Bila Dah Dapat Suami Yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera admin dan kawan2 semua di IIUM Confessions… Thanks jika confessions ni approved.

Saya tergerak hati menulis ini. Ada kaitannya dengan 2 confession yang saya kira lebih kurang sama isinya… Bertajuk ‘Entah Mengapa Suami Berubah’ dan ‘Sunyi’.

https://iiumc.com/entah-mengapa-suami-berubah/

https://iiumc.com/sunyi-4/

Seperti confessor dari 2 confession tersebut, saya juga bertuah mendapat suami yang bagus serba serbi. Suami yang melengkapi hidupku. Alhamdulillah. Saya pernah melalui fasa seperti kalian.

Ini cumalah pendapat dari saya sahaja ya. Apa yang saya tulis kat bawah, berdasarkan pendapat peribadiku.

Kita ni sunyi sebab apa? Bila sudah mendapat lebih… tiba-tiba terkurang… Terus datang perasaan ‘down’.

Contohnya Puan sebut sebelum ni selalu pegang tangan… Tapi suami tengah tolak stroller.. maka wajarlah dia rasa rimas tidak mahu berlama-lama pegang tangan isteri. Suami puan semestinya manusia yang ada 2 tangan saja. Bukannya ‘octopus’.

Manakala Puan confessor yang bercakap sudah kurang bersama dengan suami lantas membuat kesimpulan suaminya sudah berubah. 3x seminggu bertukar menjadi 1x seminggu.

Cuba puan check apa yang menyebabkan sudah kurang bersama suami isteri? Suami puan mengemas, memasak, bonding dengan anak.. akhirnya keletihan.. esoknya bekerja lagi. Situasi si tempat kerja dia bagaimana pula tu Puan? Stress tak suami puan? Penat tak si dia?

Mungkin ada yang membaca setakat ini akan berkata ayat saya sedikit kasar di atas. Ya, tiada niat sungguh macam tu. Lagipun saya tak tahu situasi sebenar mereka.

Cuma saya pernah mengalami lebih kurang sama dan sungguh sayang jika sebuah perkahwinan di sia-siakan semata-mata bisikan syaitan.

Ya, dulu saya juga sunyi. Dalam rumah ini suami sediakan semuanya. Buka peti ais saya yang besar kat dapur.

Dalam freezer.. aiskrim pelbagai jenis, segala makanan segera. Barang basah pun ada daging, ayam, seafood. Tinggal pilih dan masak yang mana berkenan. Kat peti bawah.. air berperisa.. makanan itu ini.

Di pantri kecil saya ada banyak jenis stok makanan. Tak perlu rasa tak cukup barang nak memasak. Setiap minggu beratus ringgit habis untuk barang dapur. Dan organik.

Beras yang saya makan hari-hari pun..yang terbaik orang gunakan untuk hari raya je. Bak kata suami saya, dah ada duit lebih.. untuk tingkatkan taraf kualiti hidup kita. Memang tidak berkira. Junk food tu sekali sekala makan tapi masih… dia belikan juga.

Kereta pun ada saya guna bila-bila masa. Saya keluar bersendirian tanpa suami, pasti ada kad kreditnya dalam beg saya.

Shopping online, pun ‘link’ ke akaunnya. Duit saya, duit saya. Duit dia, untuk saya dan anak.

Kerja rumah pun dibantu. Anak pun di jaga sama2. Tapi apa yang kurang? Rasa sunyi. Kita dah ada anak.. perhatian kita dah terbahagi antara partner kita dan tanggungjawab sebagai ibubapa.

Saya rasa semuanya bermula pada saat saya masuk satu kelas menuntut ilmu agama secara online. Sebelum tu jarang zikir selawat dan buat perkara sunat. Zikir pun paling banyak 33x lepas solat. Kiranya cukup solat 5 waktu sehari..dah cukup bagus dah saya rasa.

Ustaz tersebut bagi tugasan zikir. Kena selesaikan dalam tempoh 24jam. Dan jumlah.. belas2 ribu.(ada spesific jumlah tapi tak dapat saya nyatakan di sini) Hah! Boleh imagine tak? Zikir tu pendek sangat. Tapi kena buat banyak sangat sampai saya rasa tak mampu nak buat.

Tapi ustaz tu cakap.. buatlah… Akan dapat sesuatu. Nak dapat, buat dulu. Saya pun pulun buat. Dari saya celik mata je… sampai saya tutup mata. Kecuali semasa sedang solat dan dalam bilik air.. mulut saya sentiasa zikir… dan alhamdulillah saya selesaikan dalam masa 24jam tersebut.

Nak tahu tak macam mana perasaan lepas dah complete tu? Wahh….. Rasa macam hati saya ni kena refresh. Rasa ringan. Tak dapat digambarkan.

(Perhatian: anda jangan suka-suka mereka sesuatu amalan yang dibuat melainkan berguru ya. Namun paling selamat, selawatlah kerana itu sangat digalakkan)

Lepas tu,datang suatu kesedaran dalam diri. Ya Allah, selama ni aku sunyi sebab apa? Sebab aku ni tak bersyukur. Dah dapat banyak nikmat tapi masih tamak.

Iyalah. Cuba lihat satu contoh. Hari ni kita dapat duit banyak 10k. Tiba-tiba dapat duit sebanyak itu. Macam mana kita nak tunjuk kita ni bersyukur pada Allah? Rezeki tu datangnya dari Allah kan? Syukur pun haruslah kita balikkan semula pada Allah. Biasanya kita buat apa kawan-kawan??

Ya, kita akan derma duit tersebut. Kita dah dapat, kita akan memberi juga tanda syukur. Mungkin dari 10k, kita akan bagi RM500.. (sebab sikap kedekut masih tebal).

Lepas kita derma RM500… tiba-tiba ada rezeki lain lagi datang…. lepas tu kita derma lagi… dan seterusnya…

Rezeki yang dimaksudkan kat sini tak semestinya duit macam mula-mula kita dapat dulu. Dalam bentuk kesihatan, kawan-kawan yang baik, anak yang baik akhlaknya. Banyak sangat asalkan kita celik mata memerhati nikmat Allah bagi setiap hari.

Logik akal tak bila kita dapat duit rm10k..kita nak tunjuk kita bersyukur dengan meminta lebih banyak rezeki?nak minta lagi banyak tapi tak mahu memberi? Eh, peliknya. Biadab pun ada kan terhadap rezeki?

Puan confessor yang dikasihi… Anda dapat suami yang baik. Adakah anda bersyukur? Cuba puan semua fikir…jika bersyukur, apa yang puan buat sebagai tanda bersyukur?

Anda rindu sentuhan fizikal yang kerap seperti dahulu. Tapi suami anda menangung anda. Menolong buat kerja rumah. Apa yang anda tunjukkan semasa suami sibuk menolong sama2 buat kerja rumah?

Adakah puan semua ada inisiatif mencari ilmu untuk upgrade cara layanan di rumah? Suami sedang bonding dengan anak, puan senyum dan puji tak?

Senyum tu tanda syukur. Menenangkan hati sesiapa yang melihatnya pun satu bentuk sedekah. Apatah lagi memuji suami sebagai tanda berterima kasih.

Saya tak cakap puan semua salah tak bersyukur. Saya tahu puan semua sayangkan suami sebab tu dalam confession tersebut.. ada disebutkan banyak kelebihan suami masing-masing. Tapi apa sumbangan puan kat suami pula…?

Cuba kita fikir sejenak. Sebab kita dah dapat suami yang baik ni. Kita ni cukup baik tak untuk suami kita?

Wanita penuh dengan emosi. Latih diri setiap hari agar kurang melayan emosi. Kena latih. Sebab benda ni bukan datang tiba-tiba. Lama-lama akan terbiasa.

Dan tak perlulah malu-malu untuk mulakan langkah pertama. Kalau rasa nak bersama.. start sajalah dulu. Spender suami pun kita lipat. Nak malu apa? Kreatif la sikit.

Tak semestinya dalam bilik tidur saja tempatnya. Cuba create adventure sikit. Asalkan anak tak nampak, should be okay. Huhu. Ok, cukup sudah bab tu.

Kita bagi, bagi, bagi… Bagi doa kat suami. Lepas solat, sedekahkan al fatihah pada setiap ahli keluarga kita. Itu tanda syukur.

Sentiasa buat sesuatu gembirakan suami. Bila selalu melayan emosi sunyi, tahu tak apa yang jadi? Kita layan suami pun tak ikhlas. Muka payah nak senyum. Tak cantik bila tiada seri.

Suara kadang-kadang meninggi sebab tak puas hati kat suami kan? Semua boleh jadi. Semua perkara yang Allah tak suka. Yang buat kita mengumpul dosa dari pahala.

Iyalah. Suami dah baik. Jangan banding dengan suami yang bermasalah. Rendahkan ego. Tak rugi puan.

Macam-macam tau kita boleh bagi kat suami. Kalau tak pernah solat sunat dan kurang zikir dan selawat.. eloklah isi masa dengan perkara tersebut. Jangan terkejut bila kita sibukkan dengan dekat pada Allah… Kita akan nampak suami makin dekat dengan kita.

Berapa lama masa kita belek hp dengan masa kita belek Al-Quran? Malunya kita sebagai hamba jika tak ingat kat Tuhan kita sendiri. Sombongnya daku Ya Allah. Ampunilah daku.

Sebab nak tarik rahmat Allah, kita kena usaha. Orang yang dapat rahmat Allah, maknanya orang yang disayangi Allah. Bila Allah sayang.. apa Allah bagi? Macam-macam. Mengajilah, belajarlah ilmu agama.

Di facebook terlalu banyak kuliah agama sebagai baja hati kita. Hati kita kena selalu di siram, dibajai. Barulah semangat nak tambahkan ibadah.

Bila ibadah kita buat betul, ikhlas kerana Allah.. jangan risau dunia akan datang begitu saja sehingga hatimu terasa sangat cukup dengan apa yang ada.

Tips saya… setiap hari wajib 2-3x dengar kuliah agama secara live. Saya akan cari dan on notifications dari page berkenaan. Setiap kali kita dengar kuliah.. kita berada dalam taman syurga yang dipayungi oleh sayap malaikat.

Bayangkan rahmat masuk dalam rumah kita ketika itu. Bayangkan malaikat bersama-sama dengan kita waktu mengaji. Setiap hari kita nak undang rahmat masuk ke dalam rumah kita. Seronoknya.

Hidup saya sekarang tidak sunyi. Hati saya rasa sangat penuh dengan cinta Allah. Saya berusaha mengenal Allah.. dan segala masalah yang saya ada dulu..terasa ringan dan hilang.

Suami saya pula bagitau dia terasa sunyi bila saya sibuk. Terkejut kan?

Nasihat saya.. kita jangan terlalu mengejar satu atau dua nikmat yang hilang sehingga kita akan kehilangan banyak nikmat yang kita sedang ada, nauzubillahi min zalik..

Panjangnya confession saya! Walaupun tak dapat sampaikan point lain tapi cukuplah sampai di sini. Tak sangka meleret pula saya menulis.

Akhir kata.. maafkan jika saya terkasar bahasa. Saya menegur kerana sayang. Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar dan berdoalah agar kita sentiasa berada dalam rahmatNya.

Assalamualaikum.

– Bakal solehah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *