Bila Gaji Besar, Tapi Tak Cukup-Cukup, Rezeki Tak Berkat Ke?

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi publish perkongsian saya ini. Tetiba hari ini terpanggil nak kongsi bab ni.

Teringat pesan mak bila suatu hari duit saya tak cukup, saya minta pinjam dari adik saya, berita saya meminjamtu sampai ke telinga mak, terus kena tegur.

“Kenapa sampai pinjam, duit gaji kamukam beribu? Takkan tak cukup, rezeki tak berkat ke?”

Hadoi, berdesing weh, tapi sebagai anak, layankan saja, muhasabah diri, ternyata teguran mak bukan sampai di situ saja. Mak menyambung.

“Mak dulu, gaji RM500, boleh bela anak sampai 7 orang, kamu ni, gaji beribu, diri sendiri pun tak cukup.”

Saya senyum lagi, mak saya bila tegue memang tegas, tak de sembunyi dah, jelas dan padat, mudah faham. Saya akui kata-kata mak, sebab bab urus duit ni mak memang cemerlang, disiplin mak bila berbelanja memang tabik spring. Sebabtu bila mak tegur, saya diam saja sebab memang ada betulnya.

Di sini bila sebut bab duit gaji, rezeki kita, selalu teringat akan peringatan yang mak selalu beri, bab berkat rezeki, kalau tak cukup tetiba, pasti ada masaalah dari segi keberkatan.

Saya mula amal personal checking mana yang tak dilunaskan sebab semuanya mempengaruhi keberkatan, dan bila berkat pula semuanya akan mempengaruhi kecukupan.

Mak pernah pesan.

“Kita hidup ni, salah satu jalan nak berkat ialah kena selalu solat awal waktu, Al Quran jangan tinggal,”

Nasihat mak… then ada seseorang pernah pesan.

“Bila kita ada duit, kena jaga dan penuhi hak orang lain ke atasnya, baru berkat.”

Teringat pesan kawan

Nak berkat, imbangi hak isteri, anak-anak dan ibubapa, tak boleh diabai salah satu, atau dilebihkan salah satu, sebab setiap satu ada hak tersendiri.

Mengabaikan hak isteri dan anak2 semata2 nak dahulukan ibubapa, kononnya nak jadi anak soleh, kau dah langgar hak Allah S.W.T. dalam memimpin makmum mu (isteri dan anak2) dengan adil, kau expect nak berkat ke?

Kau mungkin jadi anak soleh, tapi kau tetap dayus di sisi Allah S.W.T. dan janji Allah S.W.T. lelaki dayus tak leh masuk syurga.

Kau dahulukan isteri dan anak2 sampai abaikan ibubapa, kau automatik dilaknat Allah S.W.T., walaupun ibubapa redha sebab tak nak anak susah hati bila si menantu lupa diri dan merosakkan pemikiran anak lelakinya, tapi Allah S.W.T. tetap tak redha sebab janji Allah S.W.T. itu adil sifatnya.

So get ready to be manusia dayus yang dilaknati, sebab sebagai suami, anda yang memimpin, bukan dipimpin isteri terutama bab nak berbakti kepada ibubapa.

Malah berkira tanpa adil dengan isteri, anak2 dan ibubapa pun tak boleh, sebab bila kita berkira dgn isteri, anak2 atau ibubapa, Allah S.W.T. akan berkira dengan kita juga, sebabtu jangan terkejud, rezeki jadi sempit.

Itu belum lagi si suami belanja duit dia kepada yang bukan hak sedangkan isteri, anak2 dan ibubapa dia abaikan hak mereka. Sanggup si suami itu biarkan isteri, anak2 dan ibubapa tak cukup segala keperluan, sedangkan dia duk sibuk kejar perempuan lain. Memang merasalaa tak berkat hidup di situ.

Maka kalau rasa gaji tak pernah nak cukup setiap bulantu, hidup tak tenang, kereta asyik rosak, anak asyik sakit, asyik melawan dan memberontak, isteri tak taat, rumahtangga terasa panas, time kerja rasa tertekan, mana2 rasa rimas, tengok isteri rasa nak telan dan macam2 lagi masaalah.

Ambik masa, duduk di bangku, fikir dan muhasabah, tanya diri sendiri:

Adakah solatku cukup?

Adakah aku telah cukupkan nafkah isteri dan anak2ku?

Adakah aku telah cukupkan nafkah ibubapaku?

Adakah adik beradikku yang dalam kesusahan dan amat membutuhkan bantuan telah aku bantu?

Adakah zakat telah aku keluarkan?

Semua soalan di atas disusun mengikut keutamaan.

Jika semua telah dilaksanakan tapi masih terasa bebanan, cek balik,

Berapa banyak sedekah yang aku keluarkan. Kerana sedekah itu membuka pintu rezeki, termasuk rezeki tenang walaupun dikelilingi hutang.

Itu saja saya nak kongsi, hidup ini berapa lama sangat kita nak menongkah langit.

Setiap kekayaan, tersembunyi beban ke atasnya. Apa yang kita dapat, boleh jadi ujian, boleh jadi istidraj.

Apa sekalipun, kalau nak berkecukupan, tenang dan selesa dengan rezeki yang ada serta kehidupan, jaga keberkatan rezeki itu kerana dari keberkatan itu wujudnya kecukupan.

Terima kasih admin sebab sudi share, saya bukan ustaz tapi hanya seorang lelaki, suami dan anak yang sentiasa berusaha mencari berkat dan kecukupan dan berkongsi apa yang saya dapat agar lebih dipermudahkan jalan saya mencakap keberkatan dalam kehidupan,

Kerana saya ada terdengar satu ceramah mengatakan,

“Kita mudahkan Urusan Orang lain, Allah S.W.T. akan memudahkan urusan kita.”

Rezeki ni bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, tapi juga ketenangan hidup, bebas hutang, anak2 sihat, kereta tak rosak, bos sayang, staff taat, isteri solehah.

Selain itu, anak2 soleh dan solehah, ibubapa bahagia, isteri ikhlas kepada ibubapa kita, ibubapa mertua dan ipar duai semua menyintai kita dan kita umpama magnet positif yang menarik kawan-kawan dan orang-orang yang baik untuk suka dan sayang kepada kita dan banyak lagi jenis rezeki.

Cuma ramai dari kita tak sedar akan semua ini dek kerana kita harap apa yang kita nak ada di depan mata, tapi kita lupa apa yang kita perlu itu lebih utama dan Allah S.W.T. takkan beri apa yang kita hendak, tapi Allah S.W.T. akan beri apa yang kita perlu sahaja di masa yang tepat, di tempat yang betul.

Sekian semua,

Dari,

Hamba yang penuh dosa berlumuran.

– Mata Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *