Bila Dah Senang , Dilupakan

Assalamualaikum. Alhamdulillah terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku ni. Aku nak cerita ni tiada niat nak lain apatah lagi nak cerita kebaikan aku dah buat. Aku cuma nak luahkan apa yg aku rasa dan sedikit pesanan buat semua.

Kisahnya, masa aku belajaq dulu aku ada housemate yg bertukar jd bestfriend masa tu. Aku namakan dia Alia (bukannamasebenar). Awal-awal biasalah mmg tak rapat. Lagipun, masa tu pemikiran aku kolot. Aku tak nak kawan dgn org kelantan sebab aku dgr mcm2 pasal depa. Aku minta maaf tapi skrg aku dah tak fikir mcm tu dah. Aku hormat semua org.

Tapi, lepas lama-lama aku kenal semua tentang dia. Alia ni dari keluarga susah. Ada 9 org adik beradik. Ayah mak menoreh getah. Dia anak ketiga. Kehidupan dia memang susah. Ayah dia akan masukkan duit rm50’untuk seminggu lebih. Mmg tak cukup nak hidup kat Shah Alam. Kadang-kadang dia tak makan. Dia ikat perut.

Aku pula bukanlah anak org senang. Abah aku dah meninggal selepas 20 hari aku masuk uni. Mama tak kerja. Tapi, aku pandai cari duit luar. Mama aku akan masukkan RM100 seminggu dan aku akan cri duit lain spt buat printing, jadi dropship apa semua. Jadi, aku mmg ada duit selalu. Bila aku tau dia susah, aku tak sampai hati nak biarkan mcm tu saja. Bagi aku, kalau aku makan kawan-kawan aku mesti makan. Kalau kawan-kawan aku susah, aku mesti kena tolong. Prinsip yg aku pegang dalam menghargai sebuah ikatan persahabatan. Aku sayang sahabat-sahabat aku.

Jadi, sepanjang 2 tahun perkenalan kami , aku selalu bantu dia. Kalau aku ada RM10, dia rm5.00 aku rm5.00. Kadang-kadang tu mungkin terbelanja lebih mmg duit hanya untuk aku makan tgh hari tu jaa. Dia pula tak ada duit langsung. Aku akan beli nasi untuk dua org makan dan seketul ayam share dua orang. Bila ada duit lebih sikit, aku akan belanja dia makan kfc. Pernah sekali belanja sushi king. Ayam penyet apa semua. Sebab dia tak pernah rasa dan makan semua benda tu. Jadi, aku share dgn dia. Aku percaya yang bila aku memberi aku akan dapat lebih banyak.

Aku cerita pasal dia kat mama aku. Mama aku simpati dan turut bantu dia. Mcm beli tiket bas balik kampung, bagi duit makan. Apa semualah. Mama belikan tudung raya sebab aku ckp kat mama dia tak beli tudung raya masa tu. Sampai kawan lain cakap, ” Alia ni dah mcm anak kau dah weyh.” Aku pernah guna modal bisnes aku untuk bg kat dia. Sebab aku tahu dia susah. Tok aku pun sama. Bagi duit, beg apa semua kat dia. Abang aku bagi duit teksi sebab masa tu dia ckp dia tak ada duit. Erti kata, satu family aku simpati dgn dia.

Satu hari, masa tu dah habis belajar, aku ajak dia kerja dgn aku. Aku ada buat bisnes. Aku kirim duit bas dan duit untuk bagi kat family dia sikit. Dia datang dan kerja teruk sikit. Yalah, bisnes baru nak naikkan. Mmg kena kerja lebih sikitlah. Aku pula tak ada team lgi masa tu. Aku bagi dia duduk dgn aku. Makan apa semua aku tanggung. Mama dgn tok aku tak payah cakaplah. Kadang2 rasa mcm aku ni bukn anak dan cucu depa tau. Haha.

Seminggu dia kerja dgn aku, aku kata kat dia. Kalau nak balik kampung baliklah. Nanti dtg balik. Aku bukannya kejam tak bagi cuti. Dia balik aku tanggung duit balik. Bagi duit kat adik-adik dia lagi. Bila dia balik sana, mesej satu apa pun tak ada. Mama aku mula tanya. Tok aku mula tanya. Aku jadi serba salah. Kalau iya pun dah tak nak kerja or dtg sini bagitau. Tapi apapun tak ada.

Sebulan lepas tu, barulah ada mesej daripada dia cakap dia dapat jd cikgu tadika. Aku tak balas. Bukan apa. Aku terkilan. Aku okey lagi. Tapi, aku tak boleh terima dia buat kat mama dan tok aku. Ya, mmg dia tak buat apa pun tapi at least masa balik kampung bagitau. Yg dia tak nak kerja lgi dgn aku ke apa. Aku ada jawapan nak bagi kat mama aku yg dah anggap dia mcm anak sendiri dah.

Lepas tu, tak adanya mesej nak minta maaf ke apa. Sampai skrg. Skrg ni aku tak tahu dia kerja apa. Tapi, selalu update keluar makan kat tempat2 hebat. Bahagia aku nampak. Tak apa. Aku gembira kalau dia dah senang. Sebab aku tahu dulu dia susah mcm mana. Dalam hati selalu mempersoalkan, update moment boleh tapi nak mesej aku satu ayat pun tak boleh? Sebenarnya, akulah yg bodoh. Mengharap. Padan muka aku.

Tapi, aku memang terkilan gila-gila. Aku tak minta dia sanjung aku. Aku tak minta dia balas balik jasa kelurga aku tapi at least tanya khabar. Minta maaf. Mama aku mmg betul-betul terkilan dan terasa sangat dgn apa yg dia dah buat.

Aku kat sini bukan nak berlagak diri ke apa. Memang aku tak nak ungkit apa yang aku dah bagi. Keluarga aku dah bagi. Malah, aku doakan dia terus sukses.

Cuma, nak suarakan dan pesan pada semua. Jangan jadi mcm ni. Hargailah org-org yg pernah bantu kita masa susah. Saat org lain tak pandang kau sebelah mata pun tapi org-org ni ada untuk kau. Bantu kau. Padahal , mereka boleh memilih untuk lupakan kau. Mereka boleh memilih untuk tendang kau. Tapi, mereka tak buat atas dasar kasih dan sayang sesama sendiri.

Mereka tak perlukan duit kita bayar balik tapi kadang-kadang dgn satu ucapan “terima kasih” ,”apa khabar” “sihat” itu pun sudah cukup buat mereka rasa diri mereka dihargai.
Sejujurnya, aku rindukan dia. Aku rindukan keluarga dia.

Tapi, aku cuba halang diri aku. Buat apa aku terhegeh-hegeh rindu sedangkan org dah tak perlukan kita?

Kan?

Bosan eh citer aku? Haha. Maaflah. Tapi, ini semua sekadar luahan dan pesanan juga. Aku minta maaf ya.

– Sahabat Dia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit