Sejak aku remaja, aku kesian dekat mak. Perlu menanggung ‘biawak’ di rumah bertahun-tahun lamanya.
Makanan semua mak yang beli, si biawak pula duduk di rumah, bangun pukul 11, baring baring dan rileks tengok kdrama sementara mak pergi bekerja.
Nak kemaskan rumah? Memang taklah.
Mak memang sangat berdisiplin, mak akan bangun awal pagi dan kemas rumah, luar dan dalam, setiap hari, setiap minggu, tanpa gagal.
Kami adik beradik tiada di rumah kerana bekerja di daerah lain. Jadi, mak lah yang kemas rumah dan mak juga bekerja untuk menampung kehidupan mereka.
Si biawak? Penyapu pun mungkin hanya sekali seminggu pegang.
Periuk mangkuk kering? Bibiknya (mak) lah yang kemaskan.
Walaupun tidak bekerja, si biawak tetap sombong dan ego, sentiasa merasakan dirinya hebat.
Kalau tiada benda nak ditayang, si biawak akan menyampuk sekiranya kami sekeluarga berkumpul dan akan mengemukakan ideanya, seolah-olah, dia lah yang menulis semua artikel Wikipedia.
Kadang-kadang, sekiranya kami memasak, si biawak akan komplen macam macam. “Kek ni tak empuk, patutnya tambah bahan X barulah sedap.”
Ya, dialah yang terpaling chef, tetapi, senduk nak tolong memasak tak pernah pegang.
Ketika kami menyediakan breakfast, si biawak duduk saja di sofa, setelah makanan dihidangkan, barulah duduk di meja makan, dan seperti kebiasaan, menyampuk perbualan kami.
Sebelum kami adik beradik keluar dari rumah, kami lah saksi semuanya. Saksi betapa “shameless” nya si biawak.
Ada masa, si biawak bawa puaknya ke rumah, buat macam rumah sendiri. Ok itu mungkin boleh dimaafkan kot.
Tapi, kalau tinggalkan sudu garfu, gelas yang sudah dipakai dan sebagainya di dalam sinki, bukankah melampau?
Oh.. Kami ada prinsip, kena basuh terus lepas pakai supaya sinki sentiasa kosong dan kemas. Lagipun, itu kan ‘common sense’.
Kemudian, mulalah sesi mereka menayang “kehebatan” berhujah. Dah macam parlimen dah.
Keluarga mereka sentiasa hebat, cakap pun mestilah hebat. Rumah pusaka mereka ditarik?
No hal. Tak boleh rendahkan ego dan bersedih.
Jadi, mak si biawak cakap, “alhamdulillah, akhirnya, beban dah takde.”
Maknya pun selalu jugalah komplen masakan kami ni bila bertandang ke rumah.
Kalau pergi makan, si biawak wajib order makanan paling mahal. Sudahlah ahli keluarga yang baru bekerja bayarkan, apalah salahnya bertimbang rasa sedikit.
Order harga biasa-biasa cukuplah, ini tidak, dekat nak RM100 jugalah makanannya seorang.
Kenapa mak masih bertahan dan mempertahankan rumah ini?
Sebab mak sayang rumah ni, mak takut, kalau mak keluar dari rumah ni, nanti berkulat dan macam tongkang pecah.
Rumah ni ada ‘sentimental value’ untuk mak, jadi kami faham.
Kadang-kadang adik beradik memang dah nasihat untuk pindah, tetapi biasalah, orang tua. Lagipun, ni memang rumah mak, atas nama mak.
Kenapa mak (dan kami adik beradik) masih sanggup jadi bibik rumah ni?
Sebab kalau kami tak buat, si biawak takkan buat.
Mak tak suka situasi tunggu-menunggu untuk bersihkan rumah, jadi, mak lah yang buat.
Kami pula, tak sampai hati membiarkan mak kemas seorang diri, kami pun bantu.
Kadang-kadang, panas jugalah hati. Tapi, rasa berdosa pun ya sebab si biawak jauh lagi tua.
Nak tegur depån-depan, nanti dikata kurang ajar pula. Tak tahulah sampai bila keadaan ni nak berlarutan.
Aku tulis pun sebab nak meluah je..
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit