Aku kenalkan diri aku seorang sulung daripada 3 beradik.
Sedikit pengenalan, aku berumur hujung 20an, masih bujang dan tinggal dengan mak ayah aku dan 2 lagi adik lelaki.
Yang bongsu sedang belajar di nogori sembilan dan adik bawah aku dah kahwin, aku namakan dia I tapi masih lagi duduk bersama dirumah mak ayah aku ni.
Kira I ni pjj dengan wife dia di negeri berjiran. Sebab dia dan isteri dia masing masing bekerja dan masing masing tak boleh nak lepaskan kerja masing masing atas sebab tersendiri.
So I ni akan balik ke rumah isteri dia pada hari minggu dan kadang-kadang, adik ipar aku ni yang datang tidur sini.
Tiap kali kalau adik ipar aku tidur sini, mereka akan tidur dibilik kelamin untuk mereka kat rumah parents aku ni.
Rumah kami kecil, cuma ada bilik mak ayah, bilik aku, dan satu bilik yang sepatutnya dihuni adik aku yang dua orang tu. Tapi mandangkan adik bongsu aku tengah belajar.
So memang bilik ni cuma I dan wife dia je yang tidur sini hari minggu kebiasaannya. I ni belum ada rumah sendiri. Jadi memang rumah kami ni jadi macam rumah kelamin mereka lah.
Dengan terbatasnya aku sebab terpaksa jaga aurat antara bukan muhrim ni, aku tak ada complaint sangat pasal tu.
Sebab sister in law aku ni pun sama je. Terpaksa bertudung almost everytime sebab aku ada sekali dalam rumah ni.
Perangai I ni aku tak tahulah nak cakap apa. Dia suka menunjukkan betapa sweetnya mereka suami isteri dalam rumah ni.
Saling bersayang-sayang, manja2 bersama depan aku dan parents. Baring atas riba, bermanja manja, ber sweet talker. Macam orang lain tak wujud dalam dunia ni.
Parents aku buat dek je. Aku pun sama. Tapi kadang bila tengah tengok tv, bersweet2 masa aku tengah tengok tv.
Tak ke aku rasa nak muntah? Rasa cringe pun ada. Cemburu? Sumpah tak.
Annoying sikit tu ada. Sebab tak respect privasi orang lain. Ini bukan rumah kelamin korang berdua.
Ini rumah parents aku kot. Kau nak bermanja boleh. Tapi tengok lah keadaan.
Minta maaf cakaplah. Macam tak ada rasa malu langsung. Dengan orang tua lagi tu.
Ada satu lagi isu yang aku serba salah nak taipkan. I dan isteri dia ni kuat berhubungan suami isteri. Dalam seminggu, dua ke tiga kali.
Macam mana aku tahu? Sebab banyak kali aku terdengar. Rumah ni kecil je.
Ada bilik aku, bilik mak ayah dan bilik adik beradik aku tapi memandangkan adik aku sorang lagi tu belajar di negeri, bilik ni digunakan I dan isteri dia sepanjang masa.
Dinding kami ni nipis dan boleh dengar kalau orang berbual. Ini pula bunyi orang berasmara dan sangat kuat sampai aku rasa jiran sebelah rumah pun boleh dengar sebenarnya.
Kadang-kadang aku keluar minum dengan kawan kalau ada aktiviti tersebut, tapi takkan setiap kali berlaku, aku nak kena keluar? Aku juga kerja isnin tu, jadi tak boleh nak sesuka hati tidur lewat.
Sekarang ni wife I pregnant dah trimester tapi aku masih dengar adegan “soft porn” tu almost every week.
Means setiap kali mereka tidur sini, confirm aku akan dengar.
Aku rasa malu dan segan sangat sebab ni bukan benda biasa aku dengar.
Banyak dah aku cuba alihkan perhatian, tutup pintu, tutup telinga dengan bantal, pasang earphone maximum volume tapi aku tetap dengar paling lama setengah jam atau setiap pagi. Free free je aku dengar.
Walaupun aku ni laki, aku kekok ye dengar bunyi ‘untold sound’ ni sebab aku bukan jenis kaki p*rn atau suka benda-benda macam ni.
Aku nak aja pesan pada adik aku bahawa sekarang ni, kau duduk di rumah orang, bukan rumah sendiri.
Jadi sepatutnya kena ada lah common sense. Ini tidak. Aku yang malu.
Aku dapat rasa yang parents aku pun terdengar ‘bunyi’ tu tapi dipekakkan telinga. Aku dengar tapi semestinya aku tahu itu aib, takkan aku nak tanyakan direct berkenaan tu?
Aku tak ada plan nak pindah rumah kerana rumah sekarang ni dekat untuk aku keluar bekerja. Dan cost effective juga.
Dan bukan semua lelaki suka adegan tak bertapis macam ni ye? Lelaki eksklusif masih lagi wujud.
Ehem..
– Aku Shy & Malu (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit