Bila Mama Sudah Tiada

Terima kasih admin sekiranya post ini disiarkan. Sebenarnya, suami saya telah pergi meninggalkan kami anak-beranak enam tahun lalu. Dia meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut. Banyak peristiwa yang berlaku yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi perkara berikut.

Selepas beberapa tahun kematian arwah suami, saya terfikir untuk menyediakan sebuah fail yang saya namakan seperti tajuk di atas.

Tujuan saya adalah untuk memudahkan anak-anak agar mereka tahu serba sedikit apa yang perlu mereka lakukan selepas ketiadaan saya di sisi mereka.

Fail tersebut saya bahagikan kepada beberapa bahagian. Di dalam setiap bahagian , saya kepilkan perkara/dokumen seperti yang berikut:-

Bahagian Satu (Salinan Dokumen Penting)

1)Salinan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan, surat beranak)

2)Salinan sijil kematian (ahli keluarga terdekat, dalam hal saya, arwah suami)

3)Salinan polisi insurans

4)Salinan geran hartanah

5)Salinan geran kenderaan

6)Salinan penyata akaun simpanan (yang ada tertera maklumat nombor akaun)

7)Salinan saham (ASB/Bank Rakyat/Tabung Haji etc)

8)Maklumat seperti no income tax, socso, kwsp, akaun di Amanah Raya etc

Bahagian Dua (Maklumat Harta)

1)Senarai harta alih dan tak alih

2)Senarai penghutang dan pemiutang

3)Senarai penama (KWSP -sekiranya ada)

4)Senarai penama (Insurans)

5)Senarai penama (Insurans di bawah majikan -sekiranya ada)

6)Senarai akaun simpanan (termasuk akaun anak-anak)

Bahagian Tiga (Borang Berkepentingan)

1)Borang Khairat Kematian (Ahli Kariah Masjid)

2)Borang Pengeluaran KWSP

3)Borang Permohonan Socso/Perkeso

4)Borang Permohonan claim insurans

5)Borang Pentadbiran Pusaka (sekiranya tidak mempunyai wasiat)

Bahagian Empat (Wasiat) dan (Senarai perkara yang perlu mereka lakukan sekiranya saya dijemput Ilahi secara tiba-tiba – nauzubillahi min zalik)

Secara asasnya dalam wasiat ada perkara-perkara berikut:-

1)Maklumat diri Pewasiat

2)Maklumat Waris

3)Maklumat Wasi/Pentadbir

4)Maklumat seperti yang dinyatakan di dalam bahagian dua

5)Harta yang dihibahkan

6)Permintaan Pewasiat

7)Maklumat Saksi

Wasiat itu saya sediakan sendiri, bukan melalui peguam atau pakar wasiat. Tapi, saya difahamkan oleh bekas rakan peguam, wasiat itu tetap boleh diguna-pakai sekiranya terjadi apa-apa kepada saya.

Mungkin bahagian wasiat ini, anda boleh dapatkan penjelasan lebih terperinci kepada mereka yang lebih arif.

(Senarai perkara yang perlu mereka lakukan sekiranya saya dijemput Ilahi secara tiba-tiba, nauzubillahi min zalik)

1)Senarai ahli keluarga/saudara terdekat/rakan-rakan untuk dihubungi

2)Memaklumkan kepada pihak masjid

3)Menyediakan bayaran untuk pengkebumian (saya sediakan sebuah tabung kecemasan)

4)Panduan menguruskan jenazah

5)Senarai permintaan/perkara yang saya ingin mereka lakukan bagi pihak saya

6)Sepucuk surat untuk setiap orang anak

Setiap awal tahun, saya akan memeriksa fail untuk mengemas-kinikan maklumat, serta menukar dokumen dan borang kepada yang terbaharu.

Sebenarnya tulisan ini saya tujukan untuk anak-anak bila saya sudah dijemput Ilahi. Sengaja saya kongsikan di sini, mudah-mudahan ada manfaatnya.

Maaf jika berlaku sebarang kekhilafan daripada pihak saya.

Salam Tahun Baru.

– Mrs A.R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *