Assalamualaikum kepada semua pembaca. Macam klise.. Tapi erm.. Aku down sangat. Buntu.. Mudah mudahan dapatlah jawapan. Aku sudah 8 tahun berkahwin anak 2.. Aku anak bongsu dan di besarkan dalam family yang jenis ‘ ko survive la sendiri’. Mak aku macam kena sejenis penyakit keturunan ala ala macam saka gitu. Since aku kecik wujud atas muka bumi ni lagi. Dan ayah aku jenis workaholic.. Kerja dari pagi sampai malam.
Tak di ajar adab. Dan ko survive la sendiri. Jadi aku ni membesar dgn bad temper. Mungkin the way aku di besarkan. Cepat sentap cepat terasa hati. Selalu rasa rendah diri dari sudut fizikal, mental dan segala galanya. Tapi yang peliknya, dari zaman sekolah aku memang suka baca buku motivasi. Mungkin cara aku cari diri aku kot. Tapi tak la ketemu sangat. Tapi mampu la pimpin aku masuk universiti. Bab bab agama arwah ayah aku kategori religious.. Selalu di masjid dan keluar tabligh. Di cuba nak bentuk kami mcm tu tapi tu la iman memang tak dapat di warisi.
Bukan la nak cerita pasal family aku.. Tapi nak cerita padal husband aku. Kami berjumpa dalam facebook. Coincidence dia tu sama universiti dan satu kampung dgn aku. Husband aku kategori boleh tahan sedap jugak mata memandang. Aku ni biasa biasa ja. Tapi rajin melawa.. Dulu husband aku ni kerja speedmart dah nak dekat kenal aku dia resign pulak dapat keja manager kk mart.. Waktu baru kenal dia memang pandang rendah keja aku sebagai customer service. Dia kata keja tak da masa depan. Then dia kata dia kerja company mnc..
Aku pun macam tak pe la janji aku tak menyusahkan mak bapak aku dan aku boleh bagi duit kat dia.. Aku sepanjang hidup aku dari kanak kanak sampai ke universiti alhamdulillah rezeki selalu menyebelahi aku. Walaupun kadang aku tak deserve. Aku menganggur pun tak lama. 3 bulan ja.. Mungkin sebab aku tak memilih.. Walau pun customer service.. Aku sauk jugak. Dan akhirnya suami aku mengaku yang dia kerja kk mart. Dia di utara. Aku di kl. Aku tak dak la pikir nak bertemu jodoh waktu tu. Tapi dalam doa aku selalu minta temukan lah aku dgn jodoh yang baik.
Dan akhirnya di kuatkan jodoh bercouple lah kami. Dan dia try apply jugak jadi cs kat tempat aku kerja.. Dan dia dapat. Jadilah dia staf contract kat situ. Kemudian mak dia dapat tahu dia bercinta cintun.. Mak dia terus nak masuk minang pulak. Waktu tu aku tak da la ready sangat. Tapi sebab suami aku memang orang yang baik. Lembut soft spoken orangnya. Aku pun rasa tak pe la. Kita kumpul la duit sikit sikit.. Customer service pun boleh hidup jugak janji hidup dalam income yang sebenar.. Lepas tu kami bertunang.. Tapi husband aku tak tahan kerja cs ni. Sebab dia tak perform selalu kena panggil. Dan pengakhirnya dia resign dapat keja kat company baru nak bertapak ni dia keja jadi sales kat situ.
Alhamdulillah. Mula mula dia tak nak buat sales.. Tapi aku pujuk aku kata cuba explore. Sebab sales ni memang ada target tapi kalau kita perform kita dapat duit lebih. Last last dia agreed.. Sebulan lepas kami bertunang ayah aku meninggal mengejut.. Memang aku sedih sebab ayah aku kategori penguat semangat aku. Dan sebulan kemudian kami kahwin. Rezeki sebulan lepas aku kahwin aku dapat permanent job dekat glc. Alhamdulillah culture shock dapat kerja company besar dengan gaji besar. Tapi kerja aku stress jugak kena menghadap customer.
Memandangkan karekter aku yang bad temper ni. Aku cepat stress. Mula mula kerja bila aku stress aku balik aku maki husband aku. Cakap lebih kurang je. Sampai kami gaduh. Kemudian baik balik. Sampai husband aku di beri surat peringatan sebab tak perform. Dan tiba tiba di arah berenti 24 jam. Bermula la episod husband aku jobless selama beberapa bulan. Komitmen bulanan nak kena bayar. Dan lepas aku kawin juga. Baru aku realize satu benda. Mak mertua aku ni jenis adore gila dengan orang keja gomen dan sangat high expectation bab bab duit ni. Sampai tahap pernah bukak slip kwsp adik ipar aku sbb nak bagi tau income adik ipar aku keja gomen ni tinggi. Dan selalu under estimate husband aku yang keja company abc..
Aku ni sebagai isteri tokoh maal hijrah, tak nak la kalah sangat. Selalu jugak berlagak up up kan husband aku. Tapi apa kan daya suami aku tak dak rezeki sangat bab bab kerja. Bila dia berenti kerja memang aku stress. Aku stress sebab selama ni pun pembayaran komitmen memang guna separuh dari gaji aku. Kalau dia berenti aku nak bayar komitmen pakai apa. Jadi kami akan selalu bergaduh. Bila aku ada masalah kerja ja memang dia la mangsa lepasan aku.. Dan kemudian dia cuba kerja di satu company fast food ni. Baru sebulan training. Dapat offer sales kat tempat lain. Ok la..
Aku pun bila aku pun dah confirm dalam pekerjaan dah berkira kira nak beli kereta besar. Tak nak kereta malaysia waktu tu. Nak kereta H jahh eee menyesal sungguh rasa. Jadi nak jugak amik H tak mampu bayar downpayment pergi la buat loan kat easy rhb waktu tu nak beli kereta H. Bermula episod personal loan dalam hidup aku.. Ptptn pun tak bayar ada hati tambah personal loan.. Bodoh sangat aku rasa waktu tu.. Makanya komitmen kami makin bertambah dengan loan personal loan dan loan kereta..
Malangnya husband aku hanya bertahan 3 bulan dengan company ni. Kembali diarah resign setelah boss dia kata dia tak perform. Makanya kembali lah episod jobless suami aku ni. Kami memang tiada saving selama ni. Tambah bila dia resign lagi la.. Nak bayar komitmen macam mana. Jadi aku buat pulak loan dengan bank islan rm40k. Guna la duit tu survive utk setiap hari dan shopping jugak guna duit tu macam biasa walaupun husband aku dah tak kerja.
Kali ini lama jugak husband aku tak kerja.. Dan kami masih bergaduh macam biasa. Bila aku stress je dengan kerja atau dia kami mesti bergaduh dan maki maki. Lama lama kami baik balik. Sebab husband aku akan merayu pujuk pujuk aku balik.. Dan aku pun bila dah sejuk. Memang sayang gila dengan husband aku. Setelah kemudian aku bergaduh besar dengan suami aku suruh dia pergi cari kerja. Last last dia bawak resume jalan dari satu kedai ke satu kedai. Alhamdulillah dapat lah jadi sales kat satu advertising company.. Bermula la kerja kat situ pulak.
Mula mula nampak ok ja bos company ni.. Sekali boss ni kaki con rupanya.. Gaji husband aku sepatutnya rm1500 dia byar rm500 ja. Dok merayu minta balance dia janji minggu depan. Kemudian jadi bulan depan. Dan boss ni bukan con husband aku ja dia con. Sekali customer dengan vendor pun dia con. Dan dia pulak pandai selalu suruh husband aku tolong sign cheque book dia. Husband aku pelik juga. Dia perkenalkan husband aku sebagai pa dia. Jadi tak tahan dengan kepelikan boss ni. Dia pun resign, dan try buat business.
Memandangkan husband aku ni memang cita cita dia bak buat bisness dari kecik lagi.. Nak support dia aku pun kata cuba la buat business. Sales dapat tapi modal tak da nak rolling.. Jadi selalu juga la gaduh masih reason yang sama. Duit. Tapi kali stress lain macam. Kalau dah start gaduh. Aku tak tahan aku lempang husband aku. Dia akan diam dan menangis. Dia tanya kenapa aku sanggup lempang dia. Aku tak tahu. Aku memang tengah marah. Dan susah nak control marah aku. Kemudian kami baik balik. Macam tu la setiap kali kami bergaduh. Dan masuk 8 tahun aku kahwin dengan dia dah 8 kali jugak husband aku resign dan kerja. Dan most of the time setiap kali kami bergaduh.. Aku susah nak control marah. Aku akn mudah angkat tangan dan baling barang pada suami.
Tapi semenjak ada anak kedua ni aku jarang pukul pukul suami aku. Mungkin salah satu sebabnya suami aku dah start kerja dengan company besar dan rezeki pun alhamdulillah. Tapi tak lama. Situasi tu bertahan 1 tahun ja.. Husband aku resign dalam keadaan kami ada anak dua dan dia konon nya kata dia dah ada business dia nak fokus business. Masalahnya business dia bukan stabil lagi. Income kerja tetap sekarang alhamdulillah la mencukupi. Kalau dia resign macam mana kami nak lalui kehidupan yang banyak komitmen ni lagi.. Dan dia resign dalam keadaan kami masih tiada saving..
Semua orang dah nasihat dia. Dia buat tak tau juga. Aku pulak malas nak kata apa. Aku cuma diam kan sahaja. Sambil dalam hati berdoa. Ya Allah jangan lah berulang peristiwa jobless ni dalam keadaan aku dah anak 2. Tapi at the end dia resign juga. Dan memang langit tak selalu cerah ekonomi tak ok. Elok husband aku resign banyak job tak boleh di teruskan.. Jadi dia dah mula ketiadaan job.. Dan kami hanya survive sebulan lepas dia resign. Dan aku dah mula stress memikirkan nak puasa dan raya yang tak lama lagi. Aku pelik. Kenapa suami aku tak pandang muka anak anak aku sebelum resign. Dia tau tak ni nak raya. Dan dia tau tak dia ada komitmen lagi nak kena bayar. Senang senang ja amik keputusan utk resign.
Aku ni stress stress keja pun dah 8 tahun buat kerja yang sama tak berani resign pikirkan anak anak. Tapi dia semudah tu amik decision untuk resign. Padahal dia ketua keluarga. Bukan aku. Jadi nya kami start bergaduh.. Pada awal bulan 4 hari tu kami bergaduh besar.. Kali ni macam macam sebab pasal family dia yang selalu pandang rendah kami yang tak da duit ni. Pasal dia yang amik decision mudah untuk resign. Last aku pukul dia lagi. Dan dia tak tahan terus ajak kami ke pejabat agama. Dia kata dia dah terlafaz kata macam nak berpisah. Terus bergaduh gaduh dia pergi pejabat agama amik borang cerai. Dan aku mula perasan dia dah tak beria ria pujuk aku lagi.. Dia seperti tawar hati dan tak kisah sangat kami berpisah. Dia hantar aku balik rumah mak aku. Tapi tak cakap apa..
Mak aku kesian tengok aku yang asyik menangis ni. Dia call abang aku suruh settle kan. Abang aku panggil husband aku dan aku. Dia bagitau suruh aku sabar sikit. Jangan marah marah.. Bawak bawak bersabar. “husband ko ni baik” sayang kalau lepas kan. Aku pun kata aku memang sayang suami aku. Cuma bila marah aku susah nak control diri aku. Aku pun tahu aku jahat.. Tapi di sebabkan kesabaran suami aku ini la menyebabkan aku makin sayang pada suami aku walaupun dia tak kerja. Kerana kesabaran dia. Jadi kami pun berbaik balik. Walaupun aku nampak husband aku dah start jauh dari aku. Dan aku semakin dapat rasakn dia bukan lagi suami aku yang dulu.
Pada awal bulan puasa aku cuba untuk berubah. Tak mahu salah kan husband aku pasal keputusan dia resign dari company lama. Dia pun banyak fokus ibadah dan aku pun banyak fokus ibadah.. Tapi bila tengok anak anak aku memang sedih memikirkan baju raya diaorg yang tiada. Persiapan raya entah kemana. Duit kereta yang tak berbayar beberapa bulan. Jadi untuk berjimat cermat aku dah tamatkan hantar anak aku nursery dan program mengaji anak aku yang sulung. Aku sedih bila tengok anak anak aku. Sebab gaji aku tak cukup. Aku nak kena bayar hutang yang sedia ada dengan rumah. Husband aku memang totally tak ada income. Jadi ada jugak bergaduh. Tapi lebih bercakap mulut ja. Tanpa naik tangan.
Alhamdulillah rezeki tak di sangka masuk aku dapat bonus walaupun sedikit tapi boleh la bayar duit rumah. Duit kereta dan beli sehelai baju raya anak anak..Start lepas raya kami bergaduh balik. Husband aku kata aku perfectionist dan selalu bergaduh dan menegur dia even benda yang kecil. Kami akan bergaduh dalam seminggu 2 3 kali. Dan peak dia semalam aku balik dari meeting. Aku memang tengah down. Aku bagi tau husband aku. Aku tengah down.. Dia buat tak tau. Dan tiada kata kata semangat pun buat aku.. Aku pun bertambah down..
Dan akhirnya aku mengamuk. Dah la yuran sekolah anak anak dengan sewa rumah tak bayar lagi.. Aku jugak yang serabut pikir.. Dan sekarang aku tengah down ko tolong la tenang kan aku sikit. Ini tak. Dia tengok tv. End up kami memang bergaduh besar. Aku lempang muka dia banyak kali. Dan dia geram dia seret aku masuk bilik memang sakit gila badan badan aku.. Aku tidur dalam bilik seorang sorang dan dia tak pujuk aku pun macam biasa. Dari situ semakin kuat hati aku rasa hati dia dah berkurang sayang pada aku. Dan tadi kami masih bergaduh dia tak pujuk aku pun. Tapi dia mengaku yang perasaan dia dah berkurang terhadap aku.
Since tu aku menangis ja. Aku sedih. Aku memang selalu bersusah dengan husband aku tapi aku tak pernah sangka perasaan dia boleh berkurang pada aku..Walaupun aku ni selalu complaint dan cuba tegur dia untuk betul kan diri. Tapi hati aku tak pernah kurang sayang pada dia.. Aku memang down since dia kata dia dah kurang rasa sayang pada aku. Aku kecewa sebab aku masih mempunyai perasaan yang sama walau banyak dugaan yang kami harung bersama.. Aku tahu aku jahat.. Aku tahu aku banyak dosa. Tapi kesabaran dia la sayang aku makin bertambah pada dia..
Dan buat masa sekarang kami bersetuju utk ke pejabat agama isnin ni.. Dia tiada niat nak berpisah. Tapi aku yang rasa perlu berpisah sebab tiada guna bersama kalau hati dia dah kurang.. Dan aku rasa dia macam tersiksa hidup dengsn aku. Aku dah cuba kawal. Tapi bila ada benda yang triggered susah aku nak kawal.. Aku memang kecewa. Aku memang down.. Tak tahu nak buat apa. Dah 24 jam tak mandi dan makan. Dan aku kecewa kenapa aku boleh terima dia seadanya. Kenapa tidak dia. Kenapa dia tak boleh terima aku dan terus bersabar..
Dan sampai sekarang dia pun masih belum ada kerja. Dah 5 bulan. Kalau ada job sikit sikit. Ada la kerja. Tapi tak settle komitmen jugak.. Banyak jugak pending yang belum bayar.. Aku buntu. Apa harus aku buat. Nak keluar dari rumah pun gaji dah habis bayar susu anak bayar hutang hutang loan tinggal rm40 je. Itu pun bill telefon bil astro dengan kereta dia pending. Dah kena suspend.. Aku memang buntu dan stress tak tau nak teruskan macam mana.. Aku buntu.. Doakanlah semoga di permudahkan urusan kami dan anak anak. Amin.
– Si Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit