Bila Nasi Dah Jadi Bubur

Assalamualaikum. Setiap orang pasti ada kisah yang baik dan kisah yang buruk dalam hidup yang tersimpan rapi.. Aku ingin kongsikan kisah hidup ku untuk dijadikan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana.

Adik beradikku ramai, ada 9 orang.. Gaji ayahku tak mampu nak tampung, jadi ibu aku berniaga kecil kecilan.. Ayah aku selalu tolong ibu, beri ibu modal.. Lepas habis waktu keje, ayah aku tolong ibu berniaga sampai malam Sampai la perniagaan ibu boleh memberi simpanan dan aset yang lumayan.. Ibu sentiasa sibuk Kami dah diajar berdikari.. Semua aku buat sendiri..

Aku tolong ibu berniaga dari aku umur 6 tahun.. Duit, kira2 dah jadi mainan aku.. Aku juga pernah tolong ibu jual kuih, ketuk dari satu rumah ke satu rumah.. Ibu aku cermat.. Kami tak boleh ambil makanan dari kedai ibu, kalau ibu tau teruk kena marah.. Baju, kasut, beg sekolah aku selalu koyak dan bertampal.. Pensel sampai pendek guna..

Aku tak ada memori yang menyenangkan dengan ibu.. Aku tak ingat langsung apa2 yang aku berhubungan dengan ibu. Almost zero. Sampai Bila umur 11 tahun, ayah aku meninggal.. Ibu banyak termenung.. Abang kakak aku semua sekolah asrama..

Kedai ibu tak boleh diteruskan lagi sebab kami pindah rumah.. Ibu tak pandai bawa kereta. Aku nak keje, tpai ibu tak bagi.. Kami hidup dengan pencen ayah tak seberapa.. aku cuba bantu ibu, buat kerja2 rumah.. Tapi bantuan aku tak pernah dihargai.. Aku bagai orang asing di rumah sendiri.. Aku tau ibu tertekan bila arwah ayah tak ada.. Abang kakak selalu telefon minta duit

Dari situ aku nekad untuk belajar sungguh2.. Aku takkan susahkan ibu minta duit.. Masa aku remaja, aku murung.. Aku tak tau nak gelak macam mana dah.. Bila tengok gambar aku masa remaja, sangat susah nak senyum.. Masa ni ibu jadikan aku tempat lempias kemarahannya.. Aku dikatakan jadi punca ayah aku meninggal. Itu yang paling pahit untuk aku telan.. Aku menangis sampai mata aku hitam.. Aku mula salahkan diri aku, aku rasa aku sial, aku gagal…

Segala masalah hidup aku.. Aku tak boleh nak cerita kat orang luar.. Segala masalah aku di sekolah, aku tak boleh nak cerita kat ibu… Lagilah kalau aku cerita, aku akan dipersalahkan oleh ibu… Self esteem aku drop.. Aku mula fikir nak bunuh diri bila rasa diri tak guna sangat dah..

Apa erti hidup jika tak dapat membahagiakan ibu… Aku tak rasa ada kawan, tak ada sesiapa di dunia.. Adik beradik ramai, tapi aku tak rasa ada keluarga.. Masa ni aku dekatkan diri dengan agama.. Bila ibu nampak aku nak praktikkan agama, ibu ejek aku, perli, macam2 gelaran ibu berikan.. Ibu ajak sekali adik beradik aku untuk mengata aku..

Aku hanya rasa ada Allah… Tuhan maha kaya.. Aku boleh kata berjaya dalam pelajaran.. Aku dapat tawaran biasiswa.. Satu sen aku tak guna duit ibu. Malah aku yang bagi duit pada ibu dan adik2..

Aku buat simpanan untuk ibu.. Allah mudahkan aku dapat keje.. aku tak pernah culas beri ibu duit.. Tapi seputar hidup aku, aku tak rasa ada ibu.. Hati aku dah mati.. Soalan kenapa, terlampau banyak dalam kepala aku.. Kenapa ibu layan aku macam ni.. Dari asal sedih, aku jadi marah.. Aku marah pada ibu..

Dari aku kecil, ayat yang selalu keluar dari mulut ibu.. Aku bagi kau makan, aku bagi kau pakai, aku bagi kau tempat tinggal.. Sebab tanggungjawab.. Ayat tu dah tertanam dalam kepala aku.. Tak ada rasa kasih sayang dari ibu.. Aku tau mungkin ibu stress..

Tapi aku tak boleh pujuk hati aku.. Kalau dah itu makanannya hari2.. kakak aku cakap, aku patut bersyukur sekurangnya ibu tak buang kita semua.. Aku bukan tak boleh maafkan ibu.. Tapi hati aku terlampau sakit.. Aku masih layan ibu baik2.. Cuma ibu dah tak berada dalam hati aku

Sebagaimana ibu cakap ibu buat atas rasa tanggungjawab.. Itulah yang aku rasa sekarang… Aku melayan ibu atas rasa tanggungjawab.. Kasih sayang tu dah mati.. Benih jika tidak disiram dan dibaja, lama2 akan mati kering kontang..

Aku terkadang perhati mereka yang ada cukup kasih sayang mak ayah, ada mak ayah untuk dengar dan nasihat akan masalah2, ada mak ayah yang boleh support semua keputusan.. Mereka jenis open, mudah terima, mudah gembira.. Tapi aku yang terpaksa berdiri atas kaki sendiri, tiada bahu untuk dipinjam, tiada pelukan dan kata2 semangat.. Hanyalah seorang yang kaku dan keras, sukar nak menerima orang lain..

Aku tak mampu nak ubah, hilang kekuatan diri.. Dari asal aku nak bahagiakan ibu, aku buang rasa tu semua.. Aku takkan capai impian membahagiakan ibu.. Aku buang semua rasa dengan ibu, supaya aku boleh teruskan hidup.. Kata2 seorang ibu tu sangat beri kesan pada anak2.. Jadi.. Cubalah..

Hati2 lah daripada berkata buruk kepada anak2 walaupun tengah marah. Sekarang aku dah berkahwin, aku perhatikan ibu mertua ku.. Sentiasa bercakap benda baik pada anak2, walaupun mungkin hatinya tersinggung, mungkin anak2 buat kesalahan besar.. Mak mertua akan berkias dalam menegur.. Anak2 tak pernah lari.. anak2 belajar daripada kesalahan sendiri.. Makin berusia, anak2 makin sayang padanya..

Aku juga dah ada anak.. Aku cuba selalu pandang anak dengan kasih sayang.. Walau nak marah pada anak.. Aku tahan hati aku. Aku tau bukan senang ibu nak besarkan kami. Tapi satu kenyataan yang aku sedar bila dah ada anak. Bukan anak yang minta dilahirkan.. Tapi mak ayah yang berkeinginan pada anak. Bila anak lahir, mak ayah orang yang paling gembira.

Anak dilahir tanpa mengerti apa2.. Kita sebagai ibu bapa perlu tunai hak mereka.. Hak mereka untuk kasih sayang dan lain2.. Ada satu hadis, sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.. aku cuba luang masa beraktiviti dengan anak2.. Aku nak mereka ada kenangan yang baik dengan aku.. Cukup yang mereka sedar kewujudan aku, yang aku ada bila mereka perlu..

Aku sentiasa doa untuk ibu.. Sekarang ibu sudah belajar agama.. Ibu juga sudah lunak bila berbicara dengan aku.. Tapi parutnya masih ada, aku masih jarakkan diri dengan ibu.. Hubungan itu sukar dipulihkan. Betul la pepatah menarik rambut dalam tepung..

Suami juga selalu pesan, jaga tutur kata dengan ibu dan adik beradik, mengalah tak bererti kalah.. Kita dah jarang berjumpa, sekali berjumpa takkan nak keruhkan hubungan, yang mungkin beri kesan selamanya.. Kita bukan jumpa hari2.. Sebab tu aku masih diam, aku kurang bercakap.. Aku taknak ada pergeseran bila bercakap.. Aku hanya bercakap bila perlu..

At this stage nasi dah jadi bubur… Entah lah sampai bila2 akan macam ni.. Pada siapa yang ada masalah adik beradik, never judge each other… janagn merasa diri sendiri lebih baik… Jika ada 10 anak, dengan didikan ibu ayah yang sama takkan dapat hasil yang sama..

Kerana setiap dari 10 orang anak itu berbeza… Karakter, keinginan, perangai semuanya berbeza.. Jadi didikan harus berbeza sesuai dengan tuntutan masing2.. Tidak ada apa yang akan berubah.. Yang harus berubah adalah penerimaan diri kita.. Aku juga sedang belajar membesarkan jiwa, menerima semua permasalahan dalam hidup ini..

Idea pemikiran aku ini lahir dari persekitaran dan pengalaman aku dibesarkan.. Sebelum menghukum, cubalah untuk memahami… Aku berharap dan berdoa semoga keceriaan hidup aku dapat dikembali.. Semua yang aku telah lalui ini telah merantai hidup aku.. Please doakan untuk aku ye..

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *