Assalamualaikum. Akak terpanggil nak buat confession ni dek kerana kebanjiran kisah kisah wanita teranaiya dalam percintaan dalam page ni lately. Akak juga wanita. Akak juga pernah melalui zaman bercinta dan dikecewakan. Malah akak juga pernah menjadi saksi kawan kawan serumah akak kecundang dalam percintaan mereka. Alhamdulilah akak dah berjaya melalui fasa tersebut dan akak dah pun selamat menjadi suri dihati seorang abang lori. Hehe. Bukan suri hati mr pilot tau.
Dulu akak pernah melalui beberapa episod duka dalam percintaan. Bermula dengan kisah akak crush terok kat course mate akak sampailah akak jumpa cinta sejati akak ni.
Episod cinta pertama. Cinta akak bertepuk sebelah tangan. Sama sebijik sebijot apa yang akak rasa dengan confession ‘Siapa Dia II’ tu. Hehe. Eh akak feeling pakai baju warna sama pergi kelas, feeling dia jeles akak cakap dengan orang lain sampai termimpi mimpi dik. Tapi nyata, akak yang syok sendiri. Si dia dah ada awek lain pun kat kampung halaman dia. Hancurnya hati akak masa akak dengar kawan dia cerita pasal kecantikan awek dia kat akak. Oh kawan dia tak tahu akak syok kat dia, that’s why lah kantoi dia dah ada awek rupanya. Terus akak tak bercakap dengan dia lagi sampailah ke harini. Malu diknon. Dia tau akak syok kat dia, walaupun akak tak pernah confess. Sekarang alhamdulilah masing masing dah selamat kahwin dengan pasangan masing masing. Dah bahagia dah pun. Bagus gak akak tak jadik dengan dia, sebab laki akak sekarang jauh lagi hensem dari dia, haha!!
Episod cinta kecundang yang seterusnya ni agak klisye. Akak kenal dengan ex akak si Bedol ni masa akak start kerja. Bedol ni baik orangnya, disenangi ramai. Tanya jelah siapa pun kat ofis tu, semua sayang Bedol. Masa Bedol ni try akak pun, ramai yang recommend akak untuk terima si Bedol ni. So, berkat dorongan orang ramai, akak pun couple lah dengan Bedol. Tapi, betul cakap orang, hanya orang yang bercinta dengan si polan tu je yang akan tahu true color si polan tu.
Mujurlah sebelum kahwin lagi akak dah nampak perangai tak semenggah dia tu, bolehlah akak move on cepat cepat. 4 tahun dik akak bertahan walaupun didera mental, fizikal, emosi oleh Bedol. Oh tak dilupa akak juga merupakan banker si Bedol. Ya Bedol bekerja, tapi akak tak tau gaji dia kemana. Setiap hari mintak akak RM50. Tu tak kira makan minum sewa rumah duit minyak topap akak payung lagi tau. Hah korang nak cakap akak bodoh kan? Hmm memang pun akak bodoh. Beribu duit habis kat si Bedol. Last2 Bedol bantai pergi bertunang dengan orang lain. Kuangasam punye jantan. Lepas dari kejadian itu, akak pun move on lah untuk kesekian kalinya. Bedol hidup lagi, tapi tak jadi kawin pun dengan tunang dia tu. Sekarang dah balik kampung, tanam jagung. Pernah merayu nak get back balik dengan akak, tapi tolong eh hati akak tak setisu Selena Gomez dengan Rihanna k. What’s done is done. Sekali akak dah move on, nyah kau dari hidup akak.
Ada lagi kisah cinta tragis akak. Dah syok hidup single tanpa jantan keparat menyemakkan kepala, eh ter’jatuh cinta’ lagi untuk kesekian kalinya. Dan sama, kecundang lagi. Tapi kali ni lebih parah. Akak tertangkap cintan dengan laki orang diknon. Paling best akak tak tau dia laki orang weh. Akak siap dah jumpa kakak dengan abang dia bagai, tapi tak kantoi eh jantan ni. Jantan keparat ni kita panggil as Doloh. Doloh ni dah kahwin, tapi pjj dengan wife dia. Takde anak (akak syak dia mandul). Dia berani mati k bawak akak pergi rumah family dia macam nothing happens. Yang akak pelik, family dia tak cakap pun dia ni rupanya dah kawin. Entah kenapa. One day kantoi Doloh ni dah berbini sebab dia MIA lama jugak. Dekat 3 minggu dia MIA. Hati akak dah tak sedap. Yelah, biasanya bergayut tak ingat donia tiap malam tetiba hilang dari radar. Tak ke meroyan akak kat situ. Akak usaha jugak try contact dia, dia off fon ok. Kuangasam punya Doloh. Akak try carik FB dia. Nah, semua terbongkar. Oh ya, selama ni bila akak tanya ada FB tak, nak add. Dia cakap dia takde FB. Tak suka sosial media ni. Puihh nak je aku kahakkan ko Doloh. Rupanya, kat FB penuh gambar dengan bini, status manja manja jiwang dengan bini. Eh hangin pulak aku. Kesian bini dia tau.
Bini dia tak tau apa pun. Lepas dah dapat tau tu, akak cuba contact lagi nak dapatkan penjelasan. Once dah jelas, memang akak bye bye lah kat Doloh. Dia tak ajak jadi bini nombor 2 ke? Eh ofkoslah ajak, lelaki kalau dapat peluang, kau rasa? Tapi akak taknak jadi bodoh kerana cinta buat kesekian kalinya. Perit bila dapat tau akak ni sebenarnya spesis wanita pencaras masa tu, sedangkan akak memang clueless pasal status perkahwinan dia. So, akak taknak sakitkan hati isteri dia, akak terus cut off segala medium untuk contact dengan dia. Lama akak ambik masa nak pulih. Bukan pulih dari patah hati sebab putus cinta, tapi pulih dari kenyataan yang akak pernah jadi orang ketiga. Malu dik rasa dia. Malu sangat. Sumpah akak taknak lalui semua tu lagi. Sekarang si Doloh dah pun bercerai dengan isteri dia. Bukan sebab akak k. Dia bercerai lepas 3 tahun kami lost contact. Macamana akak tau? Kawan dia bukak cerita.
Kali ni lama akak hidup single. Sampai tahap akak rasa it’s okay if I’ll never end up with anybody pun. Bukan give up, tapi akak memang dah happy sangat hidup single daripada terjebak dengan cinta yang menyemakkan kepala. Akak tak sedih pun tengok kawan kawan berlumba lumba kahwin dan beranak. Serius. Akak teramat selesa dan happy dengan life akak masa tu. Akak ada good career, happy dengan family akak, ada kawan kawan yang positif dan cheerful.
What else do I need. Tapi tiba tiba, terjumpa pulak laki akak ni. Orang tengah mood girl just wanna have fun, dia datang pulak ketuk pintu hati kita. Cia cia cia. Hehe. Dia ni lain lah dari semua lelaki yang pernah akak kenal. Klisye kan? Ahaks. Gitulah dik bila kau jumpa jodoh kau. Automatic kau akan rasa all this while tu, kau nangis bagai nak rak pasal jantan keparat tu semua not worth it. Because he’s the best. Fast forward, tak payahlah cerita kisah romantik kami, akak malu, auchh. So nikahlah kami merpati dua sejoli dan hidup aman bahagia disamping anak anak tersayang. Dah nak masuk 3 orang pun anak kami sekarang. Kau hado? Heheh.
So apa motifnya akak cerita kisah cinta akak ni kat korang semua. Tu refer tajuk akak tu, “Bila cinta membutakan mata hati”. Akak pernah hidup dalam toxic relationship, cinta penipu dan cinta bertepuk sebelah tangan ni for years. Ya bukan sehari dua. Bertahun tahun. Average setiap relationship akak dalam 3 tahun. Even crush tu pun 2 tahun akak tunggu dia. Masa kita tengah dalam mood sedang ingin bercinta tu, memang kita bodoh dik. Kita bodoh, pekak dan buta. Hanya orang sekeliling yang nampak kebodohan, kebutaan dan kebangangan kita tu. So percayalah cakap orang sekeliling dan belajarlah menerima nasihat dari orang sekeliling supaya kita sedar dan terselamat dari terus disakiti dan menjadi mangsa. Jangan jadi bodoh kerana cinta dik. Kita tak nampak kebodohan kita time kita tengah asyuk tangkap cintan tu. Tapi orang sekeliling kita especially mak ayah, adik beradik dan kawan kawan rapat ni nampak.
Janganlah marah dan tuduh orang dengki tengok kebahagiaan kita bila ditegur. Bukan dik, buat apa orang nak dengki tengok jantan kau main kayu 3. Eh tak kuasa akak. Orang tegur sebab sayangkan kau, taknak tengok kau sedih2 dan terus tertipu selain geram tengok kebodohan kau sebab cinta. Hehe. Taklah yang geram tu akak je. Orang lain tak kot. And please wake up dan move on dik dari terus terusan larut dalam perasaan macamtu. Janganlah lemah sangat kerana cinta. Tolong dik. Akak tak suka tengok orang lemah sangat sebab cinta ni. Cinta sepatutnya buat kita kuat, bukan lemah. Janganlah sebab gagal bercinta kita nak hancurkan masa depan kita, nak hukum diri kita dari merasa nikmat bahagia. Jangan macamtu dik. Tak elok. Akak tak lah pandai sangat hal ehwal agama, tapi setau akak bermurung dan terlalu bersedih dan meratapi bab cinta cinta ni tak baik dik. Berdosa rasanya.
Janganlah kita sampai jadi betik bonyok dek kerana terlalu bersedih dicurangi, tak jadi kahwin dan cinta tak berbalas. Ya akak tau, sakit putus cinta tu. Akak pernah rasa. Sakit sangat. Tapi dik, kita kena fikir balik kenapa Allah bagi kita rasa macamtu? Dan kenapa kita rasa macamtu? Haaaa tepuk dada tanya iman. Akak taknak tazkirah kat sini. Sendiri fikir k. So please, jangan lemah kerana cinta. Bangun! Teruskan melangkah dan doalah agar dipertemukan dengan yang terbaik buat kita. Tak loser pun kalau single, tak loser pun kalau tak kahwin dan tak loser pun kalau kahwin lambat. Tapi akan jadi loser kalau periksa pertengahan tahun dapat 7G. Ehh! Tu cerita lain eh, hehe
Dahlah, panjang nau akak bebel ni hah. Agak agak dapat tak mesej positif yang akak cuba sampaikan? Harap dapatlah ye. Oh ya, jangan muntah pulak baca kisah cinta akak. Akak yakin ramai je yang mempunyai kisah cinta hampir serupa dengan akak. Ni bukan masalah jantan ramai yang tak guna bak kata Yuna eh, ni masalah individu. Kau jantan, betina, perempuan fuh, lelaki sado waima khunsa sekalipun kalau kau sejenis perangai celaka, memang kau akan buat macamtu kat orang yang sepenuh jiwa mencintai kau. Wah gitu. Ok dah, anak nak tido pulak hah. Daaa.
– Timoh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit