Biawak Sampai Kiamat

Hai semua. Assalamualaikum saya nak luahkan kisah saya bila baca story biawak ni (https://iiumc.com/biawak-kaki-sembang/).

Maaf cerita saya ni lebih kurang macam TT ni. Tapi ni biawak jantan yang dah tua tapi malas bekerja yang hambakan mak bapak untuk menanggung makan minum dan menyediakan duit untuk biawak ni.

Oh lupa si biawak ni anak kesayangan dari kecil sebab pandai dari segi akademik sejak kecil yang anak lain tak pandai.

Mak bapak si biawak ni suka sangat cerita sana sini kehebatan anaknya dengan sedara mara dan membandingkan anak-anak lain.

Ok berbalik pada tajuk saya, ada ahli keluarga saya yang sanggup menjadikan mak dan bapak menyediakan segala keperluan dari habis belajar tak mahu kerja.

Kerja nya hanya tahi judi dan meminjam duit sana sini memalukan ahli keluarga.

Tapi mak bapak tutup mata walaupun tahu aktiviti si biawak tu dan tetap menyalahkan orang lain punca anaknya si biawak jadi macam tu.

Puas la jumpa ustaz bomoh untuk mengubati anaknya supaya berubah.

Tapi paling sedih mak bapak menjadi sasaran mulut orang kampung dan sedara mara atas perangai si biawak ni yang kerjanya menipu dan meminjam duit orang sebab kerjanya berjudi,

Selain tu kerjanya tidur sampai petang, suka meminta duit. Dah lah makan minum free, lepas tu pakai keta free lanyak sampai jahanam satu sen tak bayar,

Kain bajunya, maknya pula yang basuh dan macam bibik semua nak di sediakan.

Paling tak boleh terima si biawak ni suka mereka-reka cerita mengaburi mata mak bapak misalnya dapat projek GLC la, pergi umrah la, pergi Afrika la.

Ini membuatkan mak bapak percaya dan memberikan sejumlah wang kepada si biawak padahal duit tu semua digunakan si biawak untuk bermain judi semata-mata.

Tu belum lagi si biawak ni menggadaikan barang kemas kepunyaan mak dan adik beradik nya.

Dan paling sakit hati sanggup si biawak ni tak pernah insaf atas perbuatan dia.

Masih lagi menggunakan mak dan bapaknya sehinggakan maknya menyembah sana sini meminjam duit dari sedara mara, demi biawak kesayangan mereka yang kononnya dapat kerja hebat nak pakai duit beli pakaian beg dan sewa rumah.

Padahal memang terang-terang si biawak dah menipu mereka.

Anak-anak lain bukan tak nasihatkan tapi mak bapak si biawak tetap mempertahankan si biawak kaki judi dan kaki kencing tu sehingga sanggup menggelarkan anak-anak lain sebagai anak derhaka.

Stress jika ada anak-anak atau ahli keluarga spesis biawak ni. Dah tua-tua tak mahu bekerja, sebaliknya duit yang anak-anak bagi habis diberikan kepada si biawak ni.

Sampai mak dan bapak tu nak makan cekik leher padahal rumah dah habis dibayar. Masih lagi tak cukup duit.

Sehinggakan maknya sanggup call anak-anak lain desak berikan si biawak sedikit duit.

Emaknya tak pernah fikir keadaan kewangan anak-anak yang lain demi kasih sayangnya kepada si biawak tu.

Semoga suatu hari nanti si biawak tu sedar dan insaf atas perbuatan dia kepada mak bapak, orang lain dan sedara mara.

Risau takut si biawak tak sempat bertaubat mati pulak siapa nak menanggung hutang piutang dia akibat berjudi itu.

Tambah lagi dengan title biawak tua lagi membebankan mak bapak dan adik beradik pun dapat tempias kerana perbuatan si biawak ni.

Akhir kata saya berharap kisah si biawak ni kita jadikan teladan kepada semua ibubapa supaya mendidik anak-anak dari rebung dengan keadilan yang setara bukan pilih kasih sebab anak lain tak pandai,

Dan berhentilah bercerita kat orang anak tu pandai dan berhenti bersubahat dengan anak yang melakukan perkara tak elok. Sekian…

– Ombak Rindu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *