Assalamualaikum semua.
Macam biasalah yang tulis kat sini semua confess bukan nak mengumpat tapi last-last memang nak mengumpat. Jadi memang kakak akan bagitahu awal-awal memang kakak nak mengumpat. SEBAB nak menolong orang-orang yang tak pandai nak cakap NO ni lah.
Orang-orang yang tak tahu nak cakap NO ni, selalunya akan dipergunakan sampai lembik oleh orang-orang yang opportunist, sejenis golongan yang nak urusan dia sahaja yang selesai, urusan orang lain; lantak ko lah labu.
Orang-orang macam ni, malangnya berlambak kat universiti. Setakat satu dua tiga U yang kakak masuk, yessza, memang asyik menghadap jenis orang yang macam ni.
Paling menyedihkan, pada tahap kakak sekarang, level kekejaman si opportunist itu semakin menebal. Tak tahulah ia disebabkan orang yang berbeza, level of education ke hape ke kakak tak tahu. Tapi memang itulah yang kakak rasakan.
“If i being asked by someone to help, i will surely help. But if they refuse to help me, im not going to be mad at them”.
Yeaa..even golongan ini boleh dengan murninya bercakap ayat yang atas tu masa borak-borak sesama coursemate, believe me, she or he hanya nak push orang-orang yang tak tahu say NO ni sehingga memang tak boleh dah nak say NO if she or he mintak tolong. Pendek kata dia dah insert siap-siap dah doktrin dia secara santai tanpa disedari.
Paling menyampah, orang-orang yang selalu jadi mangsa ialah orang-orang yang suka sangat tolong orang. TOLONGORANG.COM. Yang sedihnya, yang kuat menolong orang ni lah yang paling lemah sekali dalam group. Tolong orang bagai nak rak.
Padahal nanti masa engkau terkapai-kapai struggle menaip assignment, struggle nak study nak cover balik masa yang terpaksa di spend untuk selesaikan urusan peribadi si opportunist tu, set-set dia boleh buat kembang hidung, buat steady sebab dia punya assigment, dia punya study dah setel.
Malas lah nak tuduh, tapi berdasarkan pemerhatian, ada sikitlah penyakit hati bila manusia jenis ni memang tak ada rasa bersalah nak mempergunakan masa orang untuk kepentingan peribadi. Contoh, macam nak pegi beli tiket, nak pegi beli baju raya, nak pegi shopping jajan, nak pegi renew lesen matilah and the list keep goinggg…Even set-set ini boleh bayarkan tambang, bayar duit kereta sewa dsb, tapi still “masa-masa tambahan” orang yang digunakan tu tak dapat dicari ganti.
Kepada adik-adik yang takut sangat nak cakap NO, memang lagilah set ni suka. Dia akan eksploitasi adik-adik dengan ayat-ayat yang k******g manis dan adik-adik terpaksa telan walaupun ketidakikhlasan dan ketidaklogikan si penutur tu tersangatlah obvious.
Ok, korang bayangkan situasi bawah ni berlaku hampir-hampir dengan Dateline or Exam. Contoh situasi:
A: Dura, tadi mak aku fonlah…die macam sedih aku lama tak balik tengok dier…[mengumpan]
B: Ohh..kesiannyee..dah tu? [Terpandang umpan]
A: Itu laa..aku tak sampai hatilah..ingat nak balik..tapi memikir nak gi beli tiket tu macam tak jadi ah plak..jauh kowt..ajak Mimi dia cakap dia ada hal..[melemparkan kail]
B: ohh..dah tu..?
A: tu arr..ingat nak ajak ko, tapi kalau ko busy nak study..xper aa..kesian pulak ko nak study..esaimen ko dah hantar? [Menggerakkan umpan]
B: Hhmm..tu lah..aku belum start study lagi..baru je siap hantar esaimen tu..kalau ko boleh tolong aku study nanti, ok je..bacakan nota masa aku drive nanti yer..beli tiket jap je kan? [Termakan umpan]
A: ok-ok, nanti papehal, tanyer jer k..tanyer jer..ala..tapi ko kejap je tu, otak macam scanner. Sekali baca terus lekat..dunworry takde pe nye..[Mengen***g manis]
Dalam kete:
B: ko tolong bacakan kat aku yer..kalau kau nak explain pape step, important points pun ok. Aku memang tak sentuh lagi ni nota ni..
A: sorry beb, aku dalam kete pening lah kalau membaca..lagi pulak aku sekarang takleh focus..[saat ni si B terpaksa menelan k******g manis si A]
Yesssza…
(Lastly, si B tu kojol je study sorang-sorang. Yang si A happy unlimited, study setel 7-8x, tiket setel. B? Ehh..dia tak mintak tolong aku pun lagi dah..lagi pulak aku nak tido ah..pening kepala tadi kena panas. Die kne paham lah..aku pun period tak datang datang dah tujuh tahun dah ni..ini lagi penting)
Tak tahulah universiti adik-adik ada ke tidak orang perangai camni, tapi orang-orang macam ni, bila dia dah tak nampak kepentingan bergaul dengan orang yang dia boleh buat jadi kuli tu lagi, dia akan buat tak endah saja. Ada je alasan, nak balik cepat lah, rasa tak selesa nak study kat kampuslah, ada hal lah, silap-silap haribulan dia buat tak kenal kau terus.
Banyak-banyak lah berdoa semoga kita tak dipergunakan oleh makhluk yang opportunist jenis ni. Disebalik gambaran positif yang set-set dia tonjolkan, ramai sebenarnya yang dia sembelih hidup-hidup. Dan akhirnya, semua kejayaan dia tu atas usaha dia sendiri tanpa menyusahkan or menganiaya orang lain. Macam akhirat tu teda suda baa..kao..Kannn?
HAHAHA.
– Tolong Orang.com
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit