Terlebih dahulu, saya bukanlah mangsa dalam hal ni, tetapi rakan rapat saya sendiri yang saya kenal lebih 20 tahun.
Dia benarkan saya cerita hal ni pada public sebab dapat bangkitkan atau bincangkan hal ini di FB sebab dia tak nak orang lain terkena seperti dia.
Dia nak orang tahu BIGO ni bahaya sampai merosakkan rumah tangga dia dan menyedarkan orang ramai untuk boikot BIGO.
Kawan saya ni baru bercerai dengan bekas isteri dia sebab isteri dia ketagih main BIGO. Dalam BIGO bekas isteri dia mengaku bujang walaupun dah beranak satu.
Dia mengaku bujang sebab nak orang follow dia. Bekas isteri dia ada banyak pengikut di BIGO dan sangat popular. Bekas isteri dia selalu online BIGO dan melayan peminat dia.
Mereka berdua bergaduh kerana bekas isteri asyik melayan BIGO dan mengabaikan rumah tangga sejak mula bermain BIGO 7 bulan sebelum mereka bercerai. Kemuncaknya, bekas isteri dia memfailkan cerai.
Bila dah bercerai, bekas isteri dia mengaku janda di BIGO sebab nak orang follow dia. Bekas isteri dia ketagih main BIGO kerana dapat pendapat lumayan dari BIGO.
Boleh katakan isteri dia boleh dapat lebih RM10k, dan kadang-kadang lebih dari itu pun dia boleh dapat. Pendapatan BIGO dalam USD, bila convert RM memang lumayan.
Waktu bercerai, bekas isteri dia memburukkan dia di depan pegawai pejabat agama.
Mentua dia pun masuk campur sampai pegawai pejabat agama pun cakap awal-awal dekat rakan saya ni yang mentua tak bagi rujuk dan nak berbincang hal penjagaan anak.
Sampai kawan saya terpaksa buka cerita BIGO ni pada pegawai agama dan pegawai pejabat agama tu terkejut.
Lepas tu bekas isteri dia mula tukar cerita dan sampai pegawai pejabat agama cakap pada bekas isteri dia cerita bekas isteri dia tak kuat sampai nak mintak cerai.
Bekas Isteri dia mula terjebak dengan BIGO sebab ikut kawan yang buat BIGO juga.
Bekas Isteri dia sekarang ni buat BIGO secara full time sebab terpengaruh dengan kawan tempat kerja dia. Lelaki dalam BIGO tu banyak yang tak betul dan banyak yang gila.
Bila dapat pendapatan yang banyak tu, bekas isteri dia pernah bagi rakan saya ni duit, tetapi rakan saya tak nak terima satu sen pun sebab duit tu hasil dari menipu dan memperagakan diri.
Dia tak sangka sebab selama 4 tahun kahwin, mereka bahagia dan duit tak pernah jadi isu selama ini. Dia banyak fokus pada bekas isteri dan anak.
Sampai kawan saya cakap, kalau member ajak dia lepak, dia tak pergi sebab nak temankan bekas isteri dia sebab tak nak bekas isteri dia bersendirian.
Dia sayang sangat dengan bekas isteri dia tu. Bekas isteri dia memanglah dulu banyak je kawan lelaki, tetapi lepas kahwin bekas isteri dia tak layan mana-mana lelaki dah.
Tetapi setelah berkahwin lama, bekas isteri kawan saya tu tiba-tiba nak duit banyak hidup senang dan nak kemewahan.
Kawan saya ni kata, bab duit, dia taklah mewah, tapi alhamdulillah tak pernah susah. Kawan saya ni kerja kerajaan. Tapi tak adalah pangkat tinggi, cuma gred biasa-biasa je.
Siapa yang tahu cerita kawan saya ni pasti terkejut dan tak sangka. Sebab mereka berdua berubah jadi family material lepas kahwin sampai ada anak satu.
Rakan say ani kata pada saya yang dia tak sanggup tengok bekas isteri dia jadi semakin liar dan tak bermaruah walaupun mereka bukan lagi suami isteri.
Dia terfikir yang kesian dekat anak dia bila fikirkan isteri dia seperti itu. Dia nak sangat bekas isteri dia tu sedar apa yang dia buat tu salah.
Kesian dekat anak dia kejap kena duduk dengan bonda dia, sekejap dengan bapak dia.
– AntiBigo. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit