Bila M4k Ay4h Lebihkan Perkara Ghaib

Assalamualaikum… ya saya ni Islam. Tapi dari seingat saya dari kecik sejak boleh ingat, ibubapa saya memang kuat percaya bomoh-bomoh. Tak pernah pulak panggil ustaz. Katanya untuk berikhtiar. Tak salah berikhtiar katanya.

Dalam segala hal, mak ayah sakit sikit jumpa bomoh, kalau cucu tak boleh tidur malam panggil bomoh. Saya memang naik rimas sedangkan anak saya masalah perut kembung.

Sepanjang hidup saya 30 tahun ini ada sajalah yang tak kena, orang itu buat orang ini buat sihir, orang itu dengki orang ini dengki. Tengok mak ayah sediakn barang-barang ubatan tu dah biasa sangat.

Saya ni ada adik beradik ramai lah jugak, dan sudah berkahwin kecuali saya yang bongsu masih belajar di luar negara.

Hidup anak-anak mak ayah saya yang dah berkahwin berantakan semua disebabkan mak ayah saya terlalu taksub dengan pakcik yang kononnya boleh berubat.

Kononnya boleh ada kuasa nampak dan tahu apa yang orang buat orang fikir. Banyak la perkara-perkara pelik kalau dengan mak ayah saya ni.

Dengan buah kelapa, bunga-bunga, garam, asam, daun-daun, buah apa ntah lagi yang saya pun tak tahu, air jampi kain kuning kain hitam tanah liat tanah hitam macam-macam lagi lah. Dulu saya pun hampir percaya.

Kakak keempat saya berkahwin dengan bahagia bersama suami. Selepas kahwin tinggal dengan mak ayah kerana suami dia banyak outstation. Suami pun baik ikutkan sahaja.

Mak ayah saya ni jenis bangsa pentingkan apa orang luar cakap, kak uda minta nak menyewa di tempat lain selepas suami dah pulang ke negeri sendiri tetapi mak ayah tak benarkan.

Katanya elok beli rumah dulu baru lah pindah, nanti apa pula orang kata pindah rumah tapi rumah sewa.

Tetapi biasalah pakcik yang kononnya tukang ubat ni berkata keluarga suami kak uda saya ni bomohkan kak uda supaya mengikut suami apa sahaja. Siap mak ayah tak bagi lagi kak uda saya dan anak dia pergi melawat keluarga mertua.

Mertua kak uda saya sangat baik, selalu meraikan keluarga saya. Saya ni pun suka pergi rumah mereka yang hanya 10km dari rumah mak ayah.

Mak ayah saya ni lagi satu perangai tak bagi makan makanan di rumah mertua kak uda saya. Gila betul. Katanya Pakcik Nuar nampak keluarga mertua kak uda letak macam-macam dalam makanan supaya kak uda dengar cakap mereka.

Allahu, saya tengok keluarga mertua kak uda saya mereka semua jenis kuat agama. Bapa ibu mertua kak uda setiap hari ke masjid.

Saya tak pernah tengok pula mak ayah saya ke masjid, melainkan solat mayat, solat raya atau mahlis tertentu sahaja. Jumaat pun ayah jarang-jarang pergi. Saya pun pelik.

Abanglong, kakngah dan abang cik tinggal di Kuala Lumpur. Kakak kelima dan keenam yang tinggal dengan mak ayah di banglo dua tingkatnya. Kiranya Alhamdulilah lah selesa.

Mak ayah bekas pegawai kerajaan, ketua jabatan dulu-dulu. Itu belum masuk masa diorang bekerja dulu selalu lah saya nak kena ikut mak ayah pegi tabur itu ini di pejabat-pejabat bos mereka atau sesiapa sahaja lah yang Pakcik Nuar bagitau mereka ini berniat jahat.

Paling tak suka bila mak atah nak pergi buang benda kat laut. Ntah apa-apa. Masa ayah accident, pun Pakcik Nuar kata ada orang buat nak ayah mati.

Memang sakit otak semua percaya Pakcik Nuar gila ni senang je dapat duit free. Munafiq betul saya rasa nak baling kasut kat muka dia.

Ni yang terbaru abang cik dah nak bercerai sebab apa? Sebab mak ayah saya lah yang busy body siap bgtau yang Kak Cik sihirkan suami sampai bodoh semua benda harta duit bagi pada Kak Cik dan keluarganya.

Lahhh dah memang tanggungjawab abang saya lah kena tanggung anak bini dia.

Mak saya ni tanggung lah azab menfitnah macam tu. Katanya Kak Cik cintakan lelaki lain pulak. Ohhh sebab Pakcik Nuar lah yang bagitahu mak ayah. Sekali berubat bukan murah, mak ayah saya sanggup berhabis duit.

Gila betul. Saya pun pernah kena paksa mesti berubat dengan Pakcik Nuar ni sebab ada kawan dengki. Eh mak! Saya kat UK sana tak pernahnya ada orang dengki lah.

Saya tak kuasa dia letak segala bagai ubat, tanah, air jampi dalam botol siap 2 kotak untuk dibawa balik ke UK. Sampai KLIA saya buang semua masuk tong sampah. Apa punya pemikiran sampah diorang ni.

AbangLong dan famili dah lama menjauhkan diri dari mak ayah dan keluarga semua disebabkan pernah kena fitnah juga oleh Pakcik Nuar ni katanya AbangLong tanggung mak ayah banyak tu sebab nak harta mak ayah pulak percaya yo yo oh je.

Siap kena fitnah sihirkan keluarga supaya mak ayah ikut cakap abanglong. Kaklong pun kena macam2 juga. Setiap kali pulang ke Malaysia saya pasti melawat abanglong dan familinya.

Kakak kelima dan keenam saya memang sangat terpengaruh dengan mak ayah punya style percaya Pakcik Nuar ni. Itu pasal lah sampai sekarang kak uteh tak kahwin sebab semua jantan yang dia nak tak boleh. Semua jahat, semua hati busuk.

Oh lupa, Pakcik Nuar je yang diaorg percaya. Saya pernah tanya apa kata kak uteh kawin je ngan Pakcik Nuar tu. Bertahun kak uteh boikot saya.

Kak anjang yang keenam saya pun dah sampai berhenti kerja tempat yang bagus-bagus sebab percaya Pakcik Nuar bagitau ada orang dengki kat ofis.

Dari kerja gaji tinggi sekarang mereput kat rumah je lah konon buat bisnes sendiri.

Yang bodohnya tu kak anjang rela hidup susah sekarang kerana percaya sangat semua orang dengki kan hidup dia. Rasa kelakar pun ada, asyik orang itu ini buat pada keluarga saya ni. Cantik sangat ke?? Kaya sangat ke??

Macam mana melayu nak maju dengan mentaliti zaman batu macam ni. Rasanya orang zaman batu dulu pun tau berusaha.

Saya mohon sangat pada Allah siapa lah boleh nasihat mak ayah saya dan keluarga saya ni yang mana percaya sangat Pakcik Nuar ni.

Kak uteh saya tu nampaknya dah siap mengikut sikap, belajar cara-cara berubat yang sama dengan Pakcik Nuar tu.

Pakcik-pakcik saya yang lain dah tak tau nak kata apa dengan mak ayah saya ni. Saya hanya doa setiap hari agar mak ayah saya bertaubat.

Saya dah nasihatkan mereka panggil saya anak derhaka pula.

Saya plan tak mau pulang dah ke Malaysia selepas konvo ni sebab dah dapat kerja di Ireland. Boleh jadi gila dikelilingi keluarga macam ni.

Pembaca sekalian tolong doakan juga untuk mak ayah saya. Selagi Pakcik Nuar tu wujud… memang hancur.

– Cik Ram (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *