Bila Kahwin Tidak Sekufu

Assalamualaikum wbt semua. Hari ni aku nak story sikit pengalaman aku kahwin dengan suami selama 8 tahun, tetapi keluarga aku dan suami bukan sekufu.

Dulu, waktu belajar agama kat sekolah, aku pelik jugak, kenapa sekufu ni antara aspek penting nak cari jodoh perkahwinan. Sebab bagi aku, penting ke kita cari orang yang background sama?

Asalkan satu sama lain boleh tolak ansur, kira okay laa kan? Tapi, ternyata aku silap. Benda ni aku story berdasarkan pengalaman aku sendiri, yang lain aku tak tahu lah sama ke tak dgn aku ni.

Ceritanya, kami tak sekufu dari segi background keluarga. Parents in law aku merupakan golongan bekerja, dua dua masih kerja dan gaji memang lumayan. Education diorang pun tinggi, dan gaya hidup pun agak mewah.

Manakala, family aku pulak, ayah dah lama meninggal dunia, ibu pulak berniaga kecil kecilan. Family aku dulu susah, cuma bila semua adik beradik dah besar, baru financial family okay sikit.

Jadi, aku nak sinopsis sikit perjalanan hidup anak orang kaya kahwin dengan anak orang miskin. Ala, macam drama TV3 selalu tayang tu.

Bila aku mula mula kahwin dengan suami, takde isu ape pun. Semuanya okay sahaja. Tapi bila dah bertahun tahun kahwin, ada ketika nya, hati ni memang terguris guris dengan keluarga mertua dalam peristiwa tertentu.

First, aku ni datang dari keluarga yang susah. Aku tak pernah beli barang barang branded, memang selalu beli yang tiada jenama.

Aku pernah beberapa kali bagi hadiah pada ibu bapa mertua, tapi mereka tak pernah pakai apa yang aku bagi.

Selama bertahun tahun, memang aku tak pernah sekali pun nampak mereka pakai apa yang aku bagi kat diorang. Mungkin sebab barang tak berjenama barangkali.

Terasa hati tu ada, sebab aku teringin juga tengok diorang pakai dan hadiah aku bagi tu memang beli mengikut kemampuan aku. Untuk elakkan hati aku terluka, aku stop dah bagi hadiah pada diorang sampai sekarang.

Keduanya, ibu bapa mertua sering membandingkan kerjaya pencapaian setiap anak anak. Benda ni paling stress sekali.

Bila balik gathering satu family saja, mesti ibu bapa mertua akan tanya pendapatan dan asset kami. Dan paling tak best, bila kena bandingkan dengan orang lain.

Dan bila antara adik beradik yang ada beli asset lebih, boleh nampak layanan berbeza diberikan. Aku dan suami kerja biasa biasa sahaja.

Asset pun cukup cukup makan. Jadi, part ni aku dan suami lebih banyak berdiam diri.

Ketiga, bila aku post apa apa pencapaian aku dalam hidup, mesti tiada sambutan.

Pencapaian aku kecil kecil sahaja, tapi mestilah rasa nak share pada family sebab gembira. Tapi moment tu akan jadi hambar sebab bagi ibu bapa mertua, itu hanya lah benda kecik sahaja.

Benda ni laa aku banyak mengadu pada suami. Sebab aku rasa seolah olah tak dihargai, seolah olah aku ni bukan sebahagian dari keluarga suami.

Jadi, apa apa pencapaian aku dapat capai, aku hanya akan share pada family aku sahaja.

Dan benda paling tak best bila anak orang susah macam aku ni, kahwin pulak dengan anak orang kaya adalah bila aku dipandang rendah. Apa apa aktiviti pun, atau kejadian pun, diorang akan anggap seolah olah aku takde duit.

Aku nak start bisnes sendiri pun, atau nak beli emas pun, diorang akan ingat aku mintak duit pada suami. Sedangkan, aku ada duit aku sendiri, dan memang barang apa pun yang aku nak, aku beli dengan duit aku sendiri.

Aku dulu hidup susah, hidup berdikari, apa pun nak memang kena struggle sendiri.

Dan, sebenarnya banyak lagi kejadian yang kadang kadang buat aku terasa, tapi diamkan saja. Benda ni realiti. Aku dah terkahwin pun, dan hadap saja lah benda ni sampai tua.

Sebab tulah aku rasa penting sangat cari jodoh sekufu, yang sama level, sebab pemikiran dan persekitaran pun dalam circle yang sama. Bila sekufu, masing masing pun boleh terima satu sama lain dengan baik.

Sekian dari Kak Nor untuk rujukan orang single.

– Kak Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *