Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Nama aku Hanuta. Hari ini Hanuta rasa serabut sangat dengan bermacam-macam benda yang berlaku keliling Hanuta.
Hanuta ada suami dan dua orang anak yang masih kecil. Mungkin pembaca semua tak nak baca kisah rumah tangga tapi Hanuta dah tak tahu nak luah pada siapa.
Hanuta berkahwin dengan suami atas pilihan sendiri, kenal atas talian melalui website islamik dan sebelum berkahwin ada ahli keluarga Hanuta dah warning, cari pasangan yang sekufu.
Sekarang ni Hanuta dah tahu kenapa. Kerana bila tak sekufu kita akan kerap bergaduh hal remeh (Remeh pada Hanuta tapi mungkin serius bagi dia).
Kalau Hanuta boleh listkan komen dari cerita-cerita luahan hati IIUM Confession yang sebelum ni, ramai netizen pasti akan komen supaya Hanuta cari pasangan lain. Tapi itu bukan tujuan Hanuta menulis.
Hanuta dan suami berlainan latar belakang, pendidikan, zaman kelahiran. Hanuta terima dia dan dia terima Hanuta seadanya. Latar belakang kita tak boleh diubah.
Keluarga kita, apa yang pernah berlaku pada kita, pilihan kita, ialah antara perkara yang kita tak boleh nak ubah. Hanuta faham dia dari keluarga yang susah dan Hanuta terima semuanya seadanya.
Perkara yang menyebabkan Hanuta sedih, marah dan kecewa ialah dia tak nak ubah perkara yang dia boleh ubah.
Contohnya, dia suka bazir masa baca dan send semula ayat-ayat atau petikan artikel berkenaan kes-kes akibat dari vaksin (ya, pasti ada orang akan kecam Hanuta berkenaan hal ni).
Sedangkan dia tahu Hanuta dah memilih untuk tak divaksin (Hanuta tak vaksin semata-mata sebab nak ikut arahan dia dan tak nak gaduh hal vaksin.
Lagipun ianya pilihan dan bukan kewajipan kan? Hanuta mengaku Hanuta bukan antivaksin tapi Hanuta ambil tahu hal AEFI dan isu yang timbul berkenaan hal itu)
Tak faham kenapa dia taksub hal sebegitu. Kadangkala dia share pada Hanuta perihal bank dan riba yang mana pada Hanuta itu isu serius yang boleh dibaca pada waktu kita nak membaca hal serius, bukan pada masa senggang masa Hanuta nak rehat!
Penat sel-set otak Hanuta nak proses hal serius macam tu dengan kepala dok fikir hal kerja, rumah dan anak. Eh, banyak lagi benda penting nak buat.
Bila Hanuta kata nak baca nanti dia provoke Hanuta, kata Hanuta ni dah pandai sangat, tak nak dengar orang lain punya pendapat.
Ada satu hari ni, kecoh komen dan artikel viral berkenaan doktor yang menyindir antivaksin. Dia provoke lagi Hanuta. Sedangkan Hanuta malas nak cari gaduh dan memang Hanuta tak follow dah baca artikel doktor tu sebab busy kerja.
Tapi Hanuta tahu, ilmu doktor itu ialah ilmu yang dia belajar dan dia ahli pada bidangnya. Hal ni yang suami Hanuta tak boleh terima. Hanuta pun tak tahu kenapa dia sensitif sangat pasal doktor ni sampai la satu hari..
Dia tengah drive kereta dan dia cakap arwah mak dia meninggal sebab doktor minta buat kimo banyak kali. Arwah mak dia Hanuta tak sempat jumpa sebelum kami kahwin.
Dia cakap ayah dia elok je hisap rokok tapi hidup sampai sekarang, sakit pun tak jumpa doktor. Tapi arwah mak dia sepanjang hayat arwah sangat jaga kesihatan. Tapi arwah pula yang dapat sakit, jumpa doktor banyak kali. Kimo banyak kali tapi akhirnya meninggal jua.
Masa Hanuta dengar dia cakap tu Hanuta rasa macam.. speechless. Tak tau nak cakap apa. Dalam hati Hanuta kata, mungkin ini ujian untuk dia. Sebab.. dia macam tak terima takdir tu. Dia tak berdamai dengan takdir.
Dan end up dia benci doktor. Dia benci vaksin. Dan dia sibuk pula ‘hal akhir zaman’ dengan membaca hal-hal prepping keduniaan.
(Pada Hanuta ada bagusnya prepping bila kita tahu negara kita ada juga bencana contohnya banjir) tapi bukan la baca hal prepping yang extreme macam suami Hanuta ni.
Semua benda nak kait hal teori konspiras*. Perkara ni pun Hanuta pening hadap. Dok sibuk hal negara lain tengah kecoh isu vaksin sedangkan anak kat rumah masih tak sihat, duit belanja hujung bulan dah sesak (ini yang Hanuta dok fikir).
Hanuta suka membaca dan Hanuta akan baca apa yang dia share. Tapi paling Hanuta kesal sangat.. benda-benda macam ni dia sibuk ambil tahu: Benda-benda riba, prepping, vaksin, kuasa illumin*ti.
Tapi sepanjang bertahun-tahun kahwin, Hanuta boleh kira berapa kali dia solat, berapa kali dia puasa! Bukan ke benda wajib ini lebih penting?
Kesal!
Hanuta dah cuba slow talk dengan dia hal ni tapi macam tak jalan saja. Umur dia dah nak masuk 40 dah tak lama lagi tapi masih begitu.
Adakah sebab dia hanya lepasan sekolah menengah maka pemikiran dia hal-hal macam itu patut dibincang dan dikongsi bersama isteri?
Entahlah. Dah macam diskriminasi pula kan. Dia ni bijak sebenarnya. Tapi macam ada unresolved issue dengan orang berpendidikan.
Dia sepatutnya belajar di politeknik tapi dia ambil keputusan untuk berhenti sebab katanya tak boleh terima peraturan politeknik macam sekolah.
Ini tak boleh. Itu tak boleh. Sudahnya orang macam Hanuta yang kena dengar sindiran dia bila ada issue berkaitan pendidikan tinggi. Macam tempat dia lepas geram. Begitulah.
Hanuta serabut. Tahap pendidikan Hanuta dan dia memang berbeza. Tapi Hanuta terima apa ilmu yang dia ada contohnya dia pandai repair kereta, dia kuat dari segi fizikal dan memang boleh diharap buat kerja berat.
Hanuta ni seorang pemikir. Hanuta tak tahu rumah tangga orang lain macam mana tapi Hanuta bersyukur dengan rezeki seadanya. Hanuta tak pernah meminta-minta supaya diberi lebih dari sekarang.
Hanuta cuma kerap terfikir dan cuba berbincang dengan suami hal-hal masa depan (ya, Hanuta tahu tak semua yang kita rancang akan jadi tapi pada Hanuta at least kita ada hala tuju).
Contohnya hal pendidikan anak dan kediaman (buat masa ni kami menyewa sebab dia jual rumah dia lepas dia diberhentikan kerja dan Hanuta pada waktu itu tak bekerja juga). Kadang kala Haunta cuba berbincang hal simpanan dan kewangan.
Tapi suami Hanuta tak ada langsung cerita perancangan dia untuk masa depan. Dia siap cakap pada Hanuta “awak ni tak bersyukur dengan apa yang ada.” Frust lah macam ni.
Sebelum ni Hanuta masih beri dia ruang untuk bertindak ikut ‘kepala’ dia tapi at the end tindakan dia kerap makan diri sendiri.
Masalahnya bila dah jadi baru dia sedar! Hanuta jenis berfikir sebelum bertindak dan dia pula suka langgar aja baru fikir akibat bila dah terkena.
Pernah Hanuta bersuara sebelum dia bertindak, dia kata Hanuta melawan dia, tak bersyukur dan kami bergaduh bila Hanuta beri pendapat Hanuta. So sejak itu Hanuta akan iya kan saja tindakan dia.
Kalau Hanuta bergaduh dengan dia mesti hal-hal remeh macam ni. Lepas tu dapat silent treatment dari dia.
Kadang rasa macam Hanuta ni perempuan ke dia yang perempuan? Kenapa dia suka cari gaduh hal remeh? Aduh. Serabut. Anak sakit pun tanya Hanuta nak bawa klinik ke tak.
Obviously kena bawa sebab kita bukan doktor! Tapi dia kalau sembang ilmu dia je lah yang betul, katanya doktor tu semua ikut ilmu barat, sembah illumina*i. Ilmu ni luas kita ada haemopathy, dia tak tahu tak semua benda boleh ubat guna haemopathy. Aduhhhhhh.
Sorry confession Hanuta ni bosan sebab Hanuta menaip ni pun dalam keadaan serabut. Hanuta tak tahu nak luah pada siapa. Hanuta tertanya-tanya.. Macam mana suri-suri sekalian mengemudi rumah tangga?
Terutamanya suri yang pernah menghadapi masalah macam Hanuta ni. Serabut. Tapi sayang, sebab Hanuta tahu sesengal-sengal suami Hanuta, banyak juga kebaikan dia. Cuma hal agama tu aduh… Tolong bagi tips sikit kat Hanuta. Terima kasih.
– Hanuta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit