Assalamualaikum and hi, nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Maaf kalau aku tak pandai bercerita tetapi aku tetap nak bercerita, hahaha. Dan moga jadi iktibar untuk aku dan kalian semua.
Dulu keluarga aku bahagia, ibu bapa yang penyayang, adik beradik yang baik dan pengasih, rumah yang sederhana, kereta yang sederhana dan segalanya nampak sempurna.
Dan Alhamdullilah pada masa itu kami bahagia, bahagia yang tersangat. Sampai kan di setiap doa aku mohon moga semuanya berkekalan dan berada di tempatnya.
Tetapi, aku lupa.. Aku dan keluarga aku pun manusia, kami mesti akan diuji dan tak lari dari ujian. Dan tak sangka, ujian yang kami hadapi adalah punca kehancuran semua doa dan impian aku, terselitnya sebuah karma.
Tapi takpe, aku sedang belajar untuk menerima dan menghadapinya bersama insan yang kuat dan memahami.
Ayuh cerita, hahaha. Susah untuk diluahkan, IYA, Perkara yang paling ditakuti dan dibenci setiap perempuan. Ayah aku kahwin lain. Kahwin dengan janda pilihan kesukaannya. Tanpa pengetahuan kami ibu dan kami adik beradik.
Bayangkan betapa luluhnya hati kami bila mendengar perkataan itu “YA, AYAH MENGAKU AYAH KAHWIN LAGI”. Sakitnya dan benci nya kami bila teringat peristiwa itu. Perkataan tu macam panahan yang tepat menusuk ke jantung, hahaha.
Hilang senyuman dan tawa kami selepas peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyuman dan tawa untuk menjaga hati ibu kami. huhuhu
Kami adik beradik menjadi saksi bagaimana ibu membantu ayah dari zaman kami kecil hingga sekarang.
Penat, keluh kesah, bergolok gadai, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bekerja pagi pulang petang demi membantu ayah melengkapkan semuanya untuk keluarga. Tiada apa pun yang kurang dari segala aspek.
Dan untuk pengetahuan semua, umur perkahwinan ibu bapa kami mencecah 29 Tahun + +.
Ibu memang wanita yang sempurna, bangun pagi subuh, siapkan sarapan untuk ayah, masak tengahari & malam untuk ayah balik kerja. Buatkan segala galanya untuk ayah supaya ayah balik kerja ayah tak penat dan terus boleh berehat.
Ibu jugak yang selalu membantu ayah dari pelbagai segi pekerjaan walaupun waktu itu ibu juga bekerja dan, ibu juga topup apa yang kurang dari segi barang dapur masak, barang rumah sofa almari dan segala galanya.
Hanya kerana ibu merasa ingin membantu dan memudahkan segala urusan ayah. Dan mungkin sebab itulah ayah mula merasakan duit dia terlampau banyak hingga tak tahu kemana arah yang nak dihabiskan. Dan mungkin sebab itu ayah terfikir untuk menduakan ibu.
Untuk pengetahuan semua, setelah kami selidiki punca ayah berani melukakan dan menyakiti hati ibu dengan menduakan ibu secara mudahnya. Ianya melalui ahli keluarga terdekat ibu yang aku kenali sebagai Uncle J.
Mereka merancang secara teliti dan menipu ibu dengan mengatakan akan pergi ke Thailand atas urusan kerja. Urusan yang tak boleh membawa ibu sekali ke sana.
Mereka juga merancang telah bertahun tahun dengan alasan ayahku yang memaksa Uncle J untuk membantu dia bernikah dengan wanita simpanannya itu.
Kami sememangnya kecewa dengan Uncle J kerana dia adalah orang yang paling ibu dan kami percaya. Kami bertanya kenapa sebelum Uncle J bertindak untuk membantu ayah, tidak khabarkan kepada kami, beritahu kami sebelum semuanya terjadi.
Luluh melihat air muka ibu apabila dua insan yang disayangi dan dikenali menikam ibu sebegitu rupa. Dan luluh juga perasaan kami melihat airmata ibu jatuh tanpa henti-henti
Yea, pada masa dan ketika itu, aku sememang nya tak menyangka akan mengeluarkan kata kata yang akhirnya menjadi DOA kepada Uncle J.
Aku masih ingat lagi ayat-ayatku kepada Uncle J-,
“Uncle akan terima kifarah yang sangat dasyat suatu hari nanti, memang takkan berlaku kepada uncle tetapi kepada keturunan Uncle sekali, Uncle percayalah cakap saya” dan seperti pemanah yang tepat, kifarah itu sampai pada waktunya.
Aku mendengar khabar bahawa anak perempuan Uncle J mengandung tanpa ikatan yang sah. Hingga hari ini aku masih berasa serba salah terhadap kata kata ku. Tak tahu kenapa aku boleh berfikiran untuk berkata lancang seperti itu.
Dan pada akhirnya, Uncle J menerima kifarah diatas perbuatannya kepada ibu ku dengan pelbagai perkara yang tak dingini berlaku. Sungguh aku tak tahu doa apa yang kami langitkan sehingga semuanya terjadi begitu drastik.
Begitu juga ayahku, segalanya jatuh merundum. Tiada apa yang boleh di banggakan lagi tentang kehidupannya. Tiada apa yang menarik kerna kami menyaksikan betapa hebatnya kuasa Tuhan atas kesedihan dan keperitan seorang isteri yang baik dan setia.
Sungguh, doa seorang isteri itu tiada hijabNya. Ayah mula kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mula meminta pertolongan ibu, mula berasa serba salah terhadap ibu dan memulakan kehidupan yang sedih dan sederhana.
Sad to say, ibu dan ayah kami akan mengakhiri perkahwinan mereka setelah 29 + tahun. Kerana ayah memilih untuk hidup dengan perempuan itu berbanding ibu dan kami.
Wanita itu bersedia untuk hidup susah dan senang bersama ayah pada usia ayah yang akan menjangkau ke 70an. Tiada apa yang perlu kami pertahankan jika itu yang ayah ingin dan idamkan sekian lama.
Untuk perempuan itu, kami takkan pernah memaafkan dan menerima anda dalam keluarga kecil kami. Anda ambil dan rentap semua nya tanpa adab dan beradab.
Kami simpan kata kata hina anda kepada ibu kami. Seolah ibu kami yang merampas HAK anda. Maaf takkan pernah menyesal dan tarik kata kata ini “KIFARAH IS WATCHING YOU RECENTLY”.
Dan untuk Uncle J, moga anda akan terbuka hati untuk meminta maaf kepada ibu dan kami adik beradik. Kami masih menunggu kata-kata maaf dari Uncle. Dan moga dipermudahkan segala urusan Uncle J untuk menimang cucu nanti.
Begitu sakit dan kecewanya Uncle J rasa, begitulah kami merasakannya. Tapi mungkin lebih lagi keperitan kami. Kerna “HOME SWEET HOME” kami sudah pun musnah dan merana.
Inilah kisah keluarga kecil kami, pada usia yang meningkat tua dan mungkin kematian yang akan hampir menjelma. Kami diduga ujian yang berat dan trauma seumur hidup kami. Hanya Allah yang mengetahui segala dilangit dan dibumi.
Kini, tiada lagi tahun baru yang akan didoakan, tiada lagi ramadhan, syawal yang dinanti, tiada lagi happy birthday yang akan diulang tayang, tiada lagi RUMAHKU, SYURGAKU. TIADA ! Yang ada hanyalah sebuah rumah tetapi seribu kenangan.
MUNGKIN ADA YANG TERSOROK, TERBUKA DAN TERKURANG TERAIB DISINI. MOHON MAAF DIPINTA TAPI INI ADALAH KISAH BENAR KELUARGA KAMI. DOAKAN KAMI KUAT MENGHADAPI UJIAN INI HINGGA KITA BERJUMPA DILAIN DIMENSI.
– Si Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedih tapi banyak hikmah dia.. mak awak dibahagiakan anak2, dan mak sorang, lagi mudah nak masuk kereta mana2 anak.. percayalah, hati mak akan terubat dgn anak2.. awak pujuk je baik2, sbb benda ni jadi dlm keluarga saya.. yg nk pergi, boleh pergi.. xde siapa halau, sendiri cari pasal.. dh tua2 nk kelebet anak kecik, silakan.. u know what happen? the dad telan air liur sbb dh tua2 kena kerja, anak kecik2 lagi, mak? rileks kesana kemari anak2 bawak, dh xpayah nk fikir mintak izin nk keluar, xpayah nk masak, nk jaga hati, nk basuh baju.. she was happy.. u cuma perlu pujuk mak je, ayah awak org luar dlm hidup dia, so no harm nk benci.. as a daughter, kita kena la taat kt ayah, tp for me, berpada.. sbb i pun sakit hati.. so i biasa2 je.. tbh, i dont miss him, i dont look for him.. kalau dia cari, tapi benda x urgent i mmg xlayan..hahahaha