Selama ini, aku hanya pembaca setia luahan dan komen-komen dari media sosial.
Semua masalah kebanyakan disambut dengan komen “Insyallah ade rezeki nanti, Allah takkan lupanya hambanya”, “Buatlah berbincang, Mesti ada jalan tengah”, “Kita kena berdamai dengan takdir, jodoh dah ditetapkan”, “Ini semua qada dan qada”. Aku bukan menidakkan semua tu, tapi ini cerita aku.
Kalau aku tengok balik perjalanan hidup aku, honestly rasa macam tengok drama bersiri. Ada scene sedih yang buat aku menangis sorang-sorang, ada juga scene kelakar yang kalau ingat balik aku tergelak sendiri. And of course, ada plot twist yang aku sendiri tak pernah sangka.
Aku gadis kampung, pernah jadi isteri yang bertahan dalam perkahwinan hambar, pernah rasa jadi pekerja bergaji kecil, student yang gagal exam, malah pesakit yang menangis sebab rasa ajal dah dekat.
Now, bila umur dah masuk separuh abad, aku sedar satu benda: kita tak boleh normalise perkataan “redha je lah” atau “go with the flow.” Yes, redha itu penting, tapi bukan alasan untuk berhenti berusaha. Redha sebenar datang selepas kita buat yang terbaik, bukan sebelum.
We are in the driving seat of our own life. Jangan semua benda kita letak pada “takdir” semata-mata. Takdir memang ada, tapi Allah bagi kita akal, tenaga, pilihan. Hidup aku berubah bila aku berani ambil stereng balik.
Bila aku decide untuk belajar, fight, dan ubah, barulah aku rasa hidup ni bukan sekadar menunggu—tapi benar-benar mengemudi arah.
“Takdir aku tak pandai belajar.”
Masa sekolah dulu, aku selalu takut dengan Matematik. Setiap kali cikgu suruh jawab depan kelas, aku rasa tangan menggigil. Bila result keluar, markah aku selalu teruk. Aku cakap pada diri sendiri: “Takdir aku tak pandai belajar. Especially Math.”
Tapi bila masuk universiti, subjek yang paling banyak kredit ialah Math dan Statistik. Kalau aku tak lulus, aku tak boleh grad. Aku tak ada pilihan.
Malam-malam aku paksa diri duduk depan meja, buat latihan sampai kertas penuh dengan kiraan. Kadang-kadang aku salah sampai 10 kali, tapi aku ulang lagi.
Aku pernah menangis sorang-sorang sebab tak faham formula. Tapi akhirnya, bila aku belajar detail step by step, aku mula nampak pattern. Aku sedar, aku bukan bodoh, aku cuma perlukan masa lebih panjang daripada orang lain. Bila result keluar, aku lulus dengan gred cukup baik.
Masa tu aku belajar satu perkara penting: kebodohan itu bukan takdir, ia pilihan bila kita berhenti belajar.
“Dah nasib aku hidup susah.”
Aku membesar dalam keluarga miskin. Rumah papan, atap bocor bila hujan, kasut sekolah aku selalu koyak. Ada masa aku terpaksa pinjam buku teks dari senior.
Bila tengok kawan-kawan makan di kantin tanpa kira harga, hati aku rasa sebak. Aku selalu kata pada diri, “Mungkin nasib aku memang hidup susah.”
Tapi bila aku dah remaja, aku mula memberontak dalam hati. Aku tak nak anak-anak aku nanti lalui benda sama.
Jadi aku mula berniaga kecil-kecilan — jual kerepek, tolong mak menjahit, dan bila cuti sekolah aku ikut jiran berniaga pasar malam. Walaupun untungnya cuma beberapa ringgit, aku rasa puas.
Kali pertama aku dapat beli motor secondhand dengan duit simpanan sendiri, aku menangis. Motor tu bukan sekadar kenderaan, tapi simbol bahawa aku boleh pecahkan kitaran susah. Hidup miskin bukan takdir, ia sekadar titik mula.
“Aku redha, ini takdir.” – Gagal exam
Aku pernah gagal exam besar di universiti. Subjek Statistik, ironinya, walaupun aku dah cuba keras. Malam result keluar, aku duduk di bilik hostel dengan kertas result dalam tangan. Air mata jatuh tanpa suara. Aku cakap perlahan, “Tak apalah, aku redha. Ini takdir.”
Seminggu aku hanyut. Aku malas masuk kelas, aku biarkan buku berhabuk. Tapi seorang roommate aku marah, dia cakap: “Kalau kau tak usaha, jangan salahkan takdir. Tuhan tak zalim.” Kata-kata tu macam tamparan.
Aku mula ubah cara belajar. Aku buat nota warna-warni, join group study walaupun aku pemalu, dan aku ulang soalan sampai faham. Semester seterusnya, aku lulus dengan lebih baik. Dari situ aku belajar: kegagalan bukan tanda noktah, tapi peluang untuk ubah strategi.
“Takdir aku kerja gaji rendah.”
Lepas aku grad, aku start kerja dengan gaji kecil, Alhamdulillah, tapi cukup makan, cukup bayar sewa, itu je. Setiap kali tengok kawan-kawan update gambar travel, hati aku pedih. Aku pernah bisik pada diri, “Mungkin takdir aku kerja gaji rendah.” Tapi deep down, aku tahu itu cuma alasan.
Lepas kahwin, suami memang banyak support, tapi realitinya kami tetap hidup bercatu. Setiap kali nak belanja lebih sikit, aku kena fikir dua tiga kali. Aku penat, aku tak nak stuck dekat level tu. So, aku ambil keputusan besar, sambung belajar degree jarak jauh.
Kelas malam memang drain energy aku. Apa tidaknya, pagi kerja, malam kelas, balik rumah anak pula tunggu. Kadang-kadang aku belajar sambil anak tidur atas riba.
Bila aku decide ambil cert professional, lagi struggle. Gaji habis bayar yuran. Bergaduh dengan suami? Banyak kali. Tapi aku selalu remind diri, “This is an investment for my future.”
Alhamdulillah, usaha tu berbaloi. Dengan degree dan cert, aku dapat kerja baru dengan gaji lebih baik. Dari situ aku naik step by step. Tukar kerja, tambah pengalaman, improve skill. Hari ini, aku duduk selesa dan puas. Semua bermula bila aku berhenti normalise “takdir kerja gaji rendah” dan pilih untuk fight.
“Tekanan darah tinggi ni keturunan.”
Umur 35, aku disahkan ada hypertension. Doktor kata, “Ini mungkin sebab faktor keturunan. Awak kena hati-hati.” Aku balik rumah dengan hati berat.
Malam tu, aku menangis dalam diam. Aku fikir, “Memang dah takdir aku sakit.Keluarga aku pun sakit yang sama. Aku tak boleh lawan.”
Tapi bila aku tengok anak-anak kecil tidur lena, aku jadi takut. Aku tak nak mereka kehilangan ibu awal.
Dari situ, aku paksa diri ubah gaya hidup. Aku mula jogging, aku kurangkan nasi lemak, aku belajar masak makanan sihat. Awal-awal memang susah, tapi bila aku nampak bacaan tekanan darah turun, aku jadi lebih kuat.
Masa tu aku belajar: keturunan bagi risiko, tapi aku yang tentukan jalan. Kesihatan bukan takdir mutlak, tapi amanah untuk dijaga.
“Takdir rezeki setakat ini.”
Waktu aku sambung belajar jarak jauh sambil bekerja, kewangan aku sangat ketat. Gaji cukup-cukup untuk bayar bil dan yuran. Aku pernah termenung depan cermin, bisik pada diri, “Mungkin rezeki aku setakat ni.”
Tapi aku tak boleh duduk diam. Aku mula berniaga kecil-kecilan. Jual kek kecik-kecik, malah jual barang online. Kadang aku terpaksa stay up sampai pukul 2 pagi, lepas habis assignment, untuk siapkan order pelanggan.
Letih memang letih, tapi setiap kali pelanggan puas hati, aku rasa ada semangat baru. Dari situ aku belajar: rezeki tak pernah berhenti, cuma perlu dicari dengan cara berbeza. Bisnes kecil itulah yang jadi penampung hidup aku masa struggle belajar dan kerja serentak.
“Takdir perkahwinan aku begini.”
Perkahwinan aku retak selepas sekian tahun. Kami sering bertengkar, komunikasi makin tak sehaluan. Aku selalu menangis di hujung katil, berbisik pada diri, “Tak apalah, mungkin takdir perkahwinan aku begini.”
Aku cuba bertahan, pergi terapi, cuba bersabar, cuba bertahan, tapi makin lama aku hilang diri sendiri. Umur aku 35, aku buat keputusan paling berat: aku keluar dari perkahwinan itu. Ramai yang kata aku gila, dah tua nak bercerai. Tapi aku tahu, bertahan bukan lagi pilihan.
Selepas bercerai, hidup aku jauh lebih cekal. Aku sambung belajar, aku fokus pada kerja, aku bina semula diri. Tahun-tahun itu penuh struggle, tapi ia juga tahun aku jadi kuat.
Dan Allah Maha Baik, selepas bertahun-tahun, Dia temukan aku dengan rakan lama dari kelas universiti dulu. Kami mula berkawan semula, dan akhirnya berkahwin. Bezanya, kali ini aku hidup dalam bahagia.
Epilog
Hari ini, umur aku 48. Bila aku duduk dalam pejabat sendiri sebagai director, aku tersenyum.
Aku teringat masa aku menangis sebab tak faham Math, masa aku makan nasi kosong sebab tak ada duit, masa aku rasa “bodoh”, “sakit”, “terperangkap dalam perkahwinan dingin.” Semua itu pernah buat aku percaya pada alasan “takdir.”
Sekarang aku benar-benar faham, takdir bukan alasan untuk berhenti. Takdir hanyalah jalan, dan usaha kitalah yang menentukan ke mana arah kaki ini melangkah.
Aku bersyukur kerana pernah jatuh, sebab dari jatuh itulah aku belajar bangun dengan lebih kuat.
Aku bersyukur kerana pernah hilang, sebab dari situ aku temui cinta sebenar yang lebih bermakna. Aku juga bersyukur kerana pernah susah, sebab kesusahan itulah yang mengajar aku betapa manisnya hasil sebuah usaha.
Memang benar, rezeki kita sudah ditetapkan, jodoh, ajal, semua sudah tertulis sejak azali. Tetapi itu bukan tiket untuk kita pasrah tanpa ikhtiar. Kita sendiri tahu kemampuan kita, dan Allah tidak sia-siakan hamba yang berusaha. Redha itu hadir selepas kita sudah lakukan segalanya, bukan sebelum.
Takdir bukan dinding yang menghadang. Takdir itu pintu. Dan pintu hanya akan terbuka bila kita berani mengetuk. Kalau kau masih duduk bersila depan pintu tanpa cuba, jangan salahkan takdir bila hidup kau tetap gelap tanpa cahaya.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit