Bila Bekas Pasangan Tak Tahu Batas & Anak Jadi Mangsa

Aku lelaki. Berkahwin selama 20 tahun, 4 orang anak.

Bila aku berkahwin lagi, bekas isteri aku tak dapat terima poligami walaupun awalnya dia akur. Akhirnya, dia keluar dari rumah, bawa anak-anak, failkan perceraian, dan tinggalkan aku dengan satu luggage.

Tak lama lepas tu, dia kahwin lain.

Aku redha dengan ketentuan takdir. Nafkah anak-anak, nafkah iddah—aku bayar semua ikut keputusan mahkamah. RM400 setiap anak sebulan, RM1,500 untuk iddah.

Duit sekolah, duit raya, semua aku tanggung. Aku tak pernah culas tanggungjawab aku.

Tapi duit yang sepatutnya untuk anak-anak digunakan untuk diri dia sendiri. Anak-anak aku berjalan kaki ke sekolah, tak cukup makan, tiada kelas tambahan.

Duit nafkah yang aku bagi, sebahagiannya digunakan untuk bayar ansuran kereta dia, minyak, dan perbelanjaan dia sendiri.

Anak sulung aku yang sepatutnya sambung ijazah, terpaksa berhenti setakat diploma dan kerja sambilan untuk tampung adik-adik.

Anak ketiga aku dah mula melepak, keluar malam dengan kawan-kawan.

Anak bongsu aku, darjah lima, berjalan kaki pergi balik sekolah, balik rumah tak ada siapa jaga. Bila aku ajak duduk dengan aku, dia tak nak sebab dah terbiasa tanpa ayah.

Bila aku fikir segalanya dah berlalu, dia muncul balik.

– Dia failkan tuntutan mutaah RM200K.

– Dia guna nama aku untuk buat pinjaman Ahlong, sampai Ahlong cari aku untuk bayar hutang dia.

– Dia dah cerai dengan suami kedua dan cuba ‘test air’ untuk rujuk dengan aku semula.

Dia yang buang aku dulu. Dia fitnah aku di mahkamah. Dia rosakkan imej aku sebagai bapa. Sekarang, bila semua tak jadi macam yang dia rancang, dia nak berpatah balik.

Aku dah block dia. Tapi aku tahu dia akan guna nombor anak-anak untuk reach out pada aku.

Hari Raya nanti, confirm dia akan pergi cari mak aku dan berdrama air mata walaupun mak aku dah bedridden & ada amnesia.

Aku penat. Aku tak nak sejarah ulang balik. Aku tak nak lagi jadi ‘bank bergerak’ untuk bekas isteri yang hanya pandai menuntut tapi tak bertanggungjawab sebagai ibu.

Aku cuma nak bebas sepenuhnya.

Kepada lelaki lain yang pernah alami situasi lebih kurang sama—korang pernah kena macam ni? Macam mana nak betul-betul tutup pintu ni tanpa ada ‘loophole’ langsung?

– Ferrel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Bro, aku rasa ko tak nampak apa priority ko ni bro. Masalah wife ko dengan imej ko tak penting langsung bro. Yang penting ialah anak2 ko yang menjadi mangsa kebodohan ko dua ekor. Kalau dah tahu anak2 ko tak rasa duit tu, ko salur direct kat dorang la. Pergi pantau dorang kat sekolah, kat rumah. Bawak berjalan, ambik tau masalah dan tolong selesaikan. Anak sulong ko sampai tak sambung belajar sebab nak support adik2. Apa ko buat? Ko cerita kat sini dapat apa? Bini ko punya perangai tu aku taknak komen sebab mungkin dia jadi camtu pon sebab ko jugak. Kita tak tau cerita dia. Cara ko cerita ni macam tanggungjawab ko dah lepas dengan bayar nafkah ikut apa mahkamah tentukan je. Lain pada tu, duit tak cukup ke, makan pakai kurang ke, kena pegi balik sekolah jalan kaki ke, tu semua salah ex-bini ko je. Semoga mak ayah macam korang ni terima balasan yang setimpal.

    • setuju. anak yang sulong tu dah boleh direct bagi terus je duit tu kepada dia. tak pun, bagi dkt anak sulong tu untuk nafkah adik-adik yang lain, biar yg sulong tu bahagikan. kesian anak-anak, ayah kahwin lain. mak pula mcm tu. hmmmm

  2. Mana cukup bro, RM400 untuk budak sekolah rendah, jumlah yang sy kira RM810 untuk beri seorang anak hidup selesa:

    RM220 – makan pagi + KAFA
    RM140 – bas sekolah
    RM450 – 3 kali makan sebulan

    Belum masuk buku2 dan baju lagi…itulah realiti hidup, banyak duit kita belanjakan untuk anak2

  3. Tuan yg bersalah atas apa yg berlaku kpd ank2 tuan. Tuan lupa utk mengambil tgjwb mendidik ank2 dan menjaga kebajikan anak2 tuan. RM400 tidak cukup utk membesarkan dan memberi pendidikan kpd anak2 zmn ini. Selain mkn minum, byk keperluan lain yg memerlukan duit. At least RM800-1000 seorg.

  4. Same case la dgn aku
    Aku urus anak 3 org. Suami aku dgn bangga nya ckp dia dh bg nafkah rm50/ semunggu 1 anak
    3 anak rm 200/ sebulan

    Duit belanja sekolah rm40/ semunggu

    So total 1 anak sebulan rn 360

    Itu pun dia cakap aku ni manipulasi duit dia.

    Celah mana ? Aku bayar rumah , elektrik, kereta, duit minyak …

    Dia rasa besar duit dia bg. Mmg menjawab di akhirat

  5. Bro aku rasa macam nak silat je kau ni. Rm400 sorang sebulan mane cukup wei, rm400 kau kire tak skali bahagian anak2 utk internet & letrik skali. Ko kire tak skali kot dlm seminggu tu anak2 ko teringin nk makan ayam sedap ke, bukan ko sorang je nak mkn sedap. Eh apehal pulak anak ko sampai kena kerja nak nanggung adik2 lain. Ko ni jenis transfer je duit pada wife and lepas tak jenguk anak2 ke. Ko ngan bini ko nak baling lesung batu each other ke atau dh menyampah dgn drama air mata ke lantak pi la kan, ko ambik tahu and take action la wei. Dengan anak tolong la jangan berkira, esok2 kat kubur doa2 anak yg soleh yg ko dambakan. Bro hati2 dgn statement ‘Aku nak bebas sepenuhnya’..sat gi Allah tarik balik 4 anak ko tu baru ko tahu…eh aku pulak yang takut. Susun strategi baik2 bro, semoga dipermudahkan urusan.

  6. Semuanya bermula dgn ko.. dah elok2 kwen 1,tiber nk kwen lain.. of cos wife ko xnk dimadukan.. n mgkin disebabkan sikap ko tu yg mbuat wife ko jadi begitu.. dan skrg ank2 ko jadi mangsa.. nasi dah jadi bubur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *