Bila Dah Berjanji

I’m one of the luckiest person around the globe yang dapat suami bukan je baik, bantu buat kerja rumah dan jaga anak tetapi suami aku juga pandai masak dan aku sangat bersyukur Allah pertemukan aku dengan dia.

Masakan yang suami aku masak sedap tak kira la dia masak western,Chinese dan masakan melayu kampung tetapi yang pelik dia hanya masak bila ada majlis-majlis tertentu dan ada tetamu yang datang ke rumah.So untuk hari-hari biasa aku yang masak.Suami aku cakap dia masih nak makan air tangan aku walaupun aku masak tak sedap, hahaha.

Aku bukan nak cerita pasal kehebatan suami aku memasak sebab aku tahu kat luar sana ada je suami yang pandai masak selain suami aku tapi aku nak cerita pasal sikap manusia ni yang suka berjanji tetapi akhirnya janji hanya tetap tinggal janji.

Suami aku ni suka post masakan yang dia masak kat Insta dan share kat FB and bila whatsapp dah bole update status,dengan status whatsapp2 sekali suami aku post dan aku tak rasa ianya salah sebab sebagai seorang isteri aku sokong apa yang suami aku buat dan aku rasa happy bila dia happy.Bila dia masak,dia akan panggil kawan-kawan baik dia datang rumah untuk rasa masakan dia.Ok serious kawan baik suami aku ada 3 orang.Kawan sejak dari form 1 sampai la sekarang umor dah 35 tahun dan wife-wife diorang pun dah jadi BFF aku.Best kan.

Kawan-kawan tu la yang selalu suami aku panggil untuk rasa masakan dia.Aku ok je sebab aku memang suka kalau rumah aku ramai orang.Lagi pun wife-wife diorang baik sama macam husband diorang.diorang tak kan balik selagi rumah tak habis kemas dan piring dah bercuci.Suami aku selalu bercerita pasal keakraban dia dan kawan-kawan 3 orang tu.Diorang membesar di sekolah asrama yang sama,matriks yang sama dan university yang sama.Duduk rumah bujang yang sama sampai la sekarang ni semua dah berkahwin dan ada anak.Pasal tu la hubungan diorang sangat rapat.

Macam aku cakap tadi,suami aku kan suka post gambar yang dia masak so banyak la KAWAN-KAWAN dia ( ni bukan kawan-kawan baik dia yang 3 orang tu tapi kawan-kawan masa belajar,office dan yang aku tak kenal) yang selalu puji masakan dan tanya bila nak panggil diorang datang rumah nak rasa masakan dia.So most of the time suami aku akan jemput KAWAN-KAWAN tu dan tanya bila free dan masa nak datang kat ruangan komen tu.So kitorang pun akan buat preparation,beli barang untuk suami aku masak dan seperti biasa tugas aku bersihkan rumah sementara menunggu KAWAN-KAWAN yang dah janji nak datang tu.

Bukan sekali,bukan dua kali tetapi dah berkali-kali KAWAN-KAWAN suami aku tak jadi datang rumah dan tak bagitahu yang diorang tak dapat nak datang selepas berjanji beria-ria nak datang rumah nak rasa masakan suami aku dan suami aku sekali pun tak pernah nak merungut and ianya berlaku sehingga hari ini.Serious masa mula-mula perkara ni terjadi aku sangat marah.Ye la,seharian orang dah prepare if you know what I mean.Aku yang just kemas rumah dan prepare untuk set up pun dah penat ini kan pula suami aku yang memasak.

Aku pernah cakap kat suami aku,tak payah la masak untuk so called KAWAN-KAWAN tu,masak je untuk kawan-kawan 3 orang dan family.Korang tahu apa suami aku jawab masa tu?Tak pe la.orang dah berjanji nak datang rumah rasa masakan abang.So sebagai tuan rumah kita kena bersedia untuk menyambut mereka walaupun mungkin mereka tak datang.Kan mereka tu tetamu.Aku terus diam masa tu dan aku tak pernah dah merungut atau marah bila KAWAN-KAWAN tu tak datang walaupun beria-ria janji nak datang.

Setelah beberapa kali perkara ni berulang,aku cakap je kat suami aku yang kita hanya perlu buat stock bahan-bahan yang biasa suami aku gunakan untuk memasak ( ye la,bahan-bahan yang suami aku guna jenis yang aku tak gunakan masak sehari-hari like blue cheese, parmesan cheese dan segala jenis cheese, garlic salt and etc )dan masak hanya bila tetamu brtul-betul dah ada kat rumah untuk mengelakan pembaziran dan akhirnya suami aku setuju.

So sebelum aku akhiri confession ni aku nak pesan kat korang yang suka berjanji nak datang rumah member atau sedara korang,Please la try datang dan kalau tak dapat nak datang pun bagitahu tuan rumah yang korang tak dapat nak datang.Kesian kat tuan rumah bila dah prepare segala-galanya to please you guys but korang bukan je tak datang tapi tak bagi tahu yang korang tak dapat nak datang and say sorry.

– iza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *