Biawak Hidup

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Namaku bukan namaku sebenar, Safi. Aku berkeromosom xx. Hampir 3 dekad usiaku. Masih belajar, ada hutang ptptn masa degree n master. Sekarang belajar dengan tajaan ayah. Sejujurnya aku rasa menyusahkan ayah dan ahli keluarga yang lain bila dah tua2 masih belajar dan tak bekerja. Rasa macam biawak hidup. Aku sahajakah yang rasa begini?

Aku ada juga buat part time as researcher dan shopper. Tapi tak mencukupi untuk tabungan untuk jangka panjang. Aku masih memerlukan elaun sara hidup dari ayah n kakak-kakak sebab aku perlukan duit minyak ke universiti dan tempat mengumpul data.

Ada kawan aku cadangkan aku menyewa sebab jarak rumah aku ke universiti, pergi dan balik hampir 70 km. Jika menyewa, pasti lebih banyak duit diperlukan untuk aku teruskan pengajian ini. Biasiswa? Aku ada mohon dan dah pergi temuduga, namun, peralihan kerajaan memberi impak kepada prosesnya. Aku bersangka baik, moga ada rezeki kami untuk bajet 2019 ini.

Oleh itu, aku tekad nak cari kerja tetap sambil siapkan tesis. Akan tetapi, dewasa ini..

Aku mohon kerja dari jawatan gred 41 sampai ke tak ada gred. Rezeki kerja masih tak menyebelahi aku. Aku ada dapat offer, tapi agak jauh dengan rumah. Aku sebagai anak perempuan yang masih duduk di rumah, pastinya tanggungjawab di rumah banyak bergantung kepada aku.

Aku duduk dengan 3 keturunan lelaki dalam keluarga aku. Atok, ayah dan adik lelaki. Mereka membantu, tetapi kerja mereka tak kena dengan mata aku. Jadi aku perlu ada kat rumah sebagai QC. Mungkin juga sebagai supervisor merangkap operator utama.

Kadang-kadang aku terfikir jika aku tak ada, siapa nak ganti aku buat kerja-kerja tu. Selagi mereka ada, aku rasa serba salah jika tak membantu. Cukuplah aku terkilan sebab tak dapat membalas jasa arwah ibu besarkan aku.

Jadinya aku sekarang tengah fokus menulis tesis dan mencari kerja yang berhampiran dengan rumah aku. Sama negeri aku okey aja, atau negeri sebelah-sebelah kat selatan tanah air ini. Aku boleh balik rumah dengan kerap, itu pon dah baik.

Mohon dicoretkan ayat-ayat positif untuk aku tak putus harapan cari kerja serta kerja sambil belajar. Ohya, doakan aku dapat habiskan pengajianku dengan cemerlang dan dapat berbakti kepada ayah, keluarga dan yang paling penting aku dapat berkhidmat untuk negara dan agama serta bayar hutang-hutang ptptnku yang hampir 25k. Allahumma aamiin…

– Safi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *