Grad dalam bidang Perbankan Islam tapi minat ke Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Adakah ia satu pemilihan yang salah? Ataupun pilihan telah dibuat, tapi natijah sebuah pemilihan itu ternyata hak mutlaknya Dia yang menentukan dan mengatur segala kebutuhan kita.
Kadang tidak terfikir lansung untuk berada dalam kerjaya yang kita sedang duduki sekarang. Ibarat sebuah kemudi diarahkan ke Cina tapi akhirnya mendarat di Istanbul. Pilihan pertama tidak menentukan akhir sebuah perjalanan.
Begitulah juga kisah perjalan ‘sis’ ini. Likunya bermula usai habis SPM. Memilih kelantan sebagai negeri untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun lamanya. Sedangkan pada asal perancangan sebelum mendapatkan keputusan SPM, beriya sangat sis untuk melanjutkan pelajaran ke Univerisiti Awam yang gah seperti UKM, UM, USM ataupun UIAM.
Tapi at the end, Kolej Swasta juga menjadi pilihan saat itu meskipun diri sendiri tahu kondisi keluarga yang agak sederhana untuk pembiayaan kolej nanti.
Anak sulung kepada 5 beradik ini, punya nekad yang kuat ketika ingin ke negeri orang, buat pertama kalinya, membawa harapan kedua ibu bapa dan adik-adik yang lain, dengan harapan,
‘Kakak akan balik membalik segulung diploma untuk kalian’
Allah itu jelas Ar-Rahman Ar-Rahim, Kasih dan Sayangnya mengalir tanpa henti bahkan tanpa kita sedari.
‘Kakak bukan sahaja mendapatkan segulung diploma ketika ini, tapi sekarang kakak membawa kantung-kantung Nur (hidayah) yang terus digenggam erat agar cahaya itu tidak hilang dek dibiar-dibiarkan’
Betullah kata seorang Murabbi ini,
‘Natijah itu sepenuhnya hak milik Allah’
Mana mungkin perancangan kita mendahului perancanganNya.
Nak dipanjangkan cerita, habis sahaja diploma pada tahun 2016, cita cita untuk memasuki Universiti Awam itu masih lagi terpahat disini (sambil tepuk dada). Hampir setahun jugak terbengkalai di negeri sendiri kerana menunggu panggilan Universiti untuk melanjutkan degree, namun kasihNya mendahului perancangan kendiri, dicampak pula ke Pulau Mutiara untuk meneruskan Misi.
Dan sekarang ini, Misi menjadi ‘Pendidik Si Kecil Hamba Allah’ telah tersemat di hati dan fikiran hampir setiap hari tanpa harus berdalih lagi dengan kritikan dan pandangan manusiawi yang kadang memakan diri.
‘Kenapalah nak jadi guru tadika, gaji secipot jaa’
‘Laa, guru tadika je pun, apalah sangat’
‘Weh, takkan hang nak jadi guru tadika sampai mati kot’
‘Gaji kilang gaji Rm2k+, kau dapat gaji Rm1k+ je, baik kerja kilang lagi kalau macam tu’
Saat pujukan pujukan itu terngiang ngiang ditelinga, hati menidakkan dengan lembut,
‘Jika ini kerana Dia, apalah sangat nilaian dan ukuran mereka’
‘Aku lebih tahu daripada apa yang kau tahu’
‘Mana mungkin si cilik mengenal huruf, mengira dan membaca bahkan mengenal siapa Penciptanya jika tidak bermula dari sini’.
Pujukan masyarakat itu sangat licik, tapi pujuk rayu mereka yang telah lama berada dalam bidang ini terlebih dahulu menarikku rapat dan berbisik,
‘Inilah Mihrab Cinta, menagih cinta Allah dan mengajak mereka mengenal Pencipta’
Rasa leganya hingga sekarang ini, doakan semoga kekal hingga ke mati!
Doakan Sis juga, bakal melanjutkan degree dalam Bidang Pendidikan awal kanak kanak secara Pendidikan Jarak Jauh di mana-mana Univerti awam atau Swasta pada tahun hadapan, tapi still berkhidmat sebagai Pendidik di Tadika Alim Cerdik, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Semoga doa kalian ini, berbalik kepada tuannya.
Cikgu Wana
Cikgu Tadika yang masih muda :)
– Cikgu Wana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit