Bila Hati Telah Hitam

Thanks admin kalau post tulisan aku.

Assalamualaikum semua. Aku harap semua dalam keadaan baik dan sihat-sihat sahaja. Aku Bazila dan berumur 24 tahun. Aku pasti semua yang membaca yang beragama Islam kat sini pernah merasai apa yang aku rasa. Rasa yang iman kita lemah sangat. Bila solat rasa kosong je. Tak boleh nak hayati bacaan dalam solat walaupun kita paksa. Bila baca Al-Quran pun rasa kosong. Semata-mata untuk baca je. Solat semata-mata untuk solat je. Kemanisan beribadah dah hilang dan tak dapat rasakan lagi. Dan rasa Allah jauh daripada kita.

Aku takut setiap kali rasa ni datang. Sebab aku tahu ini semua pasal hasutan-hasutan syaitan. Dan the fact that aku tahu kenyataan tu tapi aku tak berusaha untuk memperbetulkan keadaan tulah yang buat aku rasa jauh. Jauh dari Tuhan. Jauh dari yang Maha Penyayang. Dunia aku jadi gelap.

Aku yakin semua pernah menghadapi situasi begini. Maklumlah kita manusia biasa tak lari daripada hasutan-hasutan entiti luar, syaitan mahupun manusia lain. Tapi untuk bangkit daripada masalah itu yang penting.

Ikut pengalaman aku, situasi ni membelenggu hidup aku bila aku start kerja tetap beberapa bulan yang lalu. Aku lalai dengan perkara-perkara duniawi dan selalu sahaja dengan handphone tengok drama korea atau drama melayu. Aku selalu dengar lagu on the way aku pergi kerja. Aku selalu tengok wayang dengan kawan-kawan dan balik rumah lambat. Aku dah mula melambat-lambatkan solat dan merasakan yang benda tu okay je. Aku pun dah tak kisah pasal mak bapak kat rumah dan merasakan dah cukup tanggungjawab aku hulur duit belanja bulanan kat dia orang. Aku dah jadi short-tempered dan sombong dengan adik beradik aku yang lain sebab aku dah bekerja. Sekarang aku rasa malu dan rasa awful mengenangkan perangai aku.

Tapi aku bersyukur sangat Allah beri aku kesempatan untuk sedar semua tu. Kemanisan iman yang aku tak rasa lagi selama ni adalah disebabkan hati aku telah kotor dengan maksiat dan segala benda duniawi dengan mana selama ni aku sibukkan diri. Aku tak kisah kalau ibadah aku tergendala disebabkan perkara duniawi. Astaghfirullah.

Dan bila aku dah sedar akan semua tu, aku berusaha sedaya upaya aku untuk berubah. Aku tak nak terlambat. Aku tak nak sampai hati aku jadi hitam baru aku nak berubah. Aku tak nak rahmat Allah jauh daripada aku. Na’uzubillah min zalik.

Jangan ingat perjalanan nak berubah senang. Senang macam menceburkan diri dalam ‘kemanisan’ bermaksiat. Ia mengambil masa dan usaha dan kerajinan dan istiqamah.

Apa yang aku buat semasa proses aku nak berubah:

1. Aku jaga waktu solat aku. Apa-apa yang terjadi aku mesti solat dulu. Walau susah sekalipun aku akan berusaha dahulukan solat atas apa-apa yang aku nak buat. Jadikan solat priority aku.

2. Baiki hubungan dengan keluarga. Terutama ibu bapa. Aku kurangkan keluar rumah untuk jumpa kawan-kawan. Aku tolong-tolong mak buat kerja rumah. Tak melawan cakap dia orang dan cakap baik-baik. Aku try untuk spend time dengan adik beradik aku yang lain.

3. Jadi orang yang pemurah. Kalau boleh bersedekah tak kira kat mana-mana pun. Bagi aku, aku dah biasakan bagi adik-adik aku duit belanja untuk sekolah sebab aku pernah terbaca sedekah kepada ahli keluarga yang memerlukan lagi banyak fadilatnya selain pahala, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim.

4. Berdoa – berdoa supaya Allah menjauhkan aku daripada segala godaan dan hasutan syaitan. Dan berdoa secara istiqamah (consistently) supaya Allah tetapkan pendirian dan iman aku supaya aku tak berpaling kepada kebatilan lagi.

It sure takes a lot of effort to change to be a better person. Aku harap usaha aku nak jadi hamba yang lebih baik di sisi Allah dipandangNya dan aku selalu mohon agar Allah melimpahkan hidayahNya.

Wallahua’lam.

– Bazila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit