Bijak Sifir

Assalamualaikum semua, saja nak share macam mana saya belajar mencongak. Saya ni umur lewat 20-an, mak kepada dua anak kecik. Tergerak hati nak share sebab tengok ig Dr Sheikh Muszaphar tunjuk anak dia tengah buat worksheet Kumon. Saya follow ig Dr Sheikh dgn Dr Halina sebab nak tau tips2 parenting dari diorang..

Masa zaman sekolah, saya memang cepat tangkap sikit la matematik ni. Bila dah form 4, belajar add math rasa susah sikit tapi alhamdulillah dua2 subjek ni SPM dpt A1. Jodoh saya dgn subjek math terhenti sampai matrik je sebab lepas matrik saya sambung kos yg takde kaitan dgn math.

Walaupun saya pergi interview dan dpt offer utk further math di oversea tapi sy pilih kos berkaitan kesihatan dekat IPTA sebab dah cita2 sy utk kerja di bidang ni. Jadi, saya apply congak mencongak ni bila keluar makan dgn kawan2 tu selalunya saya la yg akan ambik resit dan kira sorang2 punya harga makanan..yg leceh nak kira tax tu.. haha.

Sekarang ni, macam2 formula dah dicipta utk anak2 kita mudah belajar matematik.. saya pun belajar congak2 gitu je.. takde la sampai tahap genius macam Adi Putra tu..

Masa kecik2 saya suka tgk rancangan A.L.O.N.G.. 80s and 90s kids mesti tau rancangan ni.. dalam tu kan ada segmen Siti Sifir yg dia baca sifir sambil menyanyi,

SATU DARAB TIGA, TIGA! (1 X 3 = 3)

DUA DARAB TIGA, ENAM! (2 X 3 = 6)

Zaman tu, Dato Sri Siti Nurhaliza baru popular.. Siti Sifir tu pun bawak imej ala2 penyanyi dgn spek mata hitam.. apa khabar la Siti Sifir sekarang ye.. so, menarik la jugak cara nak hafal sifir tu..

Lagi satu, segmen favorite saya yg Along ke Angah ke Achik tah, yg randomly pick nombor plat kereta yg 4-digit tu dan dia akan tambahkan nombor2 tu..contohnya, nombor plat kereta tu 2485,

2 + 4 + 8 + 5= 19

Saya pun tiru cara tu jugak.. setiap kali ada kenderaan lalu, saya akan tambah2kan nombor plat kereta tu.. tapi lama2 saya jadi boring sebab nombor yg paling besar utk hasil tambah tu ialah 36..

9+9+9+9=36

Masa saya darjah 2, saya dah hafal sifir sampai sifir 9.. so saya up satu level.. saya darabkan pulak nombor2 tu.. contohnya 2485 tu,

2 x 4 = 8
8 x 8 = 64
64 x 5 = 320

mula2 mmg merangkak la, tp lama2 jadi senang je nak darab2 nombor ni.. so, sekarang ni jadi menarik la sikit sebab hasil darab yg maksimum saya boleh dpt ialah 9 x 9 x 9 x 9 = 6561 ataupun 9 kuasa 4.. lama2 saya buat cara ni, saya boleh simplify method darab saya.. contohnya 7272..

2 x 2 = 4
7 x 7 = 49
so 49 x 4 = 196

instead of

7 x 2 = 14
14 x 7 = 98
98 x 2 = 196

Kalau perasan kita dah dpt jawapan utk 14 kuasa 2 jugak.. harap fahamlah ye jalan kerja saya ni.. hihi. Lepas dah mahir congak darab ni, saya boleh congak bahagi jugak sikit2..

Masa form 1 pulak, sy dah belajar nombor perdana (prime numbers). Definisi nombor perdana ni ialah nombor yg boleh dibahagi dgn 1 dan diri sendiri sahaja.. contoh 2, 3, 5, 7, 11.. so i just went another level.. saya boleh factorize number by its prime numbers.. contoh no plat 2485 tadi.. apa2 nombor yg berakhir dgn 5 atau 0 boleh dibahagi dgn 5,

2485 / 5 = 497
497 tu sy nampak 49 dan 7.. so boleh dibahagi dengan 7
497 / 7 = 71 (nombor perdana)
jadi 2485 = 71 x 7 x 5

Saya tak hafal pun nombor perdana ni, tapi sebab saya dah selalu congak darab, saya automatik dah tau nombor mana yg boleh dibahagi dgn nombor lain..

Seriously, saya mmg jadi obses dgn no plat kenderaan ni bkn sebab main nombor ekor tp sebab saya boleh manipulate nombor2 ni nak tambah ke darab ke bahagi pun boleh..

Tunggu anak2 saya dah besar sikit saya nak apply cara saya ni dekat diorang.. kalau boleh nak diorang jadi pintar matematik.. otak semua org tak sama.. so maybe ada yg tak faham pun cara saya ni.. kalau ada yg faham dan rasa mudah, boleh praktikkan kat anak2 korang supaya mudah hafal sifir.. Okay tu je saya nak share, jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum.

– ACHIK

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *