Bila Lelaki Bergaji Kecil

Maaf andai penulisan aku ini tidak mencapai piawaian tatabahasa melayu. Tujuan penulisan aku ini untuk meluah segala dilema aku yang tiada penghujungnya.

Aku mengharapkan pandangan dan semangat dari pembaca semua terhadap penulisan aku ini terutama pandangan daripada orang2 yang dah berkahwin.

Aku pekenalkan diriku sebagai Aini. Bekerja dalam sektor kerajaan. Berusia dipenghujung 30-an. Pasanganku Ali, kami sebaya dan Ali bekerja dalam sektor swasta.

Dilema aku bermula setelah kami merancang untuk mengakhiri zaman bujang pada tahun 2022. Selama ini aku tak pernah nak bertanya detail dari segi pendapatan Ali.

Tapi sejak Ali berterus terang denganku mengenai pendapatan kasarnya hanya RM17++

Aku diuji dengan perasaan takut terhadap ketidakcukupan selepas berkahwin. Otakku ligat mencongak segala komitmen yang Ali tanggung sekarang. Baki yang tinggal kurang dari 1. 2k.

Bermulalah overthinking aku. Aku selalu terpikir cukup ke perbelanjaan selepas berkahwin nanti dengan baki gaji sebanyak tu.

Lagi pula aku perlu PJJ selepas berkahwin nanti banyak kewangan yang perlu digunakan.

Aku risau jika selepas berkahwin aku perlu support kewangan rumah melebihi pasangan memandangkan aku pun bekerja.

Aku tak boleh terima kalau selepas berkahwin perbelanjaan tu aku yang kena tanggung lebih daripada Ali.

Aku pernah meletakkan syarat dalam diriku, yang aku hanya akan membantu setelah gaji Ali dah dibelanjakn semua bahagian yang memang menjadi tanggungjawabnya.

Aku hanya support yang mana tidak cukup sahaja. Tapi bila dah berkahwin isteri mana yang sanggup tengok suami susah. Aku tahu kelemahan aku.

Aku tak nafikan bila gaji aku lebih besar daripada Ali aku terasa lebih ego,

Aku rasa aku mampu untuk beli apa yang aku nak, ego ni membuatkan aku takut setelah berkahwin nanti aku tak mampu nak hormat Ali sebagai suami.

Aku takut kalau aku ada perasaan sering memperkecilkan dan merendahkan Ali.

Ali tak pernah tahu yang aku sebenarnya tak yakin dengan pekerjaannya. Tapi didepan Ali aku sentiasa sokong kerjaya Ali dan beri semangat aku tak nak Ali stress.

Ali dah berkhidmat 5 tahun di tempat kerjanya, tapi hanya dua kali sahaja ada kenaikan gaji tapi tak sampai RM100 pun setiap kenaikan.

Aku selalu berkongsi iklan jawatan kosong dengan harapan Ali mencari peluang pekerjaan yang lebih cerah.

Aku nampak effort Ali nak tambah pendapatan, Ali ad buat job sampingan yang income on off, tapi tetap membuatkan aku rasa insecure.

Ali yang aku kenal baik orangnya. Solatnya terjaga. Memahami aku dan mudah dibawa bincang. Aku selesa dengan Ali. Serba serbi Ali ni dah sempurna dimata aku sebagai bakal suami.

Cuma disebabkan isu kewangan ni aku jadi ragu2 dengan Ali, jiwa aku memberontak.

Aku mula tak yakin pada perhubungan ni. Aku kurang ikhlas untuk menerimanya.

Aku tahu aku kurang bersyukur aku tak patut nak mempersoalkan rezeki yang Allah dah tentukan untuk hambanya.

Tapi aku tak mampu nak tipu diri aku sendiri yang isu ini menggangu aku dalam membuat pilihan.

Aku benar2 dilema patut ke aku teruskan hubungan ini?

Dalam sujud dan doa aku selalu menangis kalau betul Ali jodohku semoga Allah lapangkan hati aku dan ikhlaskn hati aku untuk terima kekurangan Ali, bersedia untuk susah senang bersama.

Tak mudah untuk aku redha tapi aku cuba belajar untuk positifkan diri aku yang rezeki ni datang dari banyak sudut, kebahagiaan bukanlah datangnya dari kemewahan semata mata.

Semoga Allah berikan aku keyakinan untuk bina rumahtangga ini.

Kepada reader semua saya perlukan pandangan, nasihat dan pengalaman daripada kalian. Saya percaya ramai pasangan yang bermula daripada bawah dan bersusah dahulu diawal perkahwinan.

Sudilah berkongsi dengan saya nasihat2 yang dapat membuka minda dan hati saya ini.

Saya terima dengan berlapang hati jika ada sebarang kecaman daripada pembaca.

Assalamualaikum…

– AiniAli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *