Assalamualaikum.
Saya nak menulis dengan santai. Semoga yang membaca tak rasa serabai, (bukan kuih serabai)
Saya cuba untuk tidak tunjuk jari telunjuk kat orang. Yah, tunjuk kat diri sendirilah, senang. Hi hi (mood ketawakan diri)
Bila le nak pandai?
Saya ni tak pandai. (Tapi jangan disebut bodoh, rasa sedih pulak) . Yah, lambat pandainya walau umur dah lima dekad tambah setahun.
Hat mana tak pandai? Banyak.
Setahu saya, ketidakpandaian saya berlaku sejak usia dua dekad tambah lima. (Betul ke istilah tu? Lantaklah. Baru kena dengan tajuk)
Saya tak pandai menjalankan peranan saya sebagai seorang isteri yang didambakan oleh suami.
Yalah, sudah la tidak pandai meminta/ bodek. Dah tu, pandai-pandai menyelesaikan permasalahan ekonomi rumah tangga. Kan ini salah?
Saya gagal menjadikan suami saya seorang hero yang menjadi penyelesai masalah.
Saya ni juga tak pandai nak serik. Ntah berapa kali kena tengking dengan suami setiap kali bergaduh, saya masih boleh okey juga. (Takkan nak tunggu ‘tangan’ kot?).
Bab ni, saya memang Melayu. Melayu mudah lupa. Lupakan perbalahan jernihkan perhubungan. Hah, gitu.
Satu lagi pasal tak pandai ialah saya tak pandai nak bergaya. Perempuan sepatutnya pandai bab ini.
Saya jenis pakai apa yang ada. Suami pula, setiap bulan beli baju, seluar baru. Seluar sukan, jalurnya sama dengan warna baju T. Kasut lebih daripada sepasang.
Saya tak mengata. Saya cerita sahaja. Duit dia, bukan pakai duit saya pun. Cuma saya nak kaitkan ketidakpandaian saya dan kebergayaan suami. Tu jer.
Dah tu, saya juga tidak pandai mendidik anak-anak.
Yah, Siti,Siti . Saya hanya bagi nasihat. Hantar tuisyen. Doa. Hanya itu yang saya buat.
Apabila anak kurang sukses, telinga mendengar, “memang salah mak bapak anak cam gitu”
Tapi, Allah saya syukur sebab ada juga anak yang sukses. Yang sederhana dan lemah tu, saya simpati. (Saya pun bukannya straight A)
Rasanya daripada kau orang berhenti membaca, lebih baik saya berhenti menulis.
Sebelum tu, biar saya sambung sikit.
Saya rasa masih belum pandai walaupun dah berbesan.
Anak saya berkahwin baru-baru ini.
Sambil buat home tour dia pun cakap, “Mak, mentua cek bagi belanga 5 beradik, kuali 3 sekawan, sampai kawah pun mak mentua bagi.
Tupperware pun dia bagi mak ooi. Tu bekas beras tu, bukan tipuware mak.
Belambak koleksi tupperware dia, mak. Sampai pisau 4 beranak ni pun mak mentua cek bagi. Set pinggan mangkuk, cawan, bla bal bla. Bla bla, bla” (Tak larat kami nak hafal)
Saya ni pulak dengan penuh polosnya, happa pun tak bagi.
Hari tu, saya dah tanya dia, ada apa-apa ka yang hang nak? Dia kata “Laki cek dah sediakan semua dah”.
Dah tu, saya tak bagi la apa-apa perkakas rumah. Hadiah kahwin dia pun berlambak. Blender jer dah sampai 2, 3.
Adapun, saya bagi angpau aje lah. Saya ni, mak tak pandai kan? Besan saya lah yang pandai. Hu hu. Bilalah hang nak pandai, Siti?
Siti, bila la hang nak pandai? Tak lama lagi, saya pandailah : )
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit