Assalamualaikum semua. Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau confession aku terpilih.
Aku minta maaf awal awal ye, confession aku ni agak panjang dan campur malay/english. Tak pandai sangat nak mengarang ni tapi sis cuba.
Aku Dahlia, berusia lingkungan 20-an. Berkerja dalam sektor swasta. Tujuan aku menulis ni, hanya sekadar meluahkan tentang penceraian aku. Dan mungkin, boleh jadi pengajaran untuk kalian.
Orang kata aku ni bertuah. Cukup dari semua segi. Ada rupa, belajar pun tinggi dan mempunyai pekerjaan tetap. Cerah masa depan. Kata orang, siapa yang dapat aku ni memang bertuah lah.
Bekas suami aku pun mempunyai kerja tetap, rupa biasa biasa, tetapi dia sangat disenangi oleh orang sekeliling. Mungkin tu juga brownies point kenapa aku tertarik dengan dia, dia senang click dengan orang.
Aku berkahwin dengan bekas suami atas dasar suka sama suka. Semasa bercinta dan bertunang ada la gaduh sikit, tapi rasa macam everything was a smooth sailing. Rasa macam semuanya dipermudahkan. I really thought he’s the one.
Tapi benar orang cakap, bila dah tidur sebantal, duduk sebumbung barulah kita kenal perangai sebenar pasangan kita. Even ibu bapa dan keluarga pun tak kenal perangai pasangan kita, macam mana kita kenal pasangan kita.
He changed, completely. As early on our first day of marriage. Satu, satu perangai sebenar keluar. Aku rasa macam kena scam pun ada juga. I was in denial for the longest time.
Aku cuba untuk fikir “biasalah, mula mula kahwin baru dalam sesi nak mengenal dan memahami pasangan kan” untuk sedapkan hati sendiri.
Tapi apa yang susah dengan bekas suami aku ni, communication. Bila aku utarakan sesuatu, dia suka anggap semua tu untuk argue or cari gaduh. Bak kata dia, “You ni semua benda nak jadi issue la”.
Walaupun punca pergaduhan kami kebanyakannya sebab hal kecil, bermula dari salah faham, ianya akan jadi besar. Sebab utama adalah masalah komunikasi. Bekas suami aku lebih prefer untuk tengking aku, marah aku daripada cuba pujuk atau memahami.
Menurut dia, aku ni kuat merajuk dan terlalu kebudak-budakkan. Dan dia memang taknak pujuk aku, sebab nanti merajuk balik. Setiap kali gaduh, perkataan “cerai” atau “jumpa di mahkamah” tu memang perkara biasa dari mulut dia.
Maki hamun, herdik tu semua dah jadi makanan aku. Setiap kali gaduh, halau aku keluar rumah pun jadi perkara biasa.
Dia juga pernah mengkhianati aku, menipu aku dan expect aku boleh buat macam nothing happened and move on. Bila aku ungkit, dia akan mengamuk.
At one point he started to get physical with me. Dia tolak aku, dia sepak aku dan dia rentap tangan aku. Sampai berbekas lebam, merah merah. Dia cuba untuk justify actions dia sebab dia nak lepaskan diri dari aku.
Dia tolak dan sepak aku sebab aku cuba untuk peluk badan dan kaki dia semasa kami bergaduh. Tapi bila aku balas, dia kata aku pukul dia. Nak banding tenaga aku dengan kudrat lelaki dia?
Aku rasa worthless, tak disayangi dan tak dihormati sebagai seorang isteri. Aku selalu mempersoalkan kenapa dia sanggup layan aku macam ni? Apa silap aku sehingga aku tak layak untuk disayangi dan dibimbing.
Aku juga pernah ada suicidal thought semasa tempoh perkahwinan kami. It was the darkest day in my life, dan alhamdulillah aku bersyukur Allah pelihara iman aku. Terima kasih ya Allah.
Aku tak pernah bagitahu keluarga aku tentang physical abuse and all those lies, cuma yang dia selalu ugut nak cerai tu mereka sedia maklum.
Sebabnya dah berapa kali dia halau aku keluar rumah. Itu pun aku tak cerita in details. Diaorang just ingat it’s just a minor setback.
Bekas suami aku ni, kalau mood dia okay dia akan layan aku seperti pemaisuri. Apa yang aku nak dia akan cuba turutkan. Itu mungkin juga salah satu faktor kenapa aku susah untuk keluar daripada perkahwinan ini.
Terlalu banyak pujuk rayu aku beri hanya untuk selamatkan perkahwinan kami. Air mata jangan cakaplah, berjujuran sentiasa.
Puas aku pujuk dia untuk pergi ke sesi kaunseling, tapi semua tu ditolak mentah. Bila aku suruh dia minta pendapat daripada orang yang dah berkahwin pun, ditolak mentah.
Sebab dah lama sangat pendam dan tiada perubahan, aku ambil keputusan untuk libatkan family dia. Aku cerita dari A – Z apa yang berlaku.
Dan ya, family dia agak susah untuk menerima apa yang aku ceritakan walaupun dengan bukti sedia ada.
Silap utama aku, aku tak involved kan family dia dari awal dia buat perangai. Aku tak pernah bagitahu family dia all those things yang dia buat because I was thinking untuk menjaga aib dia as a husband.
Jadi bila semua benda dah accumulated, family dia susah nak terima dan percaya apa yang berlaku. Kan aku cakap tadi dia sangat disenangi oleh semua orang.
Mula mula adalah sedikit perubahan daripada dia bila dah kena “brain wash”, tapi tak lama lepas itu perangai lama keluar balik. Mungkin dia dah terlalu selesa untuk menyakiti aku.
Akhirnya, aku diceraikan. Aku masih ingat memori itu. Masa tu, aku rasa kosong. Aku kaku. Dengan kekuatan yang berbaki, aku decide untuk menceritakan semuanya dekat family aku. They went totally speechless.
Tipu lah tiada sesi pujuk rayu sepanjang tempoh edah, ada. Namun tiada sebarang perubahan atau effort daripada dia. Sama, mendatar.
Seperti perkahwinan kami dulu. Dan dia sendiri cakap yang dia tiada niat untuk rujuk dengan aku. Sadis bukan? Effort aku selama ni untuk mempertahankan perkahwinan kami, macam sia sia.
Aku pernah bertanya apa sebab utama dia ceraikan aku, katanya sebab perangai aku je. Instead of bimbing aku, dia lepaskan aku dengan begitu mudah. Kelakar kan?
And finally, I give up and let him go. Bekas suami aku beri terlalu banyak bagi “hints” yang dia sememangnya dah tak sudi dengan perkahwinan kami.
Tapi aku je terlalu bodoh, dan terlalu desperate untuk cuba mempertahankan lagi. Marriage should be a teamwork, kalau one sided memang takkan kemana.
Aku juga banyak buat self-reflections, cari balik mana salah aku sebagai seorang isteri dan manusia. Dan semua ni pun menjadi pengajaran untuk aku menjadi seorang yang lebih baik.
Lama untuk aku menerima penceraian ini. Dan sampai sekarang, aku masih berdoa untuk supaya dapat menerima semua ini dengan hati terbuka dan redha.
Aku serahkan segala urusanku dekat Tuhan dan percaya dengan aturan yang Dia dah tetapkan. Aku selalu berdoa supaya hati aku selalu rasa bersyukur dan tenang, kerana aku percaya ada yang lebih baik sedang menanti.
Aku berhenti untuk mempersoalkan kenapa aku yang kena hadap semua ni. Aku hanya menerima yang aku dah cuba yang terbaik, dan aku tak boleh paksa dia. Sekarang apa yang tinggal hanyalah bekas parut dari trauma yang dia beri.
Aku selalu rujuk confessions dekat IIUM Confession ni sebagai sumber kekuatan aku. Antaranya:
https://iiumc.com/wanita-
https://iiumc.com/with-brave-
Untuk sesiapa yang sedang go through fasa penceraian aku doakan Allah beri kekuatan luar biasa kepada kalian.
Believe that everything happens for a reason, and it’s nothing but for your own good. Always, always keep yourself positive and seek professional help if you think you’re too overwhelmed with everything.
Dan untuk sesiapa yang sedang go through toxic marriage aku doakan korang dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Memang susah nak keluar dari toxic marriage ni, aku faham. I’ve been there.
Jadi kalau korang tengok ada circle or family members korang yang susah nak keluar dari toxic marriage, jangan judge.
Sebaliknya kau doakan lah supaya mangsa tu sentiasa dilindungi dan dapat buat keputusan terbaik untuk diri dia. Always give words of encouragement to show your support.
Pengajaran paling penting dari kisah aku ni, always love and prioritise yourself above everyone else. Don’t ever lose yourself and your principles for anyone. I learned it the hard way.
Utamakan cinta kepada Pencipta daripada cinta kepada manusia dan sentiasa bersangka baik kepada Tuhan.
Jadi,
Biar aku simpan rapi kisah ini di sudut paling jauh dalam hidupku.
Biar aku simpan rapi segala kepedihan ini, sehingga aku mempunyai kekuatan untuk memaafkan.
Biar aku simpan rapi kesedihan ini, sebagai asbab untuk aku terus memajukan diri.
Biar aku simpan rapi kasih sayang ini, untuk mereka yang benar layak untuk merasai.
Biar aku simpan rapi segala memori ini, sebagai peringatan berapa jauh sudah aku pergi.
Salam sayang,
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit