Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa nak meluah apa yang dah lama terbuku dihati. Tak nak cerita panjang pun. Kalau admin post, terima kasih banyak-banyak. Kalau tak, anngap jelah aku buat exercise jari dipagi hari.
Dalam pada sibuk-sibuk graduan fikir nak kerja yang bersesuaian dengan kelulusan, masih ada lagi segelintir manusia yang malas nak kerja. Beribu alasan bila disuruh kerja. Aku tak pasti bila golongan parasit ni nak berubah. Dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin membimbangkan, golongan ini masih selesa goyang kaki kat rumah. Bila tak ada duit, mintak. Bila tak ada duit, pinjam. Kalau tak kerja, duit simpanan 1 juta pun akan habis. Bukannya duit tu boleh beranak kalau duk goyang kaki je kat rumah.
Yang kerja ni pun kadang kala tak cukup duit. Inikan pula yang tak kerja. Aku hairan betul macam mana diorang ni boleh hidup mengharapkan bantuan orang je semata. Adik beradik boleh lah tolong kalau kau tak cukup duit ke apa (jika bekerja). Tapi kalau kau adalah sejenis manusia yang pemalas, bila tak cukup duit nak mengharap adik beradik tolong. Deyy, adik beradik pun boleh naik muak tengok muka kau je yang asyik pinjam duit yang entah bila nak dibayar. Kalau sekali pinjam dua tiga ratus, kalau setahun, empat lima kali pinjam kau rasa orang nak halalkan macam tu je ke? Kami golongan yang bekerja ni nak patah pinggang cari rezeki untuk diri dan keluarga. Tapi bila adanya golongan parasit macam ni membuatkan kami rasa cukup annoy nak tolong.
Tidaklah aku kata kita tak boleh tolong golongan parasit ni. Tapi diorang tak fikir ke, kita pun nak guna duit. Kita juga punyai tanggungan. Kalau campur dengan golongan parasit tu, maka bertambahlah tanggungan kami. Hutang yang lepas pun tak bayar lagi dah menambah liabiliti baru. Ya Rabbi.
Aku memang cannot brain golongan suami isteri yang kedua-duanya tak kerja tapi asyik mengharap adik beradik lain tolong. Hello! Kau sihat wal’afiat je. Tapi kenapa pemalas sangat nak kerja. Kerjalah saudara saudari oi. Kalau dah muka tu je yang asyik buat drama nak pinjam duit, siapa yang tak hangin? Benda ni terjadi jugak kat aku. Aku bukan marah suami aku nak tolong adik beradik dia, tapi berpada-padalah. Dah adik beradik kan, aku pun tolong adik beradik aku.
Tapi yang aku geram, asyik muka tu je yang nak pinjam duit. Sampai aku cakap pada suami, ‘Kita sibuk bagi dia pinjam duit jangan sampai kita pulak yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Kita bukan kerja untuk senangkan dia. Hutang lama tak bayar dah nak tambah hutang baru’ Kalau sikit-sikit tak apa, ini main ribu-ribu pinjam duit suami aku. Tiap kali kami bincang pasal adik beradik dia nak pinjam duit dia, aku akan cakap macam tu. Suami aku diam je. Aku kadang tu tengok muka suami, Ya Allah sedih rasa. Aku tahu macam mana dia struggle cari duit untuk keluarga kami. Dari anak mata dia aku tahu dia sedih. Orang nampak luaran kami senang je. Tapi hakikatnya kami je tahu betapa perit dugaan yang Allah bagi pada kami. Adik beradik suami aku kalau ada masalah semua akan tuju pada suami. Sikit-sikit suami. Suami aku bukanlah anak sulung. Tapi dah macam anak sulung sebab yang sulung tu entahlah.
Jadi aku mintak tolonglah sangat-sangat kepada pembaca semua yang jenis tak nak kerja dan harap ihsan orang lain, tolong lah berhati perut ye. Kami susah payah cari rezeki nak tampung keluarga sendiri, mana nak beli pampers anak, belanja sekolah anak, beli groceries, sakit pening keluarga kami, nak bagi duit kat mak ayah, duit petrol, duit emergency lagi. Aku mintak sangat golongan parasit ni terasa ye. Jangan jadi biawak hidup. Kau menyusahkan mak ayah kau dan adik beradik kau.
Tapi kalau rasa nak jugak duduk goyang kaki dan harap orang hulur duit kat kau, satu je aku pesan. Sila meninggal.
– Isteri Suamiku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit