Bila Lelaki Hilang Semangat Dan Growth Mindset

Ketika aku berusia awal 20 tahun aku ada banyak cita-cita dan juga rajin bekerja, sehari 3 job tak ada masalah lah walaupun penat teramat.

Mana tak nya kerja seawal 7:30 pagi balik sampai 11 malam tapi itulah kehidupan, keras mat.

Tapi semakin aku tua, aku tak nampak jalan yang benar. Nak sambung belajar tapi aku tak tahu macam mana sebabnya aku pernah gagal STPM dan keputusan tersebut tak boleh guna untuk sambung degree.

Aku takut nak sambung belajar diploma selepas kegagalan di STPM, lama kelamaan aku jadi hilang semangat sampai satu masa aku rasa tak payah kahwin lah hidup je sampai ke tua begini.

Eh sekejap pendeknya, hahaha aku pernah kerja sebagai technician baiki telefon tapi tak ada gaji, si bekas bos ajar cara baiki telefon. Tapi kesudahannya gaduh bila dia dapat tahu aku buat part time diluar waktu kerja.

Kisahnya aku jumpa customer baiki telefon dan aku pun baiki lah telefon tersebut. Dia dapat tahu dan minta 60% keuntungan, padahal yang rosak adalah software android tersebut sesuatu yang dia tak pernah ajar.

Jadi aku gaduh dan aku mula berpindah randah tempat kerja, aku cuba kerja pasar malam, kerja kedai makan, buat blog dan macam-macam lagi.

Tapi aku sedar aku tak kemana, aku dah lost dan tak tahu nak buat apa untuk bina ekonomi aku.

Kerja, makan, solat, tidur adalah rutin seharian aku. Hubungan aku dengan adik beradik pun semakin renggang, waktu raya aku tak nak pergi rumah saudara mara sebab aku malu dengan pelajaran aku.

Sepupu aku yang belajar takat SPM je dah kerja gaji pun dalam RM5000 sebulan, sekarang dah beli rumah. Jadi korang boleh bayangkan betapa malu dan aku mengelak waktu nak hari raya.

Aku ni siapa? Nak kata pandai tidak, nak kata berjaya dalam bisnes pun tidak. Jadi perkara ini buat kan aku cukuplah duit banyak ni, aku pun tak nak kahwin dah.

Sampai lah satu masa aku tertengok youtube meletop tentang seorang instafamous popular, ya instafamous perempuan cantik, mualaf dan kisahnya bagaimana dia memeluk islam sangat-sangat memberi inspirasi kepada aku ni.

Dia sama umur dengan aku dan aku dapat rasakan perasaan suka pada dia.

Satu benda aku sedar, bila kau suka seseorang yang tak sekufu atau level lagi tinggi dari kau.

Kau akan cuba improve kat mana kelemahan kau, dia kaya aku pun nak jadi kaya, dia pandai aku pun nak jadi pandai.

Aku mula cuba guna apa sahaja yang aku ada untuk bina income dan aku nampak banyak rupanya cara untuk buat duit melalui online ni dan ada yang dapat income ratus ribu siap beli rumah lagi.

Sekarang ni perasaan tak nak kahwin, nak hidup macam ini je tak ada.

Telah digantikan dengan perasaan nak improve diri, nak kahwin dengan dia, nak jadi suami yang terbaik.

Cuma yang buat spoilnya kawan aku lah, dia cakap jangan berharap terlalu tinggi.

Ada kawan dia seorang ni suka dengan orang luar negara punya pasal sampai sekarang tak kahwin.

Aku rasa spoil betul dengan kenyataan dia ni. Adehh.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *