their mom is their best friend.

Aku mempunyai 2 orang abang dan satu kakak. Semasa aku berumur 8 tahun, mak aku melahirkan seorang adik lelaki. Bayangkan setelah 8 tahun menjadi adik bongsu, tiba-tiba kena jadi kakak.

Setelah aku mempunyai adik, mak aku melayan aku seperti “anak angkat”. Mak aku seperti tidak hiraukan aku. Selalu melebihkan adik dari aku. Selama ini apa yang aku nak aku dapat tapi sekarang aku asyik yang kena mengalah. Oleh sebab itu, aku membenci mak.

Disini aku senaraikan kejadian yang berlaku pada aku dan korang nilai lah sendiri kenapa aku marah dan benci mak.

Kejadian 1: Masa aku sekolah rendah, aku sangat aktif bermain sukan jadi kulit ku agak gelap. Mak aku selalu cakap “mesti ikut abah kalau ikut mak mesti kulit putih”.

Mak selalu mengungkapkan kata-kata tersebut setiap kali bertemu saudara-mara. Kemudian mak menyuruh aku pakai krim timbang kilo untuk memutihkan kulit kerana malu anak perempuannya berkulit gelap (kakak tidak aktif sukan, dia sangat rajin belajar, jadi kulitnya cerah).

Pada mulanya aku menggunakan krim tersebut tapi disebabkan kulit ku meradang aku berhenti memakai malah membuang krim tersebut.

Semasa aku masuk sekolah menengah, mak melarang aku untuk masuk mana-mana aktiviti sukan dan pancaragam (sekolah aku itu terkenal dengan pancaragam) dengan alasan kesihatan aku tak mengizinkan. Padahal dia tak mahu aku berkulit gelap.

Kejadian 2: Suatu hari, aku sedang menonton tv, tiba-tiba mak datang dan pukui belakang aku dengan kuat kemudian berlalu pergi. Sampai sekarang aku tak faham kenapa aku dipukul sedangkan aku tidak berbuat apa-apa.

Kejadian 3: Di rumah ada 2 buah tv, 1 di ruang tamu, 1 di dalam bilik mak. Mak, abah, kakak dan adik menonton tv di ruang tamu, manakala aku menonton tv di bilik mak (aku tidak menutup pintu bilik).

Aku tidak menyertai menonton tv di ruang tamu kerana aku ingin menonton cerita series kegemaranku.

Mak memanggil aku 2-3 kali semasa menonton tv. Minta ambilkan makanan lah, ambilkan air lah, refill air lah sedangkan dia boleh menyuruh kakak dan adik yang berada di sebelahnya.

Setelah 3 kali dipanggil aku menjawab “kenapa tak suruh kakak atau adik?!?!?” Namun, mak senyap sahaja.

Kejadian 4: Semasa aku tingkatan 5, aku dan family aku pergi ke sebuah majlis bertunang di rumah kawan abah. Kemudian, aku terjumpa kawan sekolah rendah aku di rumah itu. Namanya Abu (bukan nama sebenar). Rupanya itu rumah Abu. Kakak Abu yang bertunang.

Abu sempat minta no telefonku sebelum aku pulang. Di rumah, Abu memberitahu bahawa dia tidak minat subjek prinsip perakaunan tetapi dia terpaksa mengambil subjek tersebut kerana maknya menyuruh. Manakala, aku pula sangat meminati subjek akaun.

Oleh sebab itu, Abu ajak aku ke perpustakaan awam supaya aku boleh mengajarnya. Namun, sebelum aku pergi, mak memarahi aku katanya mak tahu aku ingin berjumpa seorang lelaki di perpustakaan.

“Haa nak pergi perpustakaan nak belajar atau dating?” kata mak.

Aku membalas “Haah nak pergi perpustakaan nak ajar Abu”. Kemudian terus keluar.

Disebabkan mak memarahi aku tempoh hari kerana keluar berjumpa lelaki. Aku menyuruh Abu datang ke rumahku jika ingin aku menunjuk ajarnya. Hari dan waktu yang dijanjikan Abu datang ke rumah menaiki motosikal. Mak dan abah tak ada kat rumah. Tetapi abang long ada di rumah.

Setelah mengajar Abu selama lebih kurang 1 jam dan waktu menujukkan pukui 6 petang. Mak pun pulang. Reaksi mak seperti biasa malah mengajak Abu untuk berbual. Aku segera berlalu untuk bersiap mandi.

Setelah Abu pulang, mak memarahi aku kerana mengajak lelaki datang ke rumah. Katanya apa kata orang nanti. Mak sangat malu dengan perbuatanku.

Disebabkan peristiwa itu, mak sangat marah kepada aku. Mak tak bagi aku salam tangan mak sebelum aku keluar rumah. Malah mak tidak bercakap dengan aku. Aku berasa sangat sedih kerana tahun itu aku mengambil SPM.

Jadi aku agak risau jika aku tidak boleh menjawab peperiksaan kerana tidak mendapat restu mak. Tetapi Allah Maha Besar, Allah jentik hati aku untuk bersandar kepada-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Aku sering terawih di masjid pada bulan Ramadhan, bangun malam untuk solat dan belajar, dan sering berdoa agar dipermudah urusan. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat straight A’s dalam 10 mata pelajaran SPM yang aku ambil.

Kejadian 5: Jika diturutkan aku, aku mahu menyambung degree course akaun tetapi mak tak bagi. Mak menyuruh aku mengambil course kejuruteraan dan memaksa aku untuk masuk universiti swasta. Dengan alasan, kakak dan abang ku juga mengambil course engineering.

Bukan kah ibu bapa sepatutnya menyokong minat anak-anak tetapi kenapa pula mak memaksa? Semasa menyertai orientation week, pihak universiti ada menunjukkan jumlah yuran pengajian yang perlu dibayar (lebih kurang RM10K).

Disebabkan aku masuk universiti tanpa biasiswa, aku rasa risau kerana kos tersebut terlalu mahal untuk ditanggung keluarga. Tetapi Allah Maha Besar, kerana Allah kurniakan rezeki kepadaku mendapat tajaan biasiswa dan belajar di luar negara.

Kejadian 6: Semasa membuat persiapan untuk ke luar negara, mak seperti tidak menghiraukan aku. Kebanyakan persiapan aku dibantu abah.

Abah selalu bertanya aku jika ada keperluanku yang perlu diuruskan tidak seperti mak diam menyepi. Sampai hari pelepasan di airport, mak menangis dan memberitahu aku terlalu melebihkan abah daripanya.

Pada pendapat aku, kejadian 1-6 sudah cukup membuat ku terasa hati akan perbuatan mak terhadap ku. Jadi salahkah aku kerana bersikap demikian?

Pada pendapat korang, apa yang korang rasa dan akan buat kalau korang di tempat aku?

Yang benar,

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Seorang ibu amat prihatin kat anak2nya, kamu tidak layak untuk berasa sakit hati dgn sikap ibu kamu terhadap kamu, mungkin kamu sendiri mempunyai sikap yang perlu ditegur oleh ibu kamu, perkara 1 – 6 ni ada yang memang betul bagi pihak ibu kamu, sebagai ibu, sudah sewajarnya dia menegur kamu untuk kebaikan diri kamu sendiri, memang tk manis lelaki datang ke rumah kamu, tak payah la kamu nak berdendam dgn ibu sendiri, apa pun kamu buat, tidak akan mampu kamu membalas jasa baik ibu kamu yg mengandungkan dan melahirkan kamu, ibu kamu bersabung nyawa untuk lahirkan kamu

  2. inilah problem, buat kita blh pastu dh terasa twist bg kita serba salah.. muvon je sis, mak u tu slow2 la tgk lps tu dia ok ke x.. aku ni dh 33 thn pun mak pilih kasih.. aku kdg ok kdg x.. penat mental fizikal.. time org buat dia pandai pulak sedih, hati anak sendiri xnk jaga.. kena seksa mental ni xleh compare, yg rasa je tau mcm mn sakitnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *