Assalamualaikum. Semoga penulisan dapat membuka mata hati kita semua lagi-lagi kepada mereka yang memilih untuk berniaga.
Aku syafiqah, seorang home bakers menjual produk homemade roti dan biskut. Sebelum ini aku seorang yang tidak tahu berniaga, jadi semua benda aku buat seorang.
Tapi hajat di hati memang aku dah lama fikir bahawa satu hari nanti aku akan keluarkan produk2 kek pula.
Malangnya belum sempat lagi jadi aku fokus dulu pada roti dan biskut. Dalam masa yang sama aku masuk kelas-kelas PJJ untuk dapatkan dan belajar resepi-resepi kek.
Aku selalu buat kek yang aku belajar tu untk makan sendiri dulu, dan setiap kali buat aku akan up di status whatsapp dengan caption, “in shaa Allah satu hari nanti saya akan keluarkan produk kek pula ya”.
Maka bila gambar gambar kek selalu lalu, kenalan-kenalan terdekat memang tahu hajat aku. Tapi aku akhirnya makin sibuk dengan bisnes roti dan biskut, jadi aku tidak lagi berkesempatan buat kek selalu.
Nak dijadikan cerita, dalam group whatsapp taman perumahan yang aku duduk, ada seorang akak ni aku namakan dia Kakza.
Dia buat part time buat kek. Baru je dia start buat kek. Siang dia kerja office. Ada masa dia jual kek. Macam-macam kek dia jual. Dan aku juga selalu beli dari dia.
Memang sedap kek dia. Kenapa aku beli sedangkan aku pandai buat?
Kerana, bila kita membeli sesuatu makanan daripada orang, bukanlah bermakna kita tak pandai buat.
Fikirkan ya, adakah orang yang beli nasi, beli sarapan bihun goreng, beli kuih muih, beli buah potong tepi jalan, beli lauk di kedai, adakah mereka beli kerana mereka tidak pandai masak?
Tidak pandai potong buah? Semestilah tidak. Mungkin dia sibuk, mungkin dia teringin dan nak makan segera, atau mungkin dia penat jadi tak berapa rajin nak masakam
Begitu jualah aku. Aku beli kerana aku memang suka makan kek malangnya masa tak mengizinkan aku untuk buat. Dan kadang tu aku nak makan sikit je, jadi baik beli.
Aku ada cakap pada Kakza, saya juga biasa buat kek tapi sekarang dah tak berapa sempat sebab sibuk. Tapi in shaa Allah nanti bila semua dah stabil saya berhajat nak jual kek juga satu hari nanti.
Dia cuma balas oh yeke.. bagi aku dia pun faham sebab aku sekarang full time home bakers. Jadi aku fikir dia faham kerana kek juga termasuk dalam kategori bakery.
Aku dan Kakza tu ada hubungan yang baik sebagai rakan setaman walaupun rumah kami jauh , aku dibahagian depan, dia di belakang. Taman kami besar.
Dia juga adakala aku tengok ada jual roti dan biskut yang sama dengan aku. Tapi aku tak kisah semua itu, adalah perkara biasa dalam berniaga jika orang jual produk yang sama. Hubungan kami kekal baik baik saja.
Satu hari, Kakza ambil keputusan untuk berhenti kerja. Aku tahu pun dari status dia.
Katanya dia nak fokus berniaga. Sebab aku tengok perniagaan dia memang maju, ramai customer dia, alhamdulillah rezeki dia. Aku ada mesej dan doakan dia semoga terus sukses.
Dan aku pula, Makin lama, aku mula pandai urus hal berniaga, dan aku mula ada pekerja dan juga agent. Alhamdulillah. Jadi akhirnya aku mulalah keluarkan produk-produk kek yang telah aku belajar selama ini.
Semua kek yang aku jual adalah kek-kek yang selalu aku up di status whatsapp sebelum ini. Ada tiga empat jenis kek kebetulan sama dengan Kakza tu jual.
Oh ya, aku mula jual kek ni kira-kira setengah tahun lepas Kakza berhenti kerja. Tapi aku tidaklah jual kek saja, aku masih jual roti dan biskut, dan aku tambah produk kek.
Dah ada pekerja jadi bolehlah buat, aku memang ada industry oven sebab aku jual roti dan biskut. Senang bakar sekali harung.
Tapi, produk kek, TIDAK PERNAH sekalipun aku post dan promot di group taman kami, sebab aku cuba jaga hubungan baik dengan Kakza.
Aku tak nak Kakza fikir aku cuba caras dia sebab aku memang langsung tak berniat begitu. Aku hanya menjual kek pada agen-agen aku.
Dan aku post di status saja yang mana kenalan yang tengok status aku tu bukanlah orang taman saja, tapi kawan kawan di lain2 tempat juga ada.
Aku memang sediakan penghataran ke kawasan yang jauh-jauh.
Malangnya Kakza tak kental hati. Tiba-tiba aku perasan tiada lagi status-status Kakza lalu di whatsapp. Bila aku buka nombor dia, tiada lagi gambar dia. Kosong.
Aku cuba bersangka baik mungkin dia padam gambar. Aku ke facebook, taip namanya, tiada. Maka fahamlah aku dia dah block aku.
Ada seorang kawan taman, hantar screenshot status whatsapp Kakza dan FB post dia pada aku. Kakza tulis, dia kecewa, kenapa mesti tiru dia. Kenapa jadi talam dua muka.
Pumpam pumpan dia tulis macam-macam di status.. umpama meroyan seorang diri.. dan kata-katanya amatlah sinis..
Walaupun dia tak sebut nama aku, tapi kalau dia dah block aku, takkanlah dia tujukan pada orang lain kan.. aku rasa sedih.. dan terkilan.
Betapa aku cuba jaga hati dia selama ni, betapa aku fikirkan dia sebabtu aku tak pernah iklan kek aku di group taman, tapi aku dituduh talam dua muka..
Dia bercerita banyak hal buruk tentang aku sedangkan ia langsung tak betul.
Dia ada jual roti.. dia ada jual biskut yang sama dengan aku.. sikitpun aku tak pernah kata apa.
Bila aku jual kek, yang hanya tiga jenis je sama, lain-lain kek tak sama pun, terus dia block dan bercerita buruk tentang aku. Aku rasa kecewa.
To Kakza dan semua pembaca, penting untuk kamu tahu, jika kamu memilih untuk berniaga, kamu kena ada sekeping hati yang kental. Orang berniaga kena kuat fizikal dan mental.
Matanglah. Jual benda sama adalah perkara yang terlalu biasa dalam berniaga. Kau tak boleh expect bila kau dah jual benda tu, means orang lain dah tak boleh jual.
Kata nak bukak bakery, tapi cabaran sekecil ini pun dah melatah, macam mana nak hadapi cabaran yang lebih besar?
Aku memilih untuk diam saja. Kerana bercerita buruk tentang orang hanya akan membusukkan nama sendiri.
– Syafiqah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit