Bila Allah Nak Kabulkan Hajat

Assalamualaikum w.b.t semua. Harap admin approve post saya, post yang agak panjang, tapi saya nak sangat sampaikan mesej ni pada semua pembaca.

Sejak kebelakangan ni kita selalu dengar orang bercakap tentang “success story” masing-masing, semua amalan-amalan yang mereka buat untuk berjaya dapat sesuatu..dari jodoh, anak hingga kerjaya, harta dan sebagainya. Semua ni kisah kejayaan, Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan buat mereka, tapi saya tahu, dalam banyak yang berjaya dengan amalan masing-masing, lebih banyak juga yang tidak berjaya. Tak berjaya kat sini saya maksudkan, tidak dapat apa yang dikehendaki. Kat sini la yang saya nak cerita, buat semua pembaca sedar akan reality yang sepatutnya kita hadam dan fokus.

Saya mula kan dengan kisah saya dulu, yang jadi titik permulaan segalanya. Kisah silam saya tipikal je, budak jahil yang banyak buat maksiat etc..etc dan yang buat saya jatuh ialah seorang lelaki. Ya sangat tipikal. Jadi tak perlu saya cerita panjang disitu, sebab kisah cinta saya bukan lah fokus penulisan saya ni, cukup sekadar tahu disebabkan lelaki, saya depression teruk, sehingga saya kehilangan kerjaya saya dua kali. Itu titik permulaan untuk saya nak berubah.

Masa mula-mula nak berubah, saya buat semua benda, cakap la apa amalan, apa doa, ibadah apa yang orang selalu suruh kita buat, semua saya dah buat. Saya buat tahajud, saya buat solat istikharah, hampir tiap malam. Saya baca Al- Waqiah untuk murah rezeki, saya buat Dhuha, baca Yassin, baca ayat kedua terakhir Yassin untuk mohon doa dimakbulkan, apa lagi..semua lah!

saya Istikharah dan Istikharah.. tak pernah tinggal, mohon Allah bagi saya petunjuk. Mohon Allah murahkan rezeki, mohon Allah tunjukkan samada lelaki tu jodoh saya, samada kerjaya tu sesuai untuk saya, jalan apa yang sesuai untuk saya.

…tapi saya tak pernah dapat petunjuk.

Saya mula rasa nak give up.. dan saya rasa Allah murka dengan saya. Kenapa orang lain mesti ada happy ending, tapi kenapa bila saya buat, nasib tak pernah berpihak pada saya??

Semakin hari semakin banyak nasib tak berpihak pada saya. Saya dari background berpelajaran dan kerja dulu di syarikat besar. Patutnya mohon kerja tak jadi masalah, tapi entah kenapa sekarang, semua benda saya buat tak menjadi. Cari kerja baru tak dapat.. try bisnes tak jadi. Sedangkan saya dah berubah banyak, tak tinggal solat. Semakin saya meminta pada Allah, semakin sukar hidup saya.

Satu hari, lebih kurang setahun, lelaki yang menjadi penyebab semua ni contact saya semula. Time tu saya fikir, akhirnya! Ini ke petunjuk dari Allah. Saya dikaburi kisah2 drama, saya fikir, mesti ada sebab dia datang balik dalam hidup saya, adakah Allah dah makbulkan doa saya.

Tetapi sekali lagi saya kecewa. Dia datang dan pergi. I am back to zero. Kenapa Ya Allah??! Adakah kau nak datangkan sesuatu yang lebih baik?? Seseorang yang lebih baik?

Masuk tahun kedua, masih tiada apa-apa berlaku.

Saya tak lagi luahkan perasaan dengan kawan-kawan saya. Sebab saya segan. Semua benda tak menjadi. Saya jadi takut nak cakap dengan sesiapa termasuk keluarga tentang apa2 perancangan saya.

Bisnes? Tak yah cakap memang kelaut.
Kerja? On off, tapi dapat lah cover hutang.
Cinta? Lagi la tak payah cakap. Tak pernah lagi jumpa sesiapa.

Tapi ada satu benda yang dah jadi rutin, satu-satunya benda yang jadi penyebab untuk saya kuatkan diri bangun tiap-tiap hari untuk hidup… iaitu semua amalan saya yang saya buat sejak saya jatuh dulu.

Al-Waqiah & Yassin, sebab dah terbiasa baca, saya jadi lancar bacaan. Tak rasa panjang pun dah surah-surah tu. Saya dah jadikan surah-surah ni sebagai misi harian saya.

Tahajud, yang dulunya saya buat sebab nak biar dapat jodoh murah rezeki semua, dah jadi peneman saya waktu malam. Kadang saya tak mintak apa-apa pun ketika solat malam, saya hanya nak bercakap dengan Allah je… saya cuma nak menangis atas kesilapan lalu , semua amalan yang saya pernah buat bukan sebab Allah.

Dulu saya baca Al-Waqiah tapi dalam fikiran hanya fikir tentang lelaki yang saya nak, rezeki dunia yang saya nak.. sedangkan surah tu bercakap tentang syurga, Allah nak suruh kita dambakan syurgaNya diakhirat, tetapi ironi nya, saya baca beriya-iya untuk dapatkan syurga dunia.

Saya asyik tercari-cari petunjuk Allah dalam bentuk yang nyata. Saya tertunggu-tunggu Allah berikan saya sesuatu, datangkan seseorang yang terbaik untuk saya. Sedangkan petunjuk Allah juga datang dari semua benda yang Allah tak beri pada saya. Allah jauhkan saya dari semua syurga dunia yang saya dambakan, supaya saya dapat peluang untuk dekat dengan-Nya.

Kini dah masuk tahun keempat, dan saya masih belum lagi ada pengganti pada apa yang saya hilang dulu, dan masih belum dapat apa yang saya hajati dulu. Tetapi banyak ruang masa Allah beri untuk saya untuk tebus kesalahan lama. Saya tiada kerja tetap,kadang terpaksa kerja malam, jadi waktu pagi saya dapat pergi ke surau teman ibu , teman ayah ke hospital. Dengan kerja yang sangat-sangat biasa, jauh beza dari kerja yang dulu, (utk gambaran pembaca, gaji saya sekarang hanya RM1000, kadang bawah dari tu, gaji saya dulu RM4000 belum masuk bonus).. tetapi saya rasa ia lebih dari cukup untuk membayar hutang dan menampung hidup.

Dari time saya kehilangan semuanya dulu sehingga sekarang, saya dah masuk alam 30-an.. Tapi saya bersyukur, alam 30-an saya dimulakan dengan tiada apa-apa. Tiada lagi “to-do-list”, bucket list, dan sebagainya. Sebab saya yang sekarang tidak lagi mendambakan dunia. Ada orang kata muda lagi nak acah-acah zuhud, tapi biar saya seorang sahaja yang tahu, semua perbualan saya dan hubungan saya dengan Allah sepanjang empat tahun ini.

Mungkin jika Allah makbulkan hajat saya dengan jodoh baru, kerjaya baru, saya akan hanyut semula, mungkin saya takkan berterusan beramal dan berhubung dengan Allah. Mungkin saya Cuma akan sekadar ucap “Alhamdulillah” dan bersyukur untuk beberapa ketika, dan terus sibuk dengan hal duniawi semula.

Saya masih lagi berdoa untuk jodoh, kerjaya dan semua yang saya buat dahulu, cuma doa saya bukan lagi kerana saya dambakan semua itu. Tapi kerana saya tidak mahu berputus asa dengan rahmat Allah. Sebab saya yakin doa saya telah dimakbul, cuma saya tidak dapat capai dengan tangan. And it’s okay, saya redha.

Jadi kat sini, saya nak nasihat pada yang mengharapkan sesuatu dari Allah, yang belum berjaya atau sedang bertungkus lumus beramal untuk dapatkan sesuatu dan yang menunggu petunjuk dari Allah:
1. Tidak dapat sesuatu itu lah sesuatu. Apa yang kita tidak dapat itu lah yang kita dapat.
2. Petunjuk tidak semestinya datang dalam bentuk yang nyata. Kadang Allah tunjukkan dengan menarik kita jauh dari sesuatu yang kita mahukan.
3. Jangan berhenti berdoa, jangan berhenti beramal, buat lah semua amalan-amalan yang orang-orang beraya sarankan tu semua, walaupun tak dapat. Sebab kalau kita tak dapat rezeki dunia, kita tetap akan dapat hubungan dengan Allah. Dan itu sudah sangat memadai.

Dan kepada yang suka kecam orang yang beramal untuk dapatkan rezeki dunia:
1. Bersangka baik lah, sebab kita tak tahu, mungkin satu hari nanti, dari semua amalan-amalan tu, Allah buka pintu hati mereka untuk ikhlas beribadah. Mungkin lebih baik dari kita sekarang.

Ok itu sahaja dari saya, entri yang agak panjang, tapi saya harap dapat sedikit sebanyak dapat melapangkan hati sesiapa yang sedang dalam kesempitan. Allah ada, berkawan baik lah dengan Allah. Allah sayang kita semua.

Wassalam.

– Dinda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

  1. Sis, I love reading your confession. Apa yang you cakap betul. I have been there. Sebelum Allah berikan apa yang kita nak. Allah akan berikan kita ketaatan dulu. 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *