Bila Pangkat Isteri Tinggi

Hidup kita ini sentiasa disajikan dengan ujian. Aku tak terlepas dari mengalaminya. 

Aku duda yang ada anak berpisah atas faktor keserasian, aku dah cuba selamatkan tapi tidak berjaya

Dipendekan cerita, aku ditemukan dengan M setelah perempuan yang lain aku tolak kerana kebanyakan maca M tak dapat terima anak anak aku.. 

Pada mulanya semua berjalan lancar setelah berkahwin dengan M. Tapi M kuat cemburu.. Walaupun aku berpisah dengan ex, sifat cemburu masih menebal walapun si ex sudah berkahwin dengan lelaki yang kaya

Perbelanjaan makan minum M aku cuba sediakan alhamdulillah tidak berhutang dengan isteriku (M) sekarang.

Belanja dapur 300 kerana (kebanyakan makan bungkus atau dikedai, kebanyakan aku yang bayar), nafkah RM150, bil api aku bayar, yuran taska dan belanja sekolah aku bayar semua untuk anak anak aku dan anak anak aku bersama M.

Alhamdulillah walaupun gaji 5k dizaman yang serba mahal ini masih cukup untuk hidup bersederhana tetapi aku tak mampu nak belikan hadiah yang mahal maca M emas.. Kalau beli pun terpaksa share duit dengan M sebab gaji dia lagi mahal dari aku.

Aku balik kerja uruskan urusan rumah tangga.. Tapi aku still nampak biasa dimatanya kerana aku tak mampu bagi kemewahan padanya. Aku kalau dapat bersama pun sebulan sekali tu pun mujur

Bila berbincang aku disalahkan, membandingkan aku dengan suami orang lain. Aku rasa sedih sebab kalau membeli pakaian, makan luar dengan anak aku dengan ex dia rasa anak anak aku membebankan nya.. 

Oh ya.. Aku menumpang dirumahnya.. Bila aku bergaduh dengannya (tak naik tangan ok, cuma perang mulut). Aku dikatakan tak sedar diri. 

Sekarang usia perkahwinan kami dah lama sepatutnya boleh bahagia.. 

Aku rasa memang tak leh bahagia dah sebab aku suami yang tak kaya tapi aku boleh mesi M rumput, meracun, mop lamtai, bsuh lipat bju, baiki paip air cuma tak pandai ban wayering

Aku pasrah dengan ujian aku… 

– Suami yang kelas bawahan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *