Assalamualaikum. Hai. Aku di sini nak bercerita tentang trend anak2 bujang atau trend zaman sekarang. Lebih kepada trend gaya hidup biar papa asal bergaya.
Aku bekerja dalam bidang fashion di sebuah syarikat swasta. Dalam company aku bekerja ni, boleh dikatakan 80% adalah pekerja2 muda/ bujang/ fresh grad.
Memang culture company kami akan ambil pekerja2 muda untuk dapatkan fresh idea dan in trend idea. Tapi gaji yang ditawarkan tak adalah lumayan cuma bagi aku, mampu juga lah untuk tanggung semua perbelanjaan aku.
Yang peliknya, ada rakan sekerja aku yang boleh dikatakan gaji tak adalah banyak mana tapi gaya hidup mereka sangat wow okay. Pergi kerja tak mainlah naik public transport, mesti nak kena drive sendiri.
Kereta pula bukan kereta cikai okay. Alang-alang mesti kereta import. Parking di basement ofis aku pula agak mahal juga. RM13 per day. Tapi ada juga parking murah RM3 cuma kena berjalan kaki dalam 5 minit. Tapi tu pun mereka tak pandang sebab taknak berpeluh jalan.
Bab makan, every week aku tengok update di Instagram Story, mesti makan di kedai2 atau cafe hipster. Sekali makan aku agak adalah kena RM100. Belum lagi every month kena check in di hotel2 famous kononnya untuk release tension kerja or short vacay.
Yang membuatkan aku lagi pelik, everytime bila kami lepak bersama or makan2 lunch, mesti dorang akan merungut pasal tak ada savings la, duit tak cukup lah, every month end kena pinjam duit from orang lah and buat loan something.
Bagi aku, macamana korang nak ada savings if sendiri tak pandai control your own financial. Acapkali aku kena perli dan sindir oleh dorang sebab selalu tak join dorang pergi lepak2 or makan2 di cafe2 hipster tu.
Twice a month mesti nak pegi facial which is one session will cost you almost RM200. Hell no bagi aku, sebab jenis aku, kalau tak mampu jangan buat.
Pernah dorang tanya aku macamana aku boleh survive and ada savings sedangkan dorang yang gaji lagi tinggi dari aku pon bila tengah bulan dah semput. Bila aku bagitau tentang gaya hidup dorang, mulalah ada yang kata aku old fashion la tak menikmati hidup lah. Whatever.
So, to readers out there, spend wisely your money. Please have your own savings sebab in future kita tak boleh tau apa yang bakal terjadi. Ketepi kan dulu habit makan di tempat2 mewah ni. Checkin hotel once in a month is a no no!
– Miss Lemon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit