Bila Masa Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua..ok,aku perkenalkan diri aku sebagai Kak Jemah jek la yer,nnti kalau letak nama btul,ada plak ramai yg pm hakak… ok,aku ada anak 3 orang , umur 30an dan sekarang tugas aku hanya suri rumah sepenuh masa..suami aku bekerja ofis hour,tp kebanyakkan masa dia mmg byk settlekan hal ofis..dia kerja di syarikat pengangkutan,korg tau la kan nak handle dlm 40-50 org pekerja bawahan dia mcmana..boleh katakan mostly kat rumah pun menghadap hdpone memandangkan dia ada 2 hdpone satu utk peribadi dan 1 lg utk kerja..aku???ok,dulu aku bekerja,ofis hour jgak,tp selepas kelahiran anak ke 3 dan rezeki dapat pindah balik kg halaman, aku trus di arahkan encik suami menghadap family jek 24 jam..sbnrnya,bila dpt pindah ke kg,aku ada apply keje tp msa tu tak tahu ngandung lg,bila dh tahu jek,mula la perangai buruk mual2 tu timbul…bukan mengeluh yer,tp tu la yg aku hadap bila aku ngandungg..mmg duduknya kat hospital..

Oklah,skrg ni anak ke 3 aku pun dh nak masuk 2 thun,full bf. Bukan aku tak ajar minum botol,dia minum jgak,tp lepas tu cari aku jgak nak bf…tak per la,bagus jugak jimat duit beli susu formula kan?..Hari hari aku dari saat bgn pagi lepas uruskan anak2 yg bersekolah,terus la uruskan rumah yg bertangga ni,uruskan jugak si kecik aku tu..siapkan mkn minum suami sblum ke kerja,dlm istilah kata uruskan smua la..suami aku hanya balik kerja lepas magrib..selalunya lah..pd aku tu tak jd masalah,mlm lps magrib,sessi mkn n buat homework kemudian masuk tido pukul 10mlm..
Hujung minggu lps uruskan anak2 tuisyen,masih sama jgak jadual aku..masa utk aku?entah..

Skrg aku terduduk ditepi bucu,bila masanya aku boleh bergerak sendiri?minum mkn dgn kawan2 lama di cafe tanpa gangguan anak2?bila waktu rehat aku?apa hari cuti aku?
Sedangkan masuk bilik air pun anak kecik teman,kdg2 membuang pun dpn mata dia…mcmana nak bg masa utk aku sndiri???

Aku nak jgak tanya dgn suami aku,tp risau dia kecik hati..dia mngkin penat kerja seharian,kdg2 Sabtu Ahad pn masih pergi ke office.Cuma bezanya dia selalu jek dpt melepak dgn kwn2 dia..pergi dgr ceramah sana,ceramah sni..dpt pergi tmn kwn2 shopping…aku?????

Kdg2 aku terpikir,dia ni anggap aku maid dlm rmh ni ker?uruskan anak2,uruskan rumah..siapkan smua perihal rumah,lg masa utk aku sndiri?dulu aku boleh dikategorikan sibuk dgn jadual aku,berenang,main bowling dgn kwn2,bercuti dgn kwn2..skrg???kalau bercuti pn aku ttp tak bercuti..dgn baju nya,mkn minum anak nya..urusan hotel segalanya..penat..aku penat sgt…
Kdg2 aku pikir aku nak langgar jek buat mcm dulu2,tp ada budget lebih ke aku nak bt aktiviti tu dgn anak2..dlu aku keje,duit aku sndiri,tak de siapa nak persoal..skrg??kalau aku bt jgak,cnfirm ramai plak membawang kata aku perabih duit gaji suami…aku ada jgak buat beniaga online,to biasa la income up and down..tiap kali nak post brg,terkenkeng la aku bwk anak kecik aku tu beratur kat pos office..lg,sapa nak layan?duit tu la mcm aku boleh shopping online,sejukka hati ni kdg2…

So,apa pendapat korg,patut ke aku direct tnya dgn suami aku?bila masa utk diri aku sndiri?atau aku ltk anak aku kat taska?lg susu dia camana?spa nak uruskan anak sekolah yg lain? Please korg bg pendapat…aku xnak plak rasa berdosa dgn laki aku kalau aku mcm simpan amarah aku ni..sian plak dia. Apa patut aku buat?

Terhimpit tp ikhlas,
Kak Jemah

– Kak Jemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *