Biarlah Bersendiri

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, terima kasih kepada admin yang menyiarkan pengakuan ini. Semestinya Taiju bukan nama sebenar aku.

Cerita ni berkait dengan beberapa kisah pasal anak luar nikah baru2 ni. Aku adalah anak luar nikah dan aku adalah lelaki. Macam kisah2 sebelum ni lebih fokus kepada golongan wanita yang status dirinya anak luar nikah. Aku faham struggle mereka.

Aku mula tahu pasal status aku anak luar nikah masa aku form 1 rasanya. Aku ingat masa tu cuti sekolah dan aku duduk je kat rumah. Masa tu macam nak kemas2 rumah gotong royong adik beradik.

Tiba2 aku macam terjumpa sijil nikah mak ayah aku. Masa tu aku tengok tarikh kahwin dengan tarikh aku lahir macam tak ngam. Aku menung sekejap fikirkan status aku.

Masa ni segala flashback dalam hidup aku terlintas dalam otak aku ni.

Kisah macam mana saudara mara dan pakcik makcik layan aku masa budak2 dulu, kenapa mak ayah aku takde gambar kahwin, kenapa aku dikurung dalam bilik kecil masa aku kecil2 dulu, dengan keliling penuh segala surat khabar lama, barang merepek ape entah lagi.

Aku tak pernah balik kampung sampai aku umur 5-6 tahun. Masa first time aku balik kampung aku tak kenal saudara mara aku. Bende2 ni terlintas terus dalam otak aku masa ni. Lepas tu aku dah tahu aku ni anak luar nikah.

Mula dari form1 aku dah tinggal di asrama. Masa form1 tu masih baik lagi, masa naik form2 aku da mula ikut2 kawan keluar masa outing pergi main snuker, hisap rokok, ponteng la bagai.

Tapi belum kedapatan lagi masa form2 ni. Bila naik form3, bende ni yang aku pendam dalam diri aku ni ditambah pulak stress dah nak dekat dengan PMR aku jadi semakin teruk.

Masa ni aku dah banyak kali kedapatan merokok, ponteng dan aku diberi amaran. Masa bulan puasa, aku pergi main kebait dalam botol kat asrama di siang hari untuk release tension kononnya. Akhirnya aku digantung sekolah, dan dibuang asrama. Masa ni betul2 sebelum PMR.

Masa aku digantung sekolah, aku tinggal dirumah nenek dan kawan sekelas yang juga sepupu jauh aku yang dekat dengan sekolah, kadang2 masa nak study aku tinggal rumah kawan aku ni, kalau tak aku study sorang kat rumah nenek aku.

Masa mak ayah aku balik kampung, mak ayah aku basuh aku elok2, tapi dalam hati aku ni aku menyumpah bajet baik la bagai. Aku diamkan saja.

Lepas habis PMR, aku balik rumah parent aku, dan macam biasa layanan mak ayah aku pada aku macam layan seorang yang gagal, yang tak patut dibela, dibesarkan, elok m4ti je kecil2 dulu.

Aku redha dan aku diamkan saja. Sebabkan aku dah jadi perokok, aku selalu hisap rokok sorok2 tengah malam di luar rumah.

Satu hari tu, lepas hisap rokok malam tu, aku simpan rokok dalam poket, dan masa siang mak aku, nak kejutkan aku, kedapatan terus di situ. Mak aku mengamuk teruk masa ni, macam2 ayat die keluar yang menyakitkan telinga.

Masa ni aku dah tak tahan aku melantun terus dan cakap “kenapa mak kawin lepas lahirkan along”.

Masa ni mak aku marah2 lagi. Mak aku bising satu rumah, pergi dapur dapatkan ayah aku. Masa pergi tu aku terus kunci pintu, aku sendal dengan kayu dengan barang2 berat dekat pintu. Mak aku datang balik ketuk pintu sampai pecah.

Aku tak buka langsung masa tu. Aku biarkan dan diam saja, tak respon ape pon. Entah berapa jam aku dlam bilik tu lepas tu mak aku da reda sikit. Ayah aku ketuk pintu elok2 suruh aku buka pintu.

Lepas tu mak ayah aku slow talk dengan aku tanya macam mana aku bole tahu bagai. Mak ayah aku bawak keluar makan aku, adik2 aku tinggal kat rumah kecuali adik yang last tu ikut sekali. Macam nak pujuk la ape.

Masa ni hati aku macam tak percaya pengakuan dia tu. Aku tak cakap ape pon lepas tu. Kalau tak silap minggu lepas tu result PMR keluar, masa pergi tu aku tengok muka mak ayah aku, nampak raut macam tak mengharapkan ape2 pon.

Sampai kat sekolah, cikgu announce yang result aku dengan sorang lagi geng aku yang kene buang sekolah aritu adalah antara yang top kat sekolah tu (6A je pon).

Walaupon kene buang sekolah tapi masih boleh perform. Mak dengan ayah aku masa tu macam terkejut gile dengan result tu. Dari tak expect ape2 kepada bangga. Korang boleh bayangkan tak.

Memandangkan aku da dibuang sekolah, berbekalkan result tu, aku pindah ke sekolah yang lagi bagus. Dan masalah disiplin aku masih aku teruskan.

Masa form4 tu aku start bergaduh, kedapatan lagi merokok. Tapi pengetua aku macam bagi can kat kitorang lagi. Disebabkan tu aku rasa dihargai. Aku stadi elok2, sampai la boleh perform masa SPM pulak.

Aku rase bende2 yang aku buat ni semua mungkin sebab aku rasa masa tu aku ni anak luar nikah, anak haram, tak selayaknya aku jadi hipokrik jadi baik. Jadi buat ape aku nk jadi baik2 sangat.

Lepas lama2 sikit aku baca kat internet pasal status bin/ binti anak luar nikah, pasal hukum kahwin bagai. Aku rasa agak menyusahkan. Sekarang nama aku dibinkan kepada bapak aku.

Ok korang bayangkan, selepas kes aku tanya kenapa kawin lepas aku lahir tu, aku da tak cakap langsung, tak tanya langsung mak ayah aku lagi. Dorang pon macam tak nak bagitau ape pon.

Otak aku ni berjalan tau. Aku tertanya2 adakah ayah aku yang sekarang ni betul2 ayah aku, ke ayah aku ni adalah pak sanggup saja.

Macam mana keadaan mak aku sebelum aku lahir, liar gile bapak ke. Ade salah satu kisah dari flashback tu, mak aku pernah cakap, sebelum aku lahir mak aku pernah gugur.

So ko faham tak macam mana. Aku ni anak sape sebenarnya. Yan sebelum tu anak sape. Dorang tak buka mulut langsung. Yang gugur tu pasal gugur paksa ke ape.

Sekarang ni umur aku da masuk fasa nak kahwin. Walaupun aku ade kekasih hati sehingga tahun lepas dari awal perkenalan di universiti dulu (dekat 9 tahun kenal), sekarang aku dah single balik.

Aku tak tahu macam mana kisahnya nnti kalau aku nak start kahwin. Adakah mak ayah aku buka cerita.

Aku malu kalau in law aku tahu pasal status aku. Sah ke kahwin sebab nama aku bin dengan ayah aku ni. Disebabkan cinta aku masih kuat kat kekasih lama aku, tapi status aku ni menghalang aku untuk teruskan niat untuk kahwin dengan die.

Aku saja buat perangai tak layan die sampai die tinggalkan aku. Maaf kan aku sayang, die pon tak tahu niat aku ni, korang yang baca ni je yang tahu. Aku tak nak diejek dicanang masa kita kahwin nanti, kedapatan pulak pasal status aku sebagai anak luar nikah. Malu weh.

Penamatnya, seperti yang ditulis di tajuk, biarlah aku hidup bersendiri sampai aku gerak nanti.

Aku nak tutup aib aku aib keluarga aku, aku berbakti jela dengan mak ayah aku sebab besarkan aku, tak bvnvh aku macam yang first tu, berbakti kat adik2 aku, aku bawak je lah rahsia ni sampai aku m4ti.

Aku pun ade juga niat nak berkeluarga, tapi malu tu mengatasi lain2. Kalau korang ade jumpa punca2 ilmu atau ade ahli2 yang pakar dari kalangan pambaca ni, minta la komen2 ya murni sikit, yang boleh selesaikan masalah aku ni.

Terima kasih semua.

– Taiju (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *