Sebelum saya balik Malaysia lebih kurang 3 minggu. Saya dikenalkan dengan seorang lelaki. Akhlak baik, penghafal hadis yang tegar, doktor.
Dalam masa 2 minggu kenal, dia dah minta untuk masuk minang dan bila saya balik Malaysia akan langsung nikah. Tarikh 6.10. Saya dah atas kapal terbang. 7.10 sampai KLIA.
Saya landing di KLIA. Saya dapat berita bakal suami accident parah. 8.10 waktu pagi, almarhum dah tak ada.
Rasa sedih tu ada, 1 minggu menangis, tahajud, solat, zikir tak lepas! Bila saudara2 tanya, saya senyum je macam tak de apa2. Tapi kalau nangis tak akam sesekali saya tunjuk depan diorang.
Lepas beberapa ketika!
Sepupu almarhum datang mau risik saya. Dia akhlak bagus sangat, penghafal al-quran. Kerja arkitek. Saya pun setujulah.
Kami kenal 5 bulan je. Bulan ke 3 kenal, sepupu perempuan dia bagitahu yaang dia sakit kanser darah. Tapi waktu tu saya macam “in shaa Allah, saya masih terima”.
Lagi sebulan dari tarikh pernikahan. Pagi jumaat jam 3am dia pm di FB. Minta maaf sebab dah tak kuat tahan sakit. Minta maaf sebab tak dapat tunai janji untuk menikah dengan saya.
Jam 9.15am tarikh 10.3 dia meninggal.
Waktu itu, saya rasa sedih ya amat. Tapi masih kawal diri. Seperti biasa, bila dapat berita kematian dia, saya cuma menangis sendiri dan banyakkan masa berzikir tak lepas!
Beberapa bulan selepas tu. Ada lelaki yang baik dengan almarhum berdua datang. Waktu itu, saya dapat tau yang dia dah pendam rasa suka 2 tahun dalam diam dengan saya, tapi saya tak pernah tahu.
Dia juga penghafal al-quran. Akhlak dia dengan ibu sangat indah. Ibu nombor satu bagi dia. Sangat sangat nombor satu. Dia kerja akauntan. Tapi dia asal indonesia.
Awal kenal tu, memang saya nangis. Saya kata “riza rahmat buat saya”. Pun dia tahu kisah saya dan dua orang lelaki yang sebelumnya.
Cemburu dia tetap ada, tapi saya cuma kata “mereka dah jadi kenangan saya”. Masa depan yang akan saya hadapi.
Dia tu kerja lagi banyak yang disarankan ahmad maslan kita. Dia toreh getah! Dia penyanyi! Part time cikgu! Part time pelakon! Dia akauntan.
Bayangkan kerja dia banyak tu. Sebab itu saya sangat menghargai dia. Sebab dia berusaha susah payah untuk menikahi saya.
Tapi, sewaktu dia pantau projek di Siak, dapat khabar yang dia tertimpa bangunan runtuh. Parah kat kepala. Waktu tu memang jantung berdegup kencang.
Status bbm dia “Yong_putri|Langit syurga|Maafkan aku”. Pagi tu dapat khabar dia meninggal. Saya tanya 3 kali betul ke khabar tu? Saya kata dia tipu. Tapi ya benarlah! Dia dah tak ada!
Mereka bertiga tu jejaka yang bagi inspirasi dalam kehidupan saya. Biarpun saya menangis. Tapi saya pastikan tangisan saya kejap je buat bekal kekuatan saya untuk hari seterusnya.
Dan sekarang! Saya masih dengan cinta saya. Bila rindu, doakan :) ! Sedih saya tetap ada. Namun perjuangan saya harus saya utamakan. :)
Sebab itu nama pena saya, “Gadis 3-Rangkai”.
Pesanan saya!
Buat lelaki. Jadi lelaki yang benar-benar layak untuk dijadikan suami. Buat perempuan, jadi perempuan yang benar-benar layak menjadi isteri!
Perjuangan saya dalam ilmu medik harus saya lunaskan, itu aulawiyat saya.
Kahwin?
Biar Allah yang aturkan..
– Gadis 3 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit