Bila Cashier Berbicara

Assalamualaikum semua :)

Thanks admin kalau sudi siarkan pengalaman aku sebagai cashier.

Haa.. siapa yang kat sini ada anggapan pekerjaan cashier adalah kalangan orang tu tak belajar tinggi? Kalau ada tanggapan macam tu, golongan inilah yg aku nak ceritakan perangai dia waktu buat pembayaran. Siapa cakap kerja cashier ni senang…..

1. Suka complaint:
Dear valued customer, kerja cashier hanyalah scan barang, packing barang itu shj. Tapi ada jenis customer ni, semua benda nak complaint kat cashier. Harga dah naiklah, barang2 xde promo lah, sampaikan brg tu xde free gift pun nak complaint… haiya.. bertabahlah telinga mengadap.. mulut kena maintain senyum lagi ni, kepala angguk2 jelaa.. karang salah cakap, nama naik pulak kat manager.. Btw, bukan tak boleh complaint, boleh.. kalau takde complaint mcm mana company nak improve.. ye dakk.. apa kata salurkan di tempat yg betul, iaitu di kaunter khidmat pelanggan. Kaaan cepat sikit. Takdelah customer belakang buat muka sebab kau banyak hal. Hehehe.

2. Suka campak-campak duit:
Haaaa yang ni memang pantang skali. Aku dah scan brg baik punya packing, siap greeting senyum sampai telinga, dia boleh campak duit tu atas conveyer. Pastu conveyer plak bergerakkk.. dahh duit tu masuk longkang. Satu hal plak nak mengorek mana duit tu. Apa laa salahnya bagi elok2.. kalau cashier tu bg baki campak balik atas conveyer kau suka tak? So, remember.. even though kau customer, layanan as manusia tu tetap kena ada.

3. Plastik bag:
Duhhh yang ni paling dilema skali. Lagi-lagi bila plastik bag tu kena bayar. Ada jenis customer, beli satu troli penuh pun memang taknak plastik bag. Sanggup masuk dlm kereta bersepah mcm tu. Tapi…. ada jenis customer pulak bila kita tanya,

‘Encik nak plastik bag?’ Dengan senyum.
Dia boleh balas balik,
‘‘Mestilah nak.. logiklah takkan sy nak angkat semua ni guna tangan’ dengan sinis. Mulut mengomel sambil keluarkan barang drpd dalam trolley.
Shuuuuuuu… dalam hati rasa nak picit-picit je sayur sayur yg kau beli tu.. aku tanya leklok weh. Jawab pun leklok la jugak. Ok ini situasi bila plastik kena bayar. Cuba kalau plastik tu free,

‘Ehh kasi 2 3 lapis laaa aiyoo.. ini barang banyak berat oh’ and guess what apa brg yg dia bising tu? Hanyalah keropok2 3-4 jenis. Hahaha. Cuba kalau plastik tu kena bayar, suruh aku masukkan beras dlm plastik, aku akan ckp, ‘Ms plastik ni tak kuat nak letak beras. I lapis lagi 2 plastik ye..’
Dia jawab, ‘ooo takpayah oo.. ini plastik kena caj. Satu sudah cukup’. Sumpah wehhh macam2 perangai jumpa kalau jadi cashier ni. Pening aaa…

4. Cancel barang:
Yang ni aku ok ok je. Sebab hak customer lah nak beli ke tak nak ke. Tapi, yg aku tak boleh hadam jenis customer cancel barang yg dah dibayar sebabnya tak suka atau warna tak lawa. Like seriously? Masa kau shopping n bayar tadi ada yg letak parang kat leher kau suruh beli ke? Lain la kalau kau shopping online tetibe produk sampai umah, x sama mcm expectation. That one is still logic. Aaaa apa-apa jelaaa.. macam2 hal la korang. Pening aaa..

5. Letak barang kat cashier counter pastu sambung shopping:
Haaa yang ni aku memang tak boleh blah. Dia ingat kaunter aku ni memang untuk serve dia sorg je kot. Hahaha. Dah elok2 aku scan barang, dia bolehhh lagi rounding cari sayur.. ok fine.. aku kasi suspend la transaction dulu. Beratur la kau balik blakang, aku kasi org lain dulu byr. Ewah2 dia.

6. Waktu closing:
Waktu closing baru terkedek-kedek tolak trolley beli barang. Umumnya mana2 pasaraya akan tutup jam 10 malam. Tapi, ada jenis customer yang tak reti hormat waktu orang lain akan continue shopping walaupun lampu dah tutup separuh. Weh seriouslah? Untuk yang tak pernah jadi cashier, sebenarnya waktu closing adalah waktu yang paling getir. Nak kira slip credit card lah, kira duit lah, lap bakul lah, lap counter, cuci kain.. return brg2 yg korang cancel n bagi kat cashier tu.. memacam lah. Lagi-lagi kalau kaunter tu bermasalah. Tetibe slip credit card hilang.. & so on cukuplahhhh mau sampai 2 pagi. Pastu esok pagi nak kene kerja lagi ni. So, hormatilah waktu closing pasaraya, kesian diorang. Tapi.. ada jenis customer akan merungut.. laaa kenapa tak tutup pukul 1 pagi..? Hurmmm kadang-kadang nak marah tak boleh.. tapi just nak cakap, cashier2 pun ada family kak.

7. Persepsi ‘tu sebab kau jadi cashier’:
Aku tak taulah, ada sesetengah manusia ni rasa dia bagus sgt dan pandang kerjaya org lain tu rendah tarafnya. Haaa yang ni salah. Kadang-kadang, ada yg sanggup jd cashier sebab masalah2 seperti vss from previous compang, sementara tunggu masuk universiti, part time untuk saa keluarga dll. Dalam sesebuah retail, among staff, gaji cashierlah paling tinggi. Tak percaya? Cer tanya kawan2 retail. Kenapa gaji diorang tinggi? Sebab nak layan kerenah korang lah. Itu je point yg boleh buat diorg stay untuk jd cashier. Kalau compare kerani ke staff2 biasa ke.. cashier adalah salah satu kerjaya yg mahal. Kau ada degree? Laaagi tinggi dia offer. Kadang2 campur OT, gaji lagi tinggi drpd HOD. Hahahaha.

Btw, aku bukan merungut. Tapi aku cuma nak ceritakan antara pengalaman aku sewaktu jadi cashier. Seronok weh, sebab jumpa orang. Tapi, kita sesama manusia jangan lah ada sifat bongkak, atau sebaliknya. Kadang2 tak nafikan jugak, ada jenis cashier pun sengal. Mood kelaut, so layanan pun punah ranah.

Tp dengan zaman ekonomi yg pesat serta pesaing2 dah makin ramai, retail banyak dah memainkan peranan customer service dlm diri semua staff. Betul, yg membezakan antara retail2 yg ada dlm Malaysia ni hanyalah service. Kau nak beli biskut? Semua jenis retail ada jual biskut yg sama. Tapi service? Itu yg membezakan antara sesebuah retail yg ada. Jd most pasaraya2 besar yg ada skarang ni mmg akan cuba berikan customer service yg terbaik. Tapi, peranan kita pula as customer, apalaa salahnya kita amalkan tatasusila dan sopan santun.. ye dak? Banyaklah kalau aku nak cerita. Tapi aku rasa dlm ruangan komen nanti mesti ada lagi banyak yg share their experiences. Apa-apa pun peace yo!

– Wawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit