Bila Bondanya Membenci

Assalamualaikum warga pembaca IIUMC semua. Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan serta tabah menghadapi waktu sukar PKP ini.

Namun jalan yang kita lalui ini tidak sama. Aku masih bekerja, tidak bercuti, merawat pesakit Covid yang sentiasa ada. Namun jangan risau, aku tidak merungut, malahan aku bersedia berkhidmat demi kalian semua.

Aku Aleya, seorang medical officer cabuk aje di sebuah hospital kerajaan di Malaysia. Kerjayaku sentiasa membuatkan aku sukar menguruskan masa terutamanya bila aku bertugas di Kecemasan dan Trauma.

Bukan aku tidak minta di unit lain, tapi tiada yang sudi mngisi tempat aku, bos aku pulak susah nak lepaskan staff dia, ditambahkan pula aku ni sayang jugak kat staff yang lain jadi aku pun hentam saja lah.

Usiaku 29 tahun. Berbalik pada ini, aku nak ceritakan sebuah kisah seorang perempuan yang kecewa. Biarlah aku namakan dia sebagai A saja. Juga berusia 29 tahun.

A ni seorang medical officer juga. Ketika dia berusia 25, masa tu baru nak posting ke HO, secara tak sengaja A terserempak dengan Shaz. Shaz tua 3 tahun dari A dan mereka berjumpa di satu majlis tahlil kawan A dan Shaz merupakan rakan kepada abang kawan A.

Shaz tertarik dan ingin berkenalan dengan A dan ketika itu kebetulan Shaz memang tengah cari calon isteri. Jadi Shaz dengan beraninya meminta no telefon A.

Pada mulanya A menolak tapi Shaz akhirnya berjaya dapat juga no telefon tu dari rakan A yang juga tuan rumah majlis tahlil tu.

Bermula dari situ, mereka berkawan. Mari aku terangkan serba sedikit tentang Shaz. Shaz merupakan senior executive di satu tempat yang aku terpaksa rahsiakan. Keluarganya merupakan keluarga ternama dan ayahnya berpangkat D.

Juga ada pertalian dengan keturunan istana (Minta maaf aku tak boleh terangkan sangat tentang keluarganya). Itu pun A tahu setelah bertandang ke rumah Shaz. Mereka berkawan tak lama, Shaz ajak berkahwin sebab dia sudah mula sayang pada A.

Oh ya, Shaz anak kedua. Ada seorang abang, dua adik lelaki dan seorang adik perempuan tunggal, Natalia namanya. Mereka memang rapat sesama adik beradik.

Soal wang, kerjaya, Shaz memang stabil. Malahan Shaz juga membeli sebiji kondo untuk dia membina keluarga, tak lama sebelum berjumpa A. Shaz seorang yang bertanggungjawab, low profile dan baik hati.

Tak lama, A masuk posting HO ke hospital di pantai timur. Soal kahwin ditangguh dahulu, lagipun A masih belum berjumpa dengan keluarga Shaz. Namun Shaz beberapa kali berjumpa dengan keluarga A. ibubapa A juga senang dengan Shaz, malahan menganggap Shaz macam anak mereka.

Tugas HO memang mencabar terutamanya dari segi masa dan kerja. Setelah beberapa kali terpaksa cancel untuk jumpa keluarga Shaz akibat tugas, akhirnya A fly ke KL untuk jumpa mereka. Macam macam A belikan hadiah dari pantai timur khas buat keluarga Shaz.

Seluruh keluarga Shaz menerima A, kecuali Bonda Shaz.

Di hadapan A, Bonda Shaz bermanis muka, namun A nampak cara bondanya seperti sinis bila menyentuh kain batik. Namun A buat tak tahu sahaja mungkin memikirkan bonda Shaz mungkin penat, kerana beliau dan papa Shaz baru pulang dari Sarawak ketika itu.

Ketika itu lah bondanya mengatakan bahawa A boleh hanya sekadar berkawan saja dengan Shaz. Ayat bonda lebih kurang begini “Aunty lebih selesa kalau korang cuma kawan2 je.”

Alasannya, dia tidak sukakan kerjaya A sebagai doktor, tak akan ada masa untuk Shaz dan keluarga lepas berkahwin.

Malahan A juga dari keluarga biasa biasa and tak tahu beberapa protokol yang biasa diamalkan dalam keluarganya. Katanya agak susah nak ajar A kerana A tak biasa.

A juga dikatakan gadis biasa sahaja, tidak pandai melaram seperti kaum kerabatnya. Bertudung tapi kelihatan biasa. Tidak gah. Tidak stunning.

A tergamam. A malu. A ditolak sebegitu depan ahli keluarga dia. Shaz terdiam. Papa Shaz pula meminta bonda tolong diam dan memohon maaf atas kata katanya. Tapi A dalam diam dan dengan senyuman pahitnya, A faham akan maksud bonda. Dia tidak merestui hubungan A dengan Shaz.

Shaz pertahankan A. Katanya dia mencintai A seadanya. Dia tidak kisah akan siapa A, dari mana keluarganya. Bonda menyindir dia dengan mengungkit tentang siapa yang membesarkan Shaz.

Tapi A menenangkan Shaz. A mohon jangan dilawan. A dan Shaz tiada ikatan apa apa. A tak layak untuk dipertahankan. Kerana yang dilawan itu adalah bondanya sendiri. Siapalah A berbanding bondanya.

A masih ingat setelah dia dihina, A terus call rakan baiknya Maiza, dan meminta untuk ambil A dirumah Shaz. Shaz merayu untuk menghantar A tapi A minta untuk diberi ruang. Tak mudah untuk dia hadamkan semua kata kata nista oleh Bonda.

Ketika itu lah bersama Maiza, dia menangis semahunya. Tidak sangka masih wujudnya lagi perbezaan dua darjat di zaman techno ni. Tak apa lah jika tidak restu, namun jangan dihina keluarga A (maaf tak boleh reveal ayat tu, adik Shaz pembaca tegar IIUMC, sorry Nana )

Selepas dari tu, A mula sibukkan diri dengan kerjayanya . HO memang sibuk, terutamanya tagging Medical , memang mencabar. Slow slow membantu A untuk lupakan sekejap masalah A.

Shaz beberapa kali menghubungi A namun A lebih banyak mengelak dan tidak mahu terkait dengan Shaz. Hatinya sangat terluka dengan kata bonda Shaz.

A akui A memang sudah mula menyayangi Shaz setelah dia confess ketika pertengkaran makan malam dirumah Shaz. Namun setelah itu, dia mula pasrah.

Shaz pula mula bersikap pelik. Ada hari yang tiba tiba A nampak Shaz dan ada terpacak kat parking haopital. Bila ditanya, Shaz berkata dia off 2 hari and terasa mahu berjumpa.

Ya A berfikir rasional and A mohon dia pulang. A mohon diberikan masa. A tidak mahu terus dicaci oleh Bonda. Namun Shaz seperti tak izinkn and mohon untuk terus berjumpa A.

Setelah beberapa kali Shaz tidak endahkan larangan A untuk berjumpa, A akhirnya meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. A meminta untuk mengundurkan diri dan tidak menjadi batu penghalang. A juga tidak mahu memberikan harapan pada Shaz.

Shaz datang dari keluarga yang berprotokol dan A akui dia tidak mampu nak adapt keadaan itu. A juga berkata dia risau jika perkahwinannya terabai kerana masa bekerjanya tidak menentu.

Shaz berkali kali berkata bahawa dia memang sudah bersedia dengan semua itu dan langsung tidak kisah. Namun A kata, A kisah, kerana bondanya.

Ketika itu, pertama kali A melihat Shaz sebak. Dia berkata dia terhalang untuk membuat pilihan, kerana yang menghalang itu adalah bondanya sendiri. Bondanya memang menentang dan katanya lebih baik Shaz dengan gadis yang sekufu dengan mereka.

Shaz menjelaskan dia tidak mampu mencintai orang lain seperti A. Dan dia tidak mahu menyakiti hati A, dan dia tak mahu menyakiti hati Bondanya juga.

A hanya sekadar mahu cuba menyedapkan hati dan menenangkan jiwanya. A katakan, jika ada jodoh, maka ada lah. Jika tiada, terima lah. A juga tidak ingin disakiti.

Jika sekarang A dihina bagaimana A nanti ketika sudah berkahwin?

Dan demi bondanya, A dan Shaz memutuskan ikatan ini. Sungguh A mencintainya, namun A tetapkan hati, A cintakannya kerana Allah.

Sewaktu mereka berjumpa last sekali ketika dalam 3 tahun lepas, tahun kedua HO A, Shaz meminta agar walau bagaimana pun, A perlu tahu, bahawa A adalah cinta pertamanya yang pasti dia tidak lupa.

Dia mohon maaf kerana tidak mampu berjuang demi A. Dia terikat kerana bondanya. Dia mahu menjaga syurganya. Mungkin pilihan bondanya adalah yang terbaik untuknya.

A meyakinkan bahawa Shaz tidak salah membuat pilihan. Pilihannya betul, mengutamakan ibunya. Dan at least A tidak serba salah diantara keduanya.

3 tahun berlalu, A dah menjadi medical officer dan masih belum berjumpa lelaki yang boleh menerimanya. Namun Shaz sentiasa dihatinya dan dia tidak mampu melupakan lelaki tu. Dan baru baru ini, Natalia menghubungi A dan bercerita tentang keluarganya.

Dia berkata abangnya Shaz tidak seperti dahulu, lebih pendiam dan tidak ceria seperti dahulu, banyak buat hal sendiri serta lebih banyak mengelak dari bondanya.

Shaz juga mengambil pil tidur untuk merawat masalah imsomnianya.

A tak sangka begitu effect dirinya dan perpisahan mereka pada Shaz, namun dia tidak mampu membantu, kerana itu pilihan Shaz sendiri.

Natalia meminta A untuk kembali pada Shaz, dan A difahamkan Shaz tidak keluar atau membawa mana2 perempuan pun berjumpa keluarga selain A.

Natalia berkata Shaz tidak pernah bercakap soal kahwin dan soal aku. Dan A hanya mampu tersenyum, kerana dia tahu bonda mereka akan menghalang juga walau bertahun berlalu.

Mungkin penampilannya terlalu biasa, plain atau keluarganya yang bukan orang ternama yang membuatkan bondanya menolak.

Ayah A hanya kakitangan kerajaan, ibu A cuma surirumah, jadi apa lah sangat berbanding keluarga Shaz.

Buat Shaz, semoga dirimu sentiasa kuat, dan carilah orang yang benar benar boleh menyayangi mu dan membuat bondamu bahagia.

Jangan terus hidup dalam kegelapan, jangan terus tenggelam dalamnya, dan jangan terus mencintai aku. Lupakanlah aku. Bahagiakan bonda mu sebagaimana janjimu dahulu.

Dan A, dia akan terus kuat dan kuat. Terus berbakti pada masyarakat dan terus cuba mencari cinta Ilahi.

Doakan kami.

– Aleya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *