Untuk part I, (https://iiumc.com/biar-awak-nampak-saya-seorang-jer/).
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hi Semua. Ya, aku lah Fattah dalam confession sebelum nie.
Sebenarnya dari awal aku buat confession nie aku dah get ready untuk di hembus. Aku da kuatkan mental aku dan emosi aku. Sebab tujuan aku untuk kongsi, bukan semata untuk pengajaran semua tapi untuk aku juga yang kadang-kala lalai.
Syukur pada Yang Esa, dia jadikan pengalaman aku sebagai peringatan, pedoman, dan kesedaran. Bertapa besarnya kuasa Dia yang mampu membolak balikkan hati tak kira siapa pun kita. Yang nakal, yang baik, yang menjaga, yang lalai.
Kepada yang membaca beserta kecaman, tak mengapa. Sikit pun aku tak ambik hati malah aku jadikan kecaman sebagai peringatan untuk aku supaya lebih berjaga-jaga dalam apapun urusan aku sama ada berlainan jantina mahupun yang sama.
Tak kira kat mana jejak kaki aku, tak kira mana hala tuju aku, akan aku semat dalam ingatan aku.
Kepada yang membaca beserta nasihat, terima kasih aku ucapkan pada kalian. Sesungguhnya siapalah aku nak menolak nasihat, malah akan aku jaga nasihat kalian kerana takdir anda hadir dalam confession aku adalah untuk membentuk aku yang serong.
Ya, aku yang serong. Serong dalam menjadi suami, serong dalam menjaga tatatertib, serong dalam memandu ke arah yang tak sepatutnya aku pimpin keluarga aku.
Kepada yang pernah mengalami, semoga sama sama kita terus membersihkan diri dalam mendekatkan diri kita pada Yang Maha Esa. Begitu jugak yang mengecam juga yang menasihat aku. Anda terbaik!
Ada beberapa komen yang mengatakan ini hanya nasfu semata, hanya rekaan semata. Tak mengapa, semoga Allah tidak menguji kalian seperti mana aku di uji. Sakit, berat, sehingga aku sendiri jijik dengan diri aku sendiri. Ya, jijik. Jijik dengan kesilapan langkah yang aku pilih.
Namun, siapa aku untuk menentang pendapat kalian. Anda berhak menentukan. Semoga kalian jauh dari ujian seperti yang aku hadap. Dan semoga selamat kalian bersama yang tersayang dunia dan akhirat..
Ada yang kata kenapa masih mendoakan dia. Ya Umat, bukan sebab aku masih nak kan Lina tapi aku bukan sekejam Masud. Yang menggoda supaya berdendam sesama manusia. Hanya aku inginkan semoga Lina kembali ke pangkal jalan begitu juga aku yang lalai.
Ada yang pelik kata buat maksiat tetapi masih solat.
Ya, aku masih jaga solat aku sebab masa aku da stop nakal aku dulu aku di pesan oleh seseorang yang banyak bagi aku nasihat, dorongan malah peringatan.
Fatt, siapapun engkau lepas ni, kat mana pun kaki kau jejak, apa sekalipun kau buat, dengan siapapun engkau jumpa, jaga solat kau.
Jangan tinggal walaupun satu niat. Jangan kau sangka kau buat dosa, kau tak layak solat. Jangan sesekali. Sah atau tidak, diterima atau tidak, itu kerja Allah. Kau buat kerja kau sebagai hamba.
Ada yang cakap ini pilihan aku dan bukan salah Lina. Ya, aku yang salah. Salah dalam menilai mana baik dan tidak. Salah dalam langkah dan salah dalam menjaga diri aku. In shaa allah, akan aku lebih berjaga-jaga dalam apapun urusan aku selepas ini.
Semoga kalian juga dijauhkan dari pengalaman aku. Dan semoga Allah kuatkan aku untuk jaga mata aku dan hati aku khas buat isteri aku yang mana dia mangsa keadaan, tanpa sebutir dosa.
Bila aku baca satu satu komen dari kalian, hingga ada yang bertelagah berkenaan ujian sampai buat aku lebih kecewa. Ya, kecewa kerana menjadi asbab kalian bertelagah tentang ilmu di dada.
Semoga kalian tidak lagi bertelagah, kerana ianya mampu membuatkan kalian merasa diri anda yang terbaik. Laa’allakum turhamun..
Sungguh, aku tak salahkan sesiapa dalam memori ini. Tidaklah aku, tidaklah Lina. Tetapi aku jadikan pengalaman aku sebagai satu pengajaran buat aku. Jangan sesekali sombong dengan Allah. Jangan sesekali untuk rasa diri seorang yang terbaik.
Dan jangan sesekali untuk tidak mengingati Yang Maha Esa. Pesan diri, ingat bahawa Allah Maha Berkuasa dalam apa jua keadaan. Sama ada kita sedar, atau tidak.. Sama ada kita beriman, atau sebaliknya.
Selawat, pujian, dan merasa rendah diri kepada Allah adalah kunci aku untuk terus tawadu’. Jentikan yang sangat mendalam sakitnya. Sakit sangat.. Namun siapalah aku untuk menyoal jentikan dari Dia. Dia yang maha berkuasa, ya rahman ya rahim..
Mungkin inilah ‘part’ aku yang mana aku sendiri gagal dalam percubaan kali ini. Dan aku, aku akan terus mendidik diri untuk berdepan ujian yang lebih ‘hardcore’ yang mana Dia saja yang menentukan. Semoga aku kuat..
Begitu juga kalian, semoga apapun ujian kalian moga kalian kuat. Selalu ingat, Allah takkan uji kalian melebihi tahap kemampuan kalian. Kerana Dia yang maha mengetahui segalanya.
Apapun kalian, dimanapun kalian, sedang apa pun kalian, jangan ditinggal 17 kali Al-Fatihah.. Kerana andainya anda menjaga sebaiknya ia, in shaa Allah akan ada rasa serba salah saatnya anda hampir tergelincir.
Dan in shaa Allah, asbab anda selamat dari jatuh mungkin asbab terjaganya 17 kali Al-Fatihah.
Semoga kalian terhindar dari Latin.
Semoga kalian selamat dari Masud.
Semoga kalian tidak tergoda oleh hasutan Sabrum.
Semoga kalian kuat dalam menentang Miswat.
Kepada anda tidak kira isteri atau suami, semoga cerita aku menjadi asbab supaya kalian lebih berkeyakinan kepada Allah untuk menjaga pasangan kalian tidak kira dimana pasangan kalian berada.
Sesungguhnya kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan segalanya dari Dia.
Kepada anda yang didalam perancangan untuk membina masjid bersama dia pilihan anda, semoga masjid yang terbina menjadi asbab laluan kalian ke syurga bersama.
Kunci aku yang masih sehingga hari ini yang selalu aku bawa, sentiasa berjemaah bersama. Mengaji bersama.
Masak bersama. Mengemas bersama. Bertolak ansur tak kire apa sekalipun tugas. Jangan di ukur perbezaan orang lain dengan pasangan. Jangan di lakukan perkara yang tidak disukai pasangan.
Selagi bole dielak, kuatkan hati dari terjerumus. Sentiasa memuji Yang Maha Esa. Sentiasa selawat atas kekasih-Nya. Tadah tangan dan hajatlah apa sekalipun asal tujuan untuk kebahagiaan bersama.
Kepada yang masih mencari teman, usah di tekan pencarian namun yakinlah bahawa Dia akan temukan anda dengan yang terbaik.
Boleh jadi yang anda jumpa pernah senakal aku, namun jangan henti dalam meminta pada Dia untuk terus berdoa semoga ada sinar atas kesilapan.
Sesungguhnya hati setiap insan adalah milik-Nya. Nakal semalam belum tentu akan datang akan terus nakal. In shaa allah selagi dijaga 17 Al-Fatihah yakinlah bahawa Allah sebaik2 perancang.
Mungkin ada pembaca yang lebih hardcore dadi yang aku alami. Semoga anda bersih sesuci kain putih. Doakan aku, doakan wife aku, doakan family aku. Fokus aku sekarang hanya anugerah daripada-Nya. Yang tiada mampu untuk membayarnya.
Yang tiada ganti andai hilang.. Yang belum tentu aku mampu berdiri andai takdir mendahului dia dari aku. Yang kilaf, yang berdosa, yang hina..
Pesan akhir aku sebelum aku tamatkan celotehan kosong ini. Gelap seperti mana pun dunia kau, jagalah solat. Busuk macam mana sekalipun sifat kau, jagalah solat. Hina macam mana sekalipun kau dimata manusia, jagalah solat. Sedalam mana pun kau tergelincir, jagalah solat.
Sejahat apapun niat kau, jagalah solat. Semoga solat mampu menjaga kita dari segala yang berdosa. Walaupun nafsu yang menang namun, solat takkan pernah kecundang. Terus jaga sampai menang.
Menang dalam menjadi insan terbaik tak perlu untuk orang sekeliling cukup sekadar diri sendiri dan keluarga.
Semoga ada rezeki untuk aku kongsikan kehidupan aku di masa akan datang andai takdir menentukan.
Tidak aku meminta kalian untuk memberi, namun aku mohon kalian doakan kesembuhan aku dan isteri.
Si dia yang selalu memudahkan aku saat aku buntu. Yang selalu menasihatkan aku supaya yakin dan letak harapan pada Yang Maha Esa. Dan yang tak pernah sekalipun memandang rendah atas aku.
Dan yang selalu mempercayai bahawa aku boleh dan yakin bahawa aku boleh menjadi seorang pemimpin dalam kamus hidup dia.
Kisah ini aku jadikan pengajaran supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu. Jangan diikut akan nafsu namun berserah segala apa yang Allah dah takdirkan.
Betul Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mengubahnya.
Namun percayalah, bohong kalau aku katakan setiap insan tidak perlu kan dorongan dari orang yang dia percaya dan kenal dia sepenuhnya. Lagi-lagi yang dah berkahwin macam aku..
Semoga aku akan terus kekal bersama isteri aku hingga saatnya aku dipanggil. Semoga sempat aku menangis akan dosa. Dosa terhadap isteri, kalian, keluarga, kawan dan juga diri sendiri.
Semoga jumpa lagi.
Yang Benar,
– Fattah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit