Hi semua. Saya F,29. Saya seorang passive surirumah. Memang tak ada any income.
Since habis belajar, saya memang terus bekerja & tahun ni resign sebab ikut suami pindah rumah and stay dekat KL.
Saya sedih, tadi saya bancuh air sunquick & letak atas meja. Anak saya dengan berjengket kaki nak try capai cawan atas meja, lepas tu sambil tinggi kan suara & mendengus, suami cakap “eee mak ko lah ni letak air atas meja”.
Terkejut saya. Memang lah anak saya try nak ambil cawan tu tapi tak tumpah pun lagi air tu.
Suami saya memang ada perangai bila dia stress, dia akan lepaskan stress tu pada saya. Saya tak tahu lah apa yang dia stress hari ni sampai saya pulak dia aim nak marah2.
Phone saya ni, saya guna phone arwah ayah. Dah 5 tahun dah umur phone ni since arwah ayah beli & saya guna sampai sekarang. Screen phone ni dah retak & memory pun dah full. Phone pun asyik hang je sebab phone dah lama.
Suami saya guna line M**is & 2 tahun lepas suami dapat keluarkan K**P sebab ambil skim pencen.
Duit yang suami dapat tu dia beli IPhone 14 cash & tak bagi saya sikit pun merasa duit dia tu. Time tu saya kerja lagi.
So lepas 2 tahun contract phone, suami boleh ambil phone baru so suami suggested saya untuk ambil phone baru.
Ktorang pergi lah survey phone dekat M**is centre. So saya berkenan dengan phone Android ni tapi kalau nak ambil kena bayar RM700.
Suami cakap “ambil lah phone yang ni, nanti awak just bayar RM700 je dari harga sebenar”. So saya pun allocated saving saya untuk beli phone baru. Phone baru tu kena beli Dec nanti.
Semalam husband cerita, dia menang bid no plate baru untuk dia letak dekat motor RXZ. Dia menang bid no plate tu RM750 je.
Bila saya dengar tu, terasa nya saya. No plate boleh pulak bid dengan harga sama phone saya tapi saya ni sampai berkira-kira saving nak beli phone baru. Sedih nyaa.
Baru ni saya puasa ganti, teringin nak makan makanan Korea & pergi lah beli makanan tu tapi saya bayar sendiri guna sisa duit saving time kerja dulu. Saya last kerja May 2024.
Suami buat macam tak kisah je, takde pun terasa nak bayarkan makanan tu yang harga RM21.
Mahal sangat ke makanan harga RM21 tu? Tapi bila lepak, suami willing nak bayarkan air minum untuk kawan2. Terkulat-kulat saya pandang je suami buka wallet & bayarkan.
Sedih lah saya. Waktu saya kerja dulu, saya beli je apa yang saya rasa nak makan sebab macam self reward untuk diri saya.
Tapi lepas jadi surirumah ni, saya banyak pendam je apa yang saya nak makan. Padahal jadi surirumah ni penat jugak, tapi tak dapat nak self reward selalu.
Kalau saya teringin sangat, saya beli je apa yang saya nak makan guna duit saving, lepas tu suami pun tumpang makan sama. Sedih tak korang jadi saya?
Kalau saya sedih, saya tengok luar rumah sambil termenung lama sangat.
Saya tengah job hunting ni. Korang doakan lah saya Puan Nurul untuk dapat kerja. Doakan saya dipermudahkan segala urusan untuk bekerja macam before ni.
Mungkin bila bekerja, jumpa ramai kawan, tak ada lah rasa sedih. Bila dah bekerja, saya nak pergi me time, nak food hunting dengan anak.
Korang letakkan saya dalam doa korang yee semoga dipermudahkan urusan untuk dapat kerja asbab tumpang rezeki anak.
Lega sikit dapat meluahkan perasaan. Kalau ada job vacancies yang korang tahu, letak lah dekat komen, nanti saya baca satu2, saya apply kerja.
Thank you korang sudi baca luahan saya.
– Puan Nurul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak jangan pendam dan diam, suruh je die bayar..easy peasy..apa2 pon saya doakan awak dimudahkan urusan untuk dapat kerja
OMG stop hanging out with men that don’t even like you!
Sedekah kepada ahli keluarga lebih baik dari sedekah kt org luar. Cakap je kt suami awak, itu tanggungjawab dia. Nak pape minta kt dia jangan pendam. Semoga Allah mudahkan urusan awak.
Dah dapat kerja nanti…jgn bagitau gaji sebenar. Bagitau je min gaji tu. Kalau dia suruh tong2 belanja rumah.. kau jgn pulak ikut jer. Kelentong la nak tambah saving school anak, medical card, minyak tol. Saving kecemasan.
Laser dpn dia.. dah merasa mengemis dgn suami sendiri masa tak kerja. Kedekut dgn anak bini. Dgn kwn2 elok pulak..
Kerja rumah nnt pun kau berkira jgk. Sama2 kerja sama2 penat sama2 jaga anak. Kalau dia dok bunyi jgk.. Kau insists stop beranak dah kalau mcm ni perangai dia.
Kau ada duit nnt treat yourself and anak je. Tak payah tunjuk depan dia. Belanja yg perlu mesti mintak dgn dia. Bini ni kalau dia dah sayang dia sanggup je berkorban. Tapi kalau dah si suami berkira nak mati mcm ni.. walaupun tu sah2 la tanggungjawab dia bg makan anak bini…sila ajar smpai dia paham bahasa.
Sedih dengar kisah kamu dik. Awal kerja dulu sy hanya gaji 3K tapi boleh provide semua pada wife (surirumah). Semoga bersabar dan dipermudahkan urusan.
I feel you, sis. Sebijik macam apa yg saya rasa. Situasi pun sebijik. Kenapa ya lelaki berkira sangat ngan bini?
adik jgn jadi bodoh dik . awak tu isteri, tanggungjawab suami tu utk jaga awak. nak apa2 mintak je , awak buat malu mcmni mmg tak dapat apa la dik . kita ni isteri pun tahu kemampuan suami macam mana, bukan awak minta banglo pun. setakat nak minta dia bayar kan murah2 tu, mintak je. xpayah nak jaga sangat perasaan laki awak sampai perasaan awak tu terabai. syg diri sendiri dulu dik, awak baru kawin dah mcmni, mcm mana awak nak hadap seumur hidup dgn suami awak ni ? cari solution dik, jgn pendam. nak apa2 bgtahu direct dgn suami. dia bagi tak bagi, belakang cerita. yg penting awak mintak.
Masa saya jobless kejap dlm 5 bulan..tak pernah keluar dari mulut dia nak tolong byr bil2 rumah walaupun sblum ni mmg saya yg bayar..macam dah jadi tanggungjawab saya pulak byr bil2 rumah..semua pakai saving sendiri.. skrg saya dah kerja, and slow2 suruh dia byr semua bil2 rumah.. semoga awak dapat kerja dan ada pendapatan sendiri..
waaaa sebab tu perempuan perlu ada duit sendiri. saya doakan semoga puan nurul di murahkan rezeki untuk dapat keja gaji lebih besar dari suami sendiri. InsyaAllah..
mcm suami sy..sy memg mintak wlpn kami sama keje..tapi xsmpi hujung bulan dia salu mengadu xde dh duit..pinjam duit kt saya..pastu dia bagi alasan sebb saya selalu minta beli mknn mahal dlm hrga rm20+ lebh je….itu pun sekali je ..itu alasan dia kata drag bajet sehgga xckup duit ..saya syukur sebb ada keja ..sekrg ni apa2 mmg saya self reward dgn anak..n saya doakan puan pun dapat keja..dmudahkn urusan..
Mcm suami saya waktu saya bhenti kerja sblom bersalin ank pertama.. mula berkira kira n kedekut.. sampai satu tahap, saya berhenti doa utk dia n nmpk Allah tarik 1 per 1 rezeki yg dia ada n jatuh terduduk.. sampaikan nk bayar duit sewa rumah tak mampu n baru tahu malu minta tolong saya kluarkan dyit KWSP utk bantu dia n makann harian guna duit jualan kecilan saya.. slpas dari tu agak nya Allah dah jentik hatinya utk sedar n tak lagi kedekut walau 1 sen ngn anak bini.. Alhamdulillah.. skrg hidop serba serbi mncukupi walau tak kaya