Sembilan tahun bukan masa yang sekejap. Saya masih ingat betul — detik mula-mula saya dan suami bina hidup bersama. Sekarang memiliki lima cahaya mata. Alhamdulillah.
Tapi kadang, bukan semua yang kita jaga sepenuh hati akan kekal.
Kisahnya, seminggu sebelum bersalin anak kelima, kami sekeluarga menginap dekat hotel untuk staycation dan terus ke klinik untuk checkup terakhir sebab nak book tarikh bersalin secara ceaser.
Tengah2 nak bersiap, tiba-tiba telefon suami vibrate. Saya seperti biasa tiada rasa curiga check phone suami. Ada notification dari tiktok menyatakan akaun cherry (bukan nama sebenar) reposted a post. Saya pun berfikir, kenapa boleh dapat notification macam ni?
Try google katanya tiktok akan bagi notification mcm ni kalau dua akaun itu selalu berinteraksi. Hati saya berdebar sebentar bila check, ya suami follow akaun perempuan itu.
Saya pun mula jadi detektif tengok2 kalau ada komen suami dalam akaun cherry tapi tiada. Sy terus block akaun tu guna akaun suami.
Keesokan harinya saya check lagi phone suami, dia dah unblock cherry dan follow lagi. Saya block kembali tanpa pengetahuan suami. Kisah block unblock berlanjutan sehingga dua hari sebelum saya bersalin.
Pagi itu phone suami bergegar lagi dan saya check ada notification dari michat.
Bila check chat dalam apps tu suami saya mencari perempuan yang nak mela***p. Tangan saya menggigil tapi cuba berlagak tenang. Saya gambar sebagai bukti.
Malam itu tidak tahu apa yang menggerakkan hati saya. Saya cuba cek gallery dalam folder hidden, dan bom! Seperti bom meletup ya ada di sana.
Bukti suami saya mela***p bersama seorang perempuan yang tidak dikenali saya percaya kenalan dari michat. Bukti itu ialah screen recording.
Dengan tangan yang menggigil saya sepantas kilat hantar bukti melalui airdrop untuk disimpan sebagai bukti. Tengok banyak sangat drama kan jadi nak marah apa2 bukti penting mesti ada.
Bayangkan dua hari sebelum nak bersalin anak kelima, dunia yang saya kenal runtuh sekelip mata.
Satu video, satu bukti — cukup untuk buat dada sesak, tangan menggigil, dan hati seolah-olah tak lagi ada bentuk. Curang. Satu perkataan yang dulu hanya saya dengar dari kisah orang lain, tiba-tiba jadi cerita hidup saya sendiri.
Waktu tu, saya tak tahu nak marah atau menangis. Saya cuma diam. Mungkin sebab dah terlalu sakit, air mata pun rasa tak berguna. Dalam kepala cuma satu benda: *“Aku tak boleh rebah sekarang. Aku nak lahirkan anak aku dengan selamat.”*
Malam itu saya bersemuka dengan suami dengan linangan air mata dan bayangan video itu yang penuh jijik. Suami minta maaf dan janji tak akan ulang lagi. Sungguh saya tak sangka suami boleh pergi sejauh ini.
Selama ini suami saya suami yang baik penyayang. Tidak pernah tinggi suara dengan saya dan sangat rajin menjaga anak-anak. Tapi saya tak tahu mana silapnya.
Suami membuat pengakuan dia ada ketagihan porno. Perempuan itu pula cuma hanya pela**r di apps yang menawarkan perkhidmatan dan tiada sebarang chat perkenalan katanya.
Hati saya berkecamuk tapi saya cuba untuk maafkan dia, demi mental saya demi anak-anak dan demi perkahwinan kami.
Lepas bersalin, suami menjaga saya dengan penuh kasih, tanpa mengabaikan anak-anak kami. Sungguh dia jaga. Saya maafkan suami saya tapi susah untuk melupakan. Adakah saya dalam jalan yang benar? Ini persoalan yang sering hinggap di minda.
Setiap malam saya cuba baca kisah di thread yang seperti saya dan akhirnya berakhir dengan perpisahan. Sungguh kisah itu memberi impak yang dalam kepada saya. Melupakannya sangat sukar.
Saya belajar bangkit semula. Bukan sebab dah tak sedih, tapi sebab saya sedar, saya tak boleh terus hidup dalam luka.
Saya belajar maaf — bukan untuk lelaki yang khianat, tapi untuk diri sendiri. Saya belajar reda — bukan sebab saya pasrah, tapi sebab tahu Tuhan tak pernah ambil sesuatu tanpa sebab.
Hari demi hari berlalu kami menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi kisah itu tidak pernah saya lupakan.
Sekarang, bila pandang tiga anak kami bermain, saya senyum. Luka tu masih ada, tapi dah tak berdarah. Saya tahu, dari setiap kesakitan yang Tuhan bagi, ada rahmat yang sedang menunggu.
Dan saya akhirnya faham — kadang Tuhan hancurkan hidup kita supaya kita boleh bina semula dengan tangan sendiri, lebih kukuh, lebih ikhlas, lebih dekat dengan Dia.
Doakan suami saya istiqamah dan terus cekal untuk berubah.
– Mangga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit