Hai semua. Aku lebih kepada nak minta pendapat. June lalu, aku dikenalkan dengan seorang yang bernama A dan sekarang dalam proses taaruf melalui orang tengah.
Kami ada berjumpa beberapa kali dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah atau red flag yang dikenal pasti setakat ini.
Persoalan yang ada sekarang ialah bagaimana nak cari Big Why untuk berkahwin?
Sedikit intro, aku perempuan berumur awal 30 dan tinggal berseorangan di rumah sewa.
Secara jujurnya, aku sangat suka kebebasan yang aku ada sekarang. Bukan kebebasan bersosial tetapi lebih kepada flexibility yang aku ada.
Aku satu satunya anak yang belum berkahwin. Jadi setiap kali aku dipanggil pulang, atau kalau ada yang perlukan bantuan, memang aku yang dicari dulu. Dan aku sendiri pun tidak kisah untuk ada untuk mereka.
Betul kadang kadang ada rasa penat dan macam ‘takde orang lain ke’ tapi sejujurnya seronok. Bila mereka seronok, aku seronok dan puas hati.
Aku ada sedikit rasa takut yang kalau aku berkahwin, aku tidak lagi flexible sebegitu.
Dia tahu yang aku ni selalu diperlukan keluarga dan dia juga begitu cuma mungkin aku overthinking dan manusia berubah kan? Sekarang mungkin cakap okay, tapi nanti macam mana?
Aku pernah bercinta dan pernah nak berkahwin. Pada waktu itu aku tak fikir pun semua ni sebab aku bercinta.
Lagipun masa tu aku mungkin bakal duduk berdekatan rumah parents aku jadi aku tidak terlalu risau. Aku rasa macam aku masih akan ada untuk semua orang sebab dekat.
Semalam aku berjumpa dengan family besar aku dan makcik aku cerita anak dia (sepupu aku) dulu sama macam aku. Rasa independent dan rasa boleh buat semuanya sendiri. Berlagak la bak kata dia.
Cuma lama lama sepupu aku fikir sampai bila dia nak berseorangan. Itu ke yang dia nak.
Dan aku pun fikir, aku macam mana? Apa yang aku nak? Aku okay ke kalau aku seorang sampai bila bila? Aku nak kahwin ke? Lepas tu aku sendiri takde jawapan.
Sebenarnya selepas aku patah hati yang sangat teruk dulu, aku dah tak nak fikir pun pasal perkahwinan.
Cuma bila orang cadangkan untuk dikenalkan dengan orang, aku tak tolak sebab aku fikir tu usaha aku untuk mendirikan masjid.
Sekarang bila pihak sana dah berkenan aku jadi serabut sebab secara jujurnya aku tak fikir yang mereka akan berkenan.
Dan aku agak pressured bila family aku expect aku terus terima sebab diorang pun berkenan. Yang jadi masalah cuma aku.
Jangan la cakap bersyukur je la ada orang nak, terima je la, umur pun dah berapa.
Serius, aku tak nak berkahwin sebab umur atau semata sebab ada orang nak. Bukan ego tapi aku takut reason tu bukan sesuatu yang aku boleh guna untuk jaga perkahwinan tu.
Aku tak tau kenapa aku mintak pendapat netizen sebab yelah korang bukannya kenal aku.
Aku ada istikharah juga cuma sampai sekarang aku belum dapat buat keputusan. Aku selalu tanya orang orang yang aku kenal macam mana diorang decide nak kahwin.
Jawapan yang aku dapat selalu vague betul. ‘Nanti dah sampai masa kau tau’ atau ‘Entah. Dah kenal kahwin la’. Ataupun ada jugak yang kata macam ‘nak anak’ atau simply ‘dah taknak hidup sorang’.
Jadi begitulah, aku masih belum ada jawapan untuk semua soalan aku. Aku belum jumpa sebab kenapa aku kena kahwin. Kalau bercinta yelah dah bercinta, nak halalkan kahwin je la. Ini tidak.
Jadi korang, terutama yang arrange marriage kan, apa yang menyebabkan korang terima?
Apa yang buat korang rasa nak kahwin dan willing untuk tinggalkan hidup single yang 70% bahagia ni?
Ni bukan berlagak tau tapi ni soalan serius. Aku tak cakap kalau kahwin tak bahagia tau, jangan salah anggap. Tacod.
P/s: kadang aku rasa elok la orang kahwin awal. Tak sempat nak merasa single lama lama sampai seronok dan selesa single.
– Guardian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum saya nak berkongsi pendapat tentang berkahwin ni. Saya pun belum berkahwin dan alasan saya sebab saya rasa sekarang bukan waktu yang sesuai; saya tak bersedia dari segi ilmu,keawangan dan masih tiada kenyakinan untuk jadi ketua keluarga. BTW soal perkahwinan ni bukan lah untuk gembira atau bahagia semata. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Now cuba tanya diri sendiri. Dah bersedia untuk keluar dari zon selesa single atau belum? Tahu tak tanggungjwb2 isteri? Dah ready untuk gelak menangis dalam meniti alam perkahwinan?
. Ada orang berkahwin sebab desakan family,faktor umur,ikut kawan ada juga berkahwin sebab dah lama bercinta serasi then kahwin. Jadi apa yang menyebabkan awak rasa bukan keperluan untuk awak berkahwin? Macam awak cakap awak tak tahu sebab apa nak berkahwin mgkin awak dah selesa bergerak solo.
Pendapat saya jika awak tak tahu atau yakin untuk berkahwin jangan buat. Sebab kalau nak buat sesuatu perlulah bertujuan. Begitu juga kita sebagai manusia tujuan hidup tidak lain hanya untuk mengabdikan diri pada ALLAH mengikut kehendak dan menjauhi larangannya. Maaf mungkin pendapat saya salah sebab saya pun belum berkahwin cuma nak berkongsi pendapat. Apa2 all the best and goodluck. #tujuan