Biakkan Duit
Assalamualaikum, aku Fara dah bekerja tetap dan tengah tunggu nak konvo. Aku straight to the point, aku bila dah kerja, benda pertama aku fikir nak biakkan duit aku. Tak kisah bisnes on9 ke, labur beli emas ke ASB ke, beli saham ke. Aku zero knowledge pasal benda ni semua. Aku cuma baru beli emas. Gaji aku pun tak sampai 2k.
Aku pernahlah berniaga on9 tapi tak menjadi sangat sebab rasa susah nak manage masa bekerja dan masa layan customer. Tapi belum stop lagi, masih belajar berniaga. Tak ada pengalaman sangat. Passion pun kurang mungkin sebab aku bukan dari background keluarga berniaga. Tambah-tambah bila mak aku suruh terminate lesen ssm. Aku pun tak faham kenapa.
Aku percaya ramai yang luar tu bijak sana sini dalam pelaburan dan aku tengah kumpul ilmu baca banyak artikel, buku pasal asb, saham, emas dan lain-lain. Tapi belum praktikal lagi sebab rasa belum cukup keyakinan. Siapa yang banyak pengalaman minta tolonglah share, aku berminat.
Sebelum ini aku tahu cara perlahan nak buat duit tanpa modal contoh clik web service macam easyhits.com tapi tak best sebab aku tak ada masa nak hadap laptop 24 jam dan ada beberapa lagi terutamanya cabang daripada google adsense(blog, youtube dll) sebab komitmen takda dengan semua tu.
Berbalik dengan pelaburan tadi.
Dengan gaji aku, aku boleh saving 700-800 sebulan sahaja selepas tolak semua komitmen. Jadi nak bahagi duit saving untuk dibiakkan lagi aku buntu sikit. Kalau emas, yang aku tahu ada emas fizikal dan emas atas dokumen, aku lupa istilahnya. Cuma cara pelaburan emas ini tak berisiko sangat tapi sedikit untung berbanding yang lain. Cara labur emas ini pun aku perlukan banyak penjelasan orang berpengalaman. Tolong aku.
ASB pulak ada antara simpanan dan pelaburan. Strategi nak menyimpan dan labur tu macam-macam aku baca. Risikonya dividen rendah biasala risiko tu tetap ada. Aku rasa ramai jugak yang jenis excited bila dividen naik banyak terus keluarkan duit yang ada sebab takut rugi. Cuma aku nak matlamat jangka panjang nak biakkan duit untuk beli rumah, kawin dll. Jadi sesiapa ada strategi terbaik tak yang boleh kongsi dengan aku?
Saham? Ini aku tak pernah ambik tahu sebelum ini langsung..Bila dah ada kesedaran sikit rasa berminat nak buat akaun saham tapi tak buat lagi. Nak bermain saham untuk aku yang baru bekerja ini rasa boleh pergi jauh tak? Ada cadangan syarikat yang boleh bagi pulangan terbaik plus patuh syariah? Aku nak survey. Kalau ada app kat play store yang mudah untuk aku rujuk, boleh cadangkan kat aku.
Sesiapa yang ada cara lain untuk biakkan duit tolong cadangkan kat aku. Aku akan fikir dalam-dalam dan aku hargai sesiapa yang bagi perkongsian cara melabur duit. Kongsi untuk ramai lagi yang tak tahu dan asyik fikir nak belanja tanpa saving.
Terima kasih
-Fara
– Fara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit