Assalammualaikum semua, Aku kenalkan nama aku MAB, bukan nama sebenar. Aku rasa terpanggil nak ceritakan kisah keluarga aku lepas baca kisah “Ketamakan Seorang ibu Tiri” (https://iiumc.com/ketamakan-seorang-ibu-tiri/).
Bukan lah aku nak ceritakan aib keluarga atau apa sekadar nak meluahkan rasa bila berkeluarga besar ni,
Kadang memang betul rasa cemburu tu wujud dan sorang lelaki terutamanya suami kenalah pandai membahagikan kasih sayang dan bertanggungjawab untuk setiap keluarga yang dia sendiri nak menambah dengan sukarelanya.
Kisahnya macam ni, mak aku ni isteri ke tiga ayah aku, isteri kedua dia kitaorang panggil umi. Isteri pertama? Aku tak nak cerita apa-apa sebab aku tak pernah jumpa.
Aku rasa masa aku dan adik beradik aku kecil tak ada masalah sangat sebab mungkin masa tu kami tak tahu pasal tanggungjawab ni semua.
Cuma apa yang aku boleh katakan segala perbelanjaan sekolah dan harian kami adik beradik di tangung sepenuhnya oleh mak aku, sebab mak aku ni bekerja di sebuah syarikat swasta, sedangkan ummi ialah suri rumah sepenuh masa.
Aku ingat lagi ada sekali tu aku nak minta duit belanja dekat ayah aku, tapi aku kena marah balik sebab dia kata dia tak ada duit dan suruh minta pada mak aku.
Tapi bila anak-anak dengan ummi minta apa-apa laju saja ayah aku bagi sebab alasan dia ummi tak bekerja dan jadi tanggungjawab dia untuk sediakan segala keperluan.
Aku masa tu baru 9 tahun, dan aku ingat lagi benda ni sampai sekarang. Bukan aku nak berdendam tapi apalah yang budak 9 tahun boleh fikir sangat masa tu, melainkan rasa terkilan sangat.
Dipendekkan cerita, Alhamdulillah sekarang aku dan adik beradik aku dah berjaya mendapat pekerjaan yang baik selepas masing-masing berjaya dalam pelajaran,
Adik bongsu aku saja masih di tingkatan 5, dan harapnya dia pon akan berjaya dalam pelajaran kelak. Oh adik beradik aku ada 5 orang, dan aku anak ke 3.
Aku ingatkan kisah keluarga aku ni tak ada masalah sangat, rupanya bila dah bekerja ni anak-anak ummi pertikai kan pulak kenapa bila kami semua dah bekerja tak ada yang bagi duit belanja dekat ummi, aikk??
Mak aku yang bersusah payah jaga kami adik beradik, kenapa pulak kami nak kena belanja ummi?
Bukanlah tak ada langsung kami belikan barang dapur atau keperluan rumah untuk ummi, macam sekarang PKP, anak2 ummi tak dapat balik sebab masing2 duduk di negeri lain dan tak dapat balik jenguk ummi dan ayah,
Kami lah yang penuhkan barang dapur umi dan betulkan apa-apa kerosakan di rumah ummi tu (contoh: tukar lampu dan sebagainya).
Ayah aku ni tak ada lah berharta sangat, tapi simpanan dia cukuplah untuk hari-hari tua dia ni,
Masalahnya anak-anak dia selalu nak menghabiskan duit ayah aku sebab takut ayah aku guna duit dia untuk perbelanjaan kami, ada sekali tu anak-anak ummi nak renovate rumah ummi,
Katanya mereka adik beradik akan kongsi segala perbelanjaan, tup2 bila rumah siap, mereka keluarkan duit simpanan ayah untuk bayar kos renovate rumah tu.
Benda ni aku dapat tau sebab ayah sendiri cakap kat aku duit simpanan dia dah sikit sebab bayar tukang rumah, ni kejadian beberapa tahun lepas sebelum corona wujud.
Mungkin sebenarnya banyak saja kisah2 keluarga “besar” macam ni yang bahagia, tapi rezeki aku lah dapat keluarga macam ni.
Ikutkan banyak lagi aku nak share tapi aku takut ada kalagan keluarga yang dapat hidu cerita ni, entahla ikutkan aku malas nak share tapi kadang aku geram jugak.
Cukuplah setakat ni dulu cerita keluarga besar ni.
– MAB (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit