Big Company Isn’t That Good

Hai semua….
Nama aku Betty. Sorrylah, maybe tajuk aku sangat tak best. Tapi, aku terpanggil utk kongsi experienced aku selepas aku baca confession adik2 yg baru nak up dgn gaji RM2.8K dan ada yg cerita susah nak dapat kerja di company yg besar2 and kerja yg ada ni cukup makan. Harap2 admin dapatlah publish kan story aku ni utk tatapan semua.

Aku started kerja since umur 18thn and 1st job aku was cikgu sandaran. Alhamdulillah, dalam 3mnths mcm tu aku dapat gaji RM2.5K. Aku still budak2 time tu n bila tengok dalam bank banyak duit and 1st salary of course aku sangat suka. Time aku kerja as cikgu sandaran dulu gaji per hour dalam tahun 2000an macam tu. Then, sambung belajar di U tempatan dalam diploma

Bila habis diploma (sebelum sempat dapat scroll) aku dapat kerja di factory industry. Gaji time tu dapat lah RM1.5K per month. Mungkin korang fikir gaji kecik n kilang aje kot. Zaman aku baru2 nak up gaji mcm tu utk diploma kira da besar. Kilang yg aku kerja bukan cap ayam and besar juga. Aku kerja dgn boss Jepun. Sampai sekarang aku still suka cara mereka. Sangat focus and bila tahu ada staff yg bagus diaorg akan cepat2 naikkan staff. Bagi staff macam2 additional allowance utk naikkan semangat staff bila kerja. Dekat 2bln aku kerja time tu aku dapat offer ke Jepun utk training dalam setahun and balik kerja aku akan dinaikkan pangkat and gaji. Punyalah bagus mereka ni sampaikan da siapkan offer letter yg aku akan dapat gaji berapa and jawatan apa balik dari training. Kebetulan aku masa tu dapat sambung degree and time tu pun da ada bf, so aku reject offer tu and resign.

Dipendekkan story aku, dalam masa aku sambung degree and buat part time. Kerja kat company yg agak besar juga (melayu) tapi under shift basis (sebab nak sesuaikan dengan waktu kuliah aku). Btw, aku bukan dari family yg senang so aku kena cari duit poket sendiri utk diri aku (nak kawen juga time tu) and utk family especially for my adik2 yg still sekolah (aku anak sulung). So far so good. Masa kerja sini aku takde harap apa2pun coz aku just nak dapat gaji aje.

After degree I got my job di company yg besar di KL. Agak bangga time tu sebab kawan2 seangkatan aku belum dapat kerja tapi aku da dapat. Kiranya, masa konvo aku da kerja n ada sikit bangga jugalah. Time tu 1st salary aku was RM1.8K. Masa tu around 2006 tak silap aku. Time aku dulu sape dapat gaji mcm tu da kira besar jugalah. Lagi2 company besar benefit amat besar so lagi lah seronok kerja. Aku di company ni around 9yrs (lama kan?). Aku masuk as an Exec and resign also as an Exec. Mesti korang pelik kenapa macam takde career development kat aku kan? Oh, sebelum aku lupa… gaji aku masa resign (after 9yrs) just RM2.5K. Very the **** kan?

Selama 9thn aku kat situ bukan sebab aku tak dapat kerja lain. Aku dapat aje offer luar dgn better salary. Because of the janji2 manis from management buat aku reject the offer. Korang bayangkan aku dari HQ then pergi branch ke HQ semula then branch semula because of the janji2 manis. Kalau aku dapat manage kerja2 and staff di branch aku dijanjikan kenaikan gaji and pangkat weh! Then tetiba dipanggil balik HQ utk buat ad-hoc project pulak. Bila success aku tetap dijanjikan utk naik pangkat juga. Almost 6yrs aku rasa mcm diperbodohkan aku melenting pada ex ex ex bosses aku. Tapi, macam biasalah diaorang just cakap manegment tak luluskan budget utk naik pangkat and bla bla bla. Sampai satu tika masa aku buat satu internal project utk company aku and aku baru rasa sangat vangang and diperbodohkan. Boss aku cakap project yg aku buat tak success so PMS aku kena downgrade coz dia punya pun kena downgrade by CEO. I’m very upsate and frustrated coz lama kot aku di sini. But it was nothing!!!! Tapi, Allah punya kuasa aku dengar ex boss aku bercakap dgn someone from HR. The staff HR ucap tahniah pada dia sebab naik pangkat. Dia boleh jawab semua disebabkan project dia yg CEO sangat suka. Setahu aku project under dia just 1 and itu juga project yg aku buat. Aku sangat terkesima. Aku terus call husband sambil nangis2 (time tu aku da kawen). Husband just nasihat takyah buat apa2. Kalau kita di pihak betul, Allah akan bagi jalan keluar. Aku just pendam segala2nya. YES, my ex boss dapat offer letter dapat naik SM masa tu. Aku? Just kosong….. increment pun sikit apatah lagi bonus. Then, staff lain yg sekufu dgn boss aku juga naik pangkat. So, aku baru perasan yg aku ni dipermainkan. Aku ni digunakan utk cuci2 taik2 yg da melekat lama di branches and cuci kerja2 sekufu and sewaktu dengannya utk achieve the timeline punya project.

Aku tekad utk transfer ke business department under VVIP (kebetulan boss situ memang da lama minta aku kerja under dia). Masa tu aku belajar macam2 yg attach with the VVIP person. Sambil tu aku mohon pada Allah supaya tunjukkan aku jalan keluar utk aku at least dapat naikkan gaji walau tak dapat naik pangkat. Masa meeting dgn Dato2, Datin2, Tan Sri, aku dapat belajar banyak perkara tentang corporate style. Alhamdulillah, janji Allah tu sangat pasti. Aku dapat offer ke company yg besar yg ada di KL ni juga. Gaji aku naik almost 60% cuma benefit kurang sikit from my previous company. Then masa aku letak resign letter pada boss aku and HR , as usual… mereka menjanjikan aku mcm2 sekali lagi. Tapi, aku tolak mentah2. Masa exit interview pun aku tak ler sampai menyumpah boss2 lama n company aku. Hati aku still baik. Sebab aku ingat pesan arwah mak aku hati kena baik in Shaa Allah akan dapat balasan baik.

Guess what… ex boss aku yg busuk hati dulu tu aku dengar dia dipaksa resign. Sebab dia buat loan under company tak bayar. Then rupa2nya banyak benda tak baik dia buat (tak perlu aku ceritakan). Now pun aku dengar2 dia kerja under contract basis sahaja. Setiap company yg dia pergi tak disudahi dgn kebaikan. Kesian dia kan?

Oh ya, aku kerja di company baru ni dalam 3yrs aje then aku blah ke tempat lain pulak. Sebab company yg ni aku tak selesa sangat kerja dgn boss yg kena outstation sama2. I really loves and respect my husband. So, Dapat offer kerja yg company sekarang ni (company ni memang sangat korang kenal) and almost 2yrs+ aku kat sini. Kat sini pun lebih kurang macam company lama aku yg s*** tu.

Aku memula masuk buat project lain. Sudahnya, M utk satu project ni tetiba resign so boss aku ni panggil aku utk lead project ni. Alasan dia sebab CV aku pernah lead project and aku ada aura. Memula tu Aku bengang lah sebab scope kerja aku besar aku bukan M pun. Macam biasalah boss aku ni janji mcm2 kat aku. Then siap cakap kalau aku success buat project ni sure management akan pandang aku. Actually, project yg aku kena buat ni project yg da bertahun2 tak jalan tapi duit banyak habis. So, I try to challenge myself kebetulan aku tak pernah lagi buat project yg siap kena tahu bab tecnical and programmer lah. Sebab aku business person bukan technical person. Jadi mcm stupid gak da tua2 study balik mende2 yg pecah kepala ni. Oh ye, boss aku ni siap cakap kalau aku dapat siapkan dalam masa 2bln kiranya aku memang superb. So, it’s my time to show my capacity…

Alhamdulillah, dalam masa 2bln aku dapat buat. Aku study balik internal process mcm nak pecah kepala. Aku pulak takde assistant cuma kalau perlu aku perlu minta pada boss utk org assist aku. Then, waktu PMS pun sampai. Hahaha… guess what my boss had mentioned to myself… all of u were good. Your effort bla bla bla bla very superb….. but…. bila part dia da cakap BUT tu aku terus paling muka aku and buat bodo. Pas abis boss aku cakap aku just cakap terpulang apa boss nak rate dalam PMS. I just follow then aku blah mcm tu aje. Boss aku punya terkejut aku buat mcm tu.

Aku takleh naik pangkat weh alasan bodoh sebab aku belum 2yrs. YES, aku tahu memang ada company punya polisi yg after 2yrs baru boleh naik lah itulah inilah. But, u as boss da tau the project was success and management also noted it. So, it’s your time to do something to reward your staff lah kan! Bukan buat staff macam macai. FYI , aku still di company sini lagi. Tapi aku buat bodo. Boss aku tahu salah dia. Nak buat mcm mana. Dia ada ego bodoh dia and bila nak apa2 suruh staff lain minta kat aku. Macam kelakar kan…. aku tak kisah da pun. Dia pun da naikkan pangkat aku. Cuma, bukan yg seperti aku harapkan awal2. Walau gaji maybe tak sebesar mana tapi cukup utk family aku sekarang.

Apa yg aku nak sampaikan pada korang semua, jangan ingat semua company besar tu BAGUS sangat. Management takkan pandang korang walau ko bagus macam mana pun. Kalau boss ko tak up korang ko ibarat anak tiri yg time waktu makan baru dipanggil. One more thing… bosses ni pun tak semua yg bagus. Bila ada new job memang janji mcm2 tapi boss ni pun nak up diri dia juga. Kesimpulannya, adik2 yg baru nak warming up and yg gaji kecik ke gaji besar ke apa ke takyahlah gembira or sedih sangat. Dunia ni sentiasa berputar. Kalau harini ko kat atas nanti ko akan ke bawah semula.

Yg di luar sana yg kerja dgn company kecik, tak perlu rasa rendah diri dengan kawan2 korang yg berlagak kerja kat tempat besar2 konon gaji pun besar. Takde maknanya…. takyahlah korang tertipu. Mereka yg berkata2 lagak besar tu sekadar nak sedapkan diri sendiri aje. Bersyukur dengan apa yg ada and paling penting gaji yg korang dapat tu berkat.

Lagi satu, company yg bukan darah daging kita tu lagi bagus reward staff berbanding darah daging kita yg nak makan kita balik. Takpelah, jika ada yg pernah terkena seperti kisah aku ni, nasihat aku… just leave it. Takyah korang nak lawan ke apa ke. End up korang juga yg dapat nama busuk. Kalau boleh after 1yr pls prepare your resume and try to move to another company. Tak perlu tunggu lama2. It’s for your future benefit juga. Tak perlu juga nak jadi sekufu boss ke management ke. Aku da nampak dgn mata aku sendiri golongan mcm ni tak ke mana pun. Industry kita ni kecik aje. Pusing2 kita akan jumpa balik. Time da jumpa tu nanti confirm ko yg buat taik tu akan malu sendiri.

Just be yourself and love your own self and family.

Tq for reading~~

– Betty

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit