Biasanya Lidah Berkata-kata

Salam semua. Nama aku Odah. Terima kasih admin kalau confession ni terpilih untuk disiarkan.

Aku nak kongsi kat sini pasal isu mulut lancang atau mulut takde insuran atau jugak orang panggil dengan bahasa sopannya mulut longkang hanyir.

Banyak kali terjadi kat aku and mostly kat semua orang jugak kan sebab tak semua orang dalam dunia ni dilahirkan dengan sesuatu yang bernilai yang sukar dicari zaman sekarang ni iaitulah yang bernama common sense.

Apa yang aku perasan, apa yang orang kata dekat aku yang membuatkan aku terasa hati sampai ke lapisan hati yang paling dalam, tak lama lepas tu Allah bayar cash balik dekat orang tu, terjadi dekat dia apa yang dia kata dekat aku suatu waktu yang terdahulu. Aku nak share antara ceritanya sebagai teladan & pedoman moga2 lepas ni kita semua nak lontarkan kata2 tu biarlah berpada2 takut toink toink toink termelantun balik dekat diri sendiri!

1. ISU KAHWIN AWAL

Aku ditakdirkan & dipermudahkan Allah untuk berkahwin sewaktu aku masih lagi belajar tahun ke2 di Universiti. Masih segar dalam ingatan aku waktu malam terakhir sebelum esoknya majlis akad nikah, ada makcik aku ni cakap dekat aku kenapa aku kahwin awal sangat. Tak kesian ke dekat parents aku nanti kalau tak sempat habiskan belajar sebab dah kahwin. Dia cakap banyak lagi macam brainwash aku almost sejam jugak kena torture kat situ macam apa aku decide tu salah sangat2 di mata dia. Waktu tu aku dah bengkekk (read: bengkak) dah bergenang air mata sebab rasa pehal ni dah tu kau nak aku cancelkan ke majlis esok ni semata2 nak puaskan hati kau?

Yang peliknya, parents aku merestui perkahwinan kami ni dan takde brainwash aku macammana kata2 makcik tu pon sebab walaupun suami aku masih belajar (tahun akhir di Universiti luar negara), tapi dia ada sumber pendapatan dia sendiri dah waktu tu. Jadi parents aku percaya yang suami aku mampu untuk menjaga aku. Long story short, tak sampai setahun lepastu, makcik ni datang kat aku cakap anak dia yang tengah belajar Master pon nak kahwin jugak macam aku kahwin waktu belajar. Akhirnya, kini aku dah pon grad & bekerjaya. Tetapi anaknya, termasin mulut maknya yang cakap kalau kahwin waktu belajar takkan habis belajar. Memang anaknya tu betul2 tak habiskan Master dia pon & sampai sekarang masih tiada pekerjaan tetap. Dalam masa yang sama, anak juga dah nak masuk 2. Entah apa perancangannya sungguh aku tak tanya. Aku takde komen apa2 tapi Allah tunjukkan aku segalanya.

2. ISU KAHWIN AWAL LAGI

Waktu ayah aku pergi menjemput orang ke majlis aku, ayah aku hantarkan kad kahwin ke rumah jiran aku ni. Nampak je ayah aku kat pagar rumah, di jeritnya dekat ayah aku bertanya kenapa bagi aku kahwin waktu belajar? Katanya, kalau sayalah, anak saya kena habis belajar dulu baru kahwin! Ujarnya dengan penuh sombong & takabur kepda ayah aku tanpa teringat bahawa masa depan itu rahsia Allah. Ditakdirkan Allah, baru2 ni anak dia kahwin! Langsung tak dihantarnya kad ke rumah ayah aku. Malu agaknya takut kena smash balik dengan buah keras dia dulu. Sebabnya anak dia kahwin pon waktu belum habis belajar! Maha Besar Allah menunjukkan kuasanya, ingin menyedarkan hamba itu bahawa mempersoalkan jodoh ibarat mempersoalkan kematian yang kita manusia tiada daya upaya atasnya.

3. ISU SUAMI BEKERJA JAUH

Suami aku dihantar bekerja di Sarawak. Ketika itu, aku masih di Semenanjung, habiskan FYP di sem akhir. Di sana, suami menyewa sebuah rumah tinggal seorang supaya senang untuk aku pergi ke sana pada bila2 masa. Kalau disewa bilik tinggal bersama beberapa orang sebuah rumah, tak manis pula kalau nak bawa aku tinggal serumah dengan lelaki lain. Di kampung, sepupu aku bertanya soal ini, soal dimana suami aku menyewa. Jawapannya sumpah membuatkan aku sentap & hampir tak percaya yang seseorang mampu komen yang sedemikian tanpa memikirkan hati & perasaan orang yang menghadapinya.

Katanya, apa? Dia tinggal sorang diri sebuah rumah? Eh Odah! Bahayanya kau tak takut ke bila2 masa dia boleh bawak perempuan lain balik rumah tu. Dah la duduk jauh, siapa pon tak tahu. Dia berkata sambil membuat muka yang takkan aku lupa sampai bila2. Siapa saja yang tidak pernah rasa hidup berjauhan PJJ dengan suami pasti takkan tahu peritnya kami berdua menghadapi ujian ini. Tambah2 lagi aku yang berbadan dia ketika itu. Bukan suka2 suami ke sana tapi atas tuntutan kerja. Aku mengharapkan orang menyatakan sesuatu yang menyenangkan hati aku, bukan menambahkan garam ke luka. Kalau aku ditempat sepupu aku tu, aku akan cakap, wah im happy for you, suami kau sewakan rumah senang la nanti kau nak pergi ke sana bila2 masa. Boleh honeymoon jugak!

Tapi itulah, rambut sama hitam, hati lain2. Musim bersilih ganti. Suamiku kini akhirnya dapat pulang ke semenanjung. Berbeza pula dengan sepupu aku tu. Atas tuntutan kerja, dia terpaksa sambung belajar di selatan tanah air. Terpaksa tinggalkan suami & anaknya di kampung di rumah yang mereka beli beberapa tahun sebelum itu. Hari2 aku tengok post dekat FB cakap rindu, menangis kerana dari awal perkahwinan mereka tak pernah merasa apa itu PJJ. Boleh saja aku pulangkan kata2 dia dulu tapi aku tahu peritnya kata2 tu, dan aku bukan seperti itu. Allahuakbar, hidup ini betul2 seperti roda. Hari ni mungkin hari aku, esok lusa tak siapa yang tahu!

Ada banyak lagi cerita yang sebegini terjadi pada aku yang Allah tunjukkan pada aku kekuasaanya berkat bersabar & tidak melawan kata2 mereka dengan kata2 yang maha kesat.

Untuk yang bermulut lancang, sudah2 lah menyakiti orang dengan mulut yang 2 inci pemberian Allah pada kita tu. Kerana masa depan tak siapa yang tahu. Bila2 masa apa yang dihina, dikeji itu boleh kembali menjadi sebahagian daripadamu.

When people wrongs you, just be patient coz Allah hears everything – what they say to you & what u feel inside. Dont worry, he will do accordingly. Just wait & see.

Thank you Allah for everything. Betul lah, sabar itu indah.

– Siti Odah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *