Bila Per3mpuan Menjadi 1bu dan 1steri

Salam semua,

Nama aku perempuan. Berumur awal 30 tahun, bekerja sebagai profesional di sektor awam, telah berkahwin dan ada anak seorang berusia 2 tahun.

Alhamdulillah aku sejak dari bangku sekolah adalah pelajar cemerlang, pendek kata semua peperiksaan besar di Malaysia ni aku dapat straight A’s. Seorang yang bercita-cita besar.

Aku melanjutkan pelajaran di luar negeri tapi bukan negara idaman atas sebab biasiswa yang ditawarkan untuk bidang itu adalah di negara tersebut.

Sekarang aku dan suami PJJ, kerana dia juga sedang sambung belajar di negeri di pantai timur.

Aku ingin sekali sambung belajar peringkat master di negara 4 musim.

Dan jujur aku memang sudah mula membuat carian tentang course itu di universiti-universiti impian aku. Dengan keputusan degree aku, in shaa Allah rasanya layak.

Cuma dilema aku di sini adalah suami aku juga sedang sambung belajar dan dia seperti melarang aku untuk membawa anak aku pergi bersama jika ditakdirkan aku berkesempatan untuk menyambung belajar di luar negeri.

Alasannya jauh dan susah jika ada hal-hal kecemasan terjadi.

Tapi aku agak terkilan sebab sudah lama aku nyatakan hasrat aku tetapi jawapan dia hanyalah ‘nanti abang fikir dan susah kalau jadi apa2 nanti’. Pokoknya dia memang tidak supportive langsung dengan keinginan aku ini.

Kami tidak pernah betul2 berbincang dari hati ke hati berkenaan hasrat aku ini.

Oh lupa untuk aku beritahu di sini yang course master di luar negeri itu cuma memakan masa 1 tahun sahaja.

Malahan suami juga tidak menawarkan diri untuk menjaga anak aku selama 1 tahun itu jika perlu, kerana pastinya tidak mahu pelajaran dia terganggu.

Aku juga terkilan kerana aku tidak melarang dia untuk mencapai cita-cita dia. Mungkin ada yang berkata alah belajar di mana pun sama sahaja cuma entahlah, itulah cita-cita aku sejak kecil lagi dan ia tidak pernah padam.

Lagipun aku bukan sekadar hendak ke sana semata2 untuk melihat negeri orang tapi juga untuk mendalami cara kerja dan meraikan perbezaan pemikiran mereka dengan kita di sini.

Mana tahu apa yang aku lihat di sana dapat aku aplikasikan di bidang aku supaya menjadi lebih baik lagi.

Dan aku juga perlu mengejar waktu kerana untuk mendapat tawaran biasiswa/pinjaman belajar ke luar negara terdapat had umur 35 tahun.

Maaf tapi aku bertukar menulis dalam english to express myself better

I just wonder, why when a woman get married, somehow their wings are clipped and they cant fly as high as they could?

Why it always woman who has to sacrifice for the sake of marriage and family

And to think how much potential i had before and for what ive become, it angered and saddened me. Am i being ungrateful here?

It just if i ever lived for the next 30-40 years, i dont want to live in regret, looking back for things that i can achieve but due to the circumstances, i couldn’t.

For me your child will grow and you has to grow too as a person. Am i being ridiculous here?

So for the readers out here as a wife and a husband? Would u mind sharing your thought on this?

Thank you.

A women, a wife and a mother.

– Perempuan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *