Biar Roomate Bela Ulat, Tapi Jangan Yang…

Thanks admin approve confession aku ni. Assalamualaikum wbt & hai semua.

Lama gak aku berfikir & berkira-kira nak buat ke tak confession ni and now aku tak tahan dah aku nak jugak kongsi ngan korang. Baca tajuk confession ni je pun korang dh dpt agak dh apa yang aku nak bagitahu kan. So yeah now it goes. Benda ni start sem ni, alaa biasalaa kita prereg bilik tak tahu siapa roommate kita kan. Ditakdirkan aku ni kena dengan roommate berbau mcmni, aduhhh! Sakitnya tuh di sini!

Mula2 tu xperasan la yang dia ni jenis ada bau badan. Sampai lah kwn aku masuk bilik aku, muka dia berubah. Aku tanyalah kenapa. Pastu dia tanya, “kenapa bilik korang bau mcmni weh” aku segan gila nak mati. Lepastu, aku perasan lah, setiap kali aku balik bilik habis kelas, kalau dia ada dalam bilik, bukak je pintu, fuhhh bau diaaaa takyah cita ah, bersin dibuat nya. Kesian hidung aku weh. Untuk beberapa hari, dalam semingu dua jugak lah aku ngn roommate aku lain usha benda ni. Taknak lah terus tuduh org kan, so aku ngn roommate aku yg lain pun usha lah pasal bau ni dalam seminggu dua jugak lah. Ternyata & terbukti, setiap kalau kitorg balik bilik dia ada, confirm bau tu ada! And kalau dia xda kat bilik masa tu, xda pulak bau tu. Tapi once ada org masuk bilik, even kau dalam compartment kau sendiri pun tetiba ada bau tu. Kau rasaaaa? Ya Allah aku tak tahu nak buat camna ada roommate bau badan mcmni. Ohh btw lupa nak bagitahu, budak ni jenis tak bercakap, suuuuusah sgt nak cakap, nak borak lepak2 pun takda. Kalau dia ada dalam bilik, teperap kat dalam compartment dia je lah, kalau x pun, dia lepak kat bilik kawan dia.

Itu satu, ada lagi. Lepas midsem break haritu, dia tahu rasanya dia ada masalah bau badan ni, so dia guna laa perfume. Aku rasa semua org tahu yang kalau kau ada bau badan, perfume & deodorant make it worst! Sumpah doh aku rasa nak nangis je cium bau dia. Bukan setakat bau badan, ni dah bau masam gila bangang takleh nak tolerate!!! Kau faham tak, bau badan+perfume=masam undescribable. Aku tak tahu nak buat mcm mana doh, lamaa tahan benda ni, dahlah register bilik sem depan pun roommate sama kan? Aku ada laa google mcm mana nak hilangkan masalah bau badan ni, google ckp guna kapur, elak terus guna deodorant, gosok guna limau/lemon. Haih nak bagitahu nanti kecik hati pulak. Bila dah mcmni kan, aku perati sikitlaa rutin harian dia. Dia okay je pergi kelas semua naik bas sbb kuliyyah dia jauh dari mahallah, kalau dia jalan kaki tu aku paham ah kenapa busuk kan. But then, dia ni malas sangat nak mandi. Ni aku bukan tuduh tau, aku perati apa dia buat tanpa dia sedar. Aku cuba husnudzon, mungkin dia ada allergic air yg buatkan dia takleh kena air or sakit takleh mandi malam ke apa kan, it’s okay lah. Aku perati dia punya bakul mandi tu, kering kontang tau dan tempat dia letak tu mcm xberubah, seriouslyyyy mandi lah wei! Sbb ada je beberapa kali tu kalau aku balik bilik (ada bau tu) then lepas dia mandi, takda lah teruk sangat bau dia. Malas sangat kenapa ntah. Ada satu pagi haritu, aku ada kelas pagi, aku bangun, iron baju, mandi, siap2, tetiba tengah aku bersiap tu, dia dah keluar bilik ambik kasut turun kelas. Wehhhh masa aku bangun tu dia xbangun lagi mcm mana boleh bersiap laju gila. Ada shower ke dlm bilik? Ya Allah. Belum lagi kalau dia dtg malas sgt nak mandi tu, dia p semboq perfume dia satu badan, aku mcm ikan dalam sungai tengah menggelupur sbb air surut.

Mungkin confession ni agak kasar bagi korang tapi aku nak mintak tolong korang, suggest kat bawah ni mcm mana nak handle ada roommate yg ada masalah ni. And suggest macam mana nak hilangkan masalah bau badan. Mana tahu ada yg berpengalaman. In case budak tu baca, boleh lah dia bantu diri dia sendiri. Aku tahu dia perasan je dia ada masalah ni tapi tak tahu mcm mana nak buat.

– Broyurz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit