Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita abam. Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi meluangkan masa membaca cerita ini. Pengenalan ringkas. Nama aku Abam Manis. Sudah dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Kami tinggal di ibu kota sebagai perantau, mencari rezeki halal di tempat orang.
Di sini, abam nak ceritakan tentang my soulmate, siapa lagi kalau bukan isteri abam a.k.a bidadariku yang aneh. Layan sahaja ye ;) Aneh ke tak isteri abam, pelik ke tak, hangpa boleh nilai sendiri melalui points di bawah:
1) Bau Asap Bakar Sampah
Bau ni la yang isteri abam paling suka. Kalau ada je orang yang bakar sampah (daun-daun kering ye,bukan sampah dalam erti kata yang sebenar) terutamanya jiran, terus dia berhenti bercakap untuk hidu dan menikmati baunya, “Bestnyaaaaaaa bau”,katanya sambil menguntum senyuman paling menawan. Lagaknya macam dialah yang paling gembira dalam dunia ni. Dia tak tahu, abam lagi gembira sebab tak perlu belikan perfume mahal-mahal, atau bunga ros harum mewangi. Cukup sekadar cari tempat orang bakar sampah. Haha, gurau sahaja ye.
Ada juga suatu ketika tengah drive dan lalu kat tempat orang bakar sampah, dia terus mintak abam berhentikan kereta. Punyalah pelik, tapi abam layankan sahaja. Sampai abam pulak yang ketagih sama. Adeh. Tapi lama-lama baru abam tahu kenapa. Bau tu mengingatkan kita kepada kampung, bau yang biasa kita hidu bila mak ayah bakar sampah di kampung. Orang merantau memang camtu la bila da rindu.
2) Iron Lady
Kenapa iron lady? Tak kan hangpa pulak nak jawab, abam la kena jawabnya, hehe. Sebab, isteri abam ni memang susah sangat nak sakit. Sihat walafiat dan gagah perkasa sahaja. Dalam setahun, abam da demam 3 atau 4 kali, dia steady je takde sakit apa-apa. Abam pulak yang confuse, sape laki sape perempuan sebenarnya ni? Kami terperangkap dalam badan yang salah ke? hehe. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat isteri abam ni :)
3) Tak Suka Shopping
Satu lagi keajaiban yang abam baru temui selepas kahwin. Sebab kami bercinta selepas kahwin. Isteri abam ni bukan golongan typical woman di luar sana tu yang gilakan shopping, gila-gila dalam bershopping atau menjadi gila semasa bershopping. Lain macam pulak ayat abam ni. Abis la kena kecam dengan makcik bawang seantero dunia. Haha. Kalau nak apa-apa, abam yang kena tanya. Jarang sekali isteri abam ni ajak shopping, selalunya abam yang ajak dia. Pelik tapi benar!
4) Tak Suka Bersolek
Orang kata, best friend perempuan adalah mekap. Tak sah kalau tak keluar rumah tanpa mekap. Malu dan boleh jatuh maruah kalau orang tengok muka sebenar tanpa mekap. Macam tu sekali kebanyakan perempuan zaman sekarang..hehe..Tapi tak semua la ye.. Termasuk la isteri abam jugak, memang jenis tak suka bersolek. Nak keluar mana-mana pun,cukup sekadar menempel bedak sahaja untuk segarkan wajah. Dah macam perempuan melayu terakhir pulak lagaknya.
Sebenarnya, kebanyakan lelaki memang suka tengok natural beauty, baru puas hati. Mekap dan solekan tu semua palsu, topeng kecantikan semata-mata. Since isteri abam ni memang tak suka bermekap, memang jimat la duit abam daripada beli benda alah tu. Jangan cakap abam kedekut ye, dia yang tak nak.tak kan abam nak paksa pulak (sambil lompat bintang).
5) Master Chef
Untung sangat abam rasa, ada chef serba boleh di rumah. Sebut je nak makan apa, isteri abam boleh buat. Kalau menu yang dia tak pernah buat atau tak tahu, dia akan bertapa dengan syeikh google dan selepas beberapa detik bersilat di dapur, terus siap. Mungkin ni la bakat yang dianugerahkan kepadanya.
Hari-hari memasak,memang tak suka makan luar. Macam-macam dia cakap,makan kat luar tu tak bersih la, ada ajinomoto la, bau asap rokok la, itu la ini la.. huhu. Tu yang abam berkobar-kobar nak balik rumah lepas abis kerja. Tak sabar nak rasa air tangan isteri.
Abam is happy :)
6) Expert Driver
Ni memang melangkaui jantina sikit. Bab drive kereta dan semua perkara berkaitan dengannya, isteri abam lagi power daripada abam. Fuhhh, abam mengaku kat sini je tau, depan kawan-kawan, pandai-pandai la abam twist cerita nanti, haha. Isteri abam ni drive lagi laju, parking kereta lagi cekap, siap boleh tegur lagi kalau abam yang drive. Ala-ala pegawai JPJ time tengah driving test tu.. huhu.
Beraninya dia, Hilux pun selamba badak je dia bawak daripada KL ke kampung. Hilux ni mertua abam punya. Abam bukannya tak berani, saja bagi peluang. ahaks ;) Jangan sampai isteri abam buat confession “Suamiku Paling Aneh” sudah lerrr.
Setakat ini sahaja cerita abam buat waktu ini. Kalau abam rajin, abam sambung lagi ye in sha Allah.
Hangpa tolong doakan kebahagiaan kami ye. Nasihat abam, hargailah pasangan a.k.a bidadari kita sebaik mungkin. Ada kelemahan atau kekurangan, sama-samalah kita perbaiki. Jangan cari yang sempurna, kerana kita pun bukannya sempurna. Ingat, perbezaan itulah yang melengkapi kehidupan kita, lantas mampu membawa kita hingga ke syurga. Ameen.
Terima Kasih…
– Abam Manis
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit