Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku Farah. Berkahwin hampir 11 tahun. Aku pernah keguguran 2 kali diawal perkahwinan kami.
Sepanjang tempoh itu, aku dah lali dengan soalan berkaitan zuriat. Ada yang betul -betul nak bantu kami, ada yang sejenis tanya sekadar tiada soalan untuk di tanya aku rasa!
Alhamdulillah masuk tempoh perkahwinan tahun ke-3, Aku dikurniakan rezeki yang paling berharga iaitu ANAK! Syukur! Kini anak aku berusia 7 tahun.
Masuk tahun ke 3 usia anak aku, hidup aku telah dihujani dengan soalan “bila nak bagi dia adik? , bila nak mengandung lagi? tak kan sorang je”
Dan soalan ini hanya dituju pada aku sahaja. seolah olah dalam bab dapat anak ini, hanya “kerja perempuan”.
Percayalah, aku agak trauma untuk berjumpa dengan saudara mara kerana aku sering diuji dengan soalan itu. Siap ada yang mengejek aku dengan mengatakan,
“Alaa, dia tau nombor 1 je tu, alaa dia tak nak bagi adik kat anak dia ni.” Semua jawapan busuk itu, diaorang sendiri soal, diaorang sendiri jawab. Depan aku pula tu!
Aku turut stress dengan suami aku kerana setiap bulan bila aku “period”, dia akan seperti mengeluh dan menyalahkan aku.
Dulu dia tak macam ni, tapi sejak anak aku berusia 4 tahun dia mula emo bila aku “period setiap bulan”. Aku sedih. Kenapa mesti perempuan bersalah kalau tak mengandung????
Masuk tahun ke-10 perkahwinan, Suami syorkan kami jumpa pakar Sakit Puan. Alhamdulillah kami pergi jumpa Doktor yang agak terkenal di Malaysia ini.
Kami follow step yang pihak hospital tetapkan. Result yang doktor keluarkan menyatakan Kesuburan suami ada masalah.
Aku sebagai isteri alhamdulillah sihat semuanya. Doktor kata, selama ini, kami agak sukar dapat anak kedua adalah kerana sperma suami ada masalah.
Doktor syorkan ambik ubat berkaitan. Aku sabar dan sabar. Aku memberi semangat dan sama sama membantu suamiku menjaga makan untuk kesihatan dia.
Sejak suami tahu result itu, dia sudah tiada buat muka, cemuh bila aku datang bulan. Dia juga sudah tiada perli aku bila dengar kawan dia, saudara yang nak dapat baby baru.
Kalau tidak sebelum ni suka bagi ayat seperti aku punca tiada anak kedua kami.
Jujur aku cakap, aku cukup sedih selama ini. Semua orang menunding jari pada aku.
Aku redha andai Allah tetapkan hanya seorang anak kami. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang untuk mengandung dan merasa bagaimana bersalin, membesarkan anak.
Buat suami, mak ayah, pakcik makcik, akak, abang di luar sana, hentikanlah untuk bertanyakan soalan agak sensitif berkaitan zuriat.
Cukuplah kalian doakan buat mereka yang inginkan zuriat tanpa pengetahuan mereka.
Doakan buat saya juga. Sekian terima kasih semua. Doa yang baik- baik.
Hati perempuan mudah tersentuh,
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit